AirAsia memperkenalkan T-shirt rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk MAKNA


As Salam..
Baru-baru ni Air Asia telah menghasilkan t-shirt rekaan terhad #AirAsiaMAKNA untuk mengumpul dana bagi Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA).. Bagi aku rekaan t-shirt ni sangat cantik dan harga pun berpatutan iaitu RM30 sehelai.. 

Rekaan T-shirt #AirAsiaMAKNA memaparkan uniform kapten dan pramugari AirAsia yang membawa loga MAKNA dan slogan 'A Meaning To LIFE' di bahagian belakang t-shirt.

Kesemua hasil jualan t-shirt ini akan di salurkan kepada MAKNA. Jum la ramai-ramai kita membeli  t-shirt #AirAsiaMAKNA ni untuk membantu seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan MAKNA ini..

“Kanser adalah ancaman global telah membuat MAKNA terus bekerja bagi memastikan kes-kes kanser yang baru kekal pada tahap yang rendah. Usaha ini memerlukan kesedaran dan sokongan berterusan dari semua. Program mencegah adalah penting bagi mengekalkan jumlah mereka yang terselamat adalah tinggi menerusi pengesanan awal. Unit mudah alih Mamogram MAKNA  juga bertujuan mengesan tanda awal kanser payu dara yang merupakan pembunuh no.1 wanita. Kerjasama dengan AirAsia Berhad adalah peluang bagi kami menyuarakan seruan nasional dan menekankan kepentingan kehidupan yang sihat. Kami berharap kempen ini memainkan peranan yang lebih penting dan menghantar mesej yang penuh makna kepada masyarakat awam serta memberi rasa murni  memakai t-shirt terhad dengan rekaan istimewa ini dan berharap dapat memeriksa kesihatan diri mereka dengan lebih kerap.” (Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA)

T-shirt #AirAsiaMAKNA tersedia untuk dibeli di beberapa lokasi di bawah:


Selain itu, AirAsis juga menganjurkan peraduan foto semperna dengan kempen ini. Sesiapa yang membeli t-shirt #AirAsiaMAKNA ini berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X. Hanya dengan memuat foto kreatif memakai t-shirt #AirAsiaMAKNA di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan pada penghujung kempen (hujung bulan JUN)
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti terkini AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).


***TAMAT***
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon