Biodata Tamar Jalis


Nama sebenar : Tamar Jalis ialah Ahmad Mahmud atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud.
Nama Samaran : Tamar Jalis. Atma A.M, Ramadhan A.M, 
Tarikh lahir : 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Berusa, Perak.
Pendidikan : Beliau bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh - bidang tukang kayu dan binaan. 

Kerjaya : 
~ Kemudian menjadi Juruteknik Rendah di sebuah jabatan kerajaan selama tiga bulan (1959).
 ~ Seterusnya menjadi buruh kereta api KTMB selama lima hari.
 ~ Awal tahun 1960, Ahmad Mahmud beralih menjadi buruh kasar membina jana elektrik di Cameron Highland
~ 1960, beliau menjadi Pemberita Sambilan untuk akhbar Warta Negara, Utusan Melayu, Berita Harian dan beberapa majalah hiburan di Singapura di samping berniaga. 
~ Ahmad Mahmud berkhidmat dengan tenteraWataniah (1964-1966). 
~ Beliau dilantik sebagai kerani pengedaran di Utusan Melayu, Berhad, cawangan Ipoh (1970-1977).
~ Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau dilantik sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979). 
~ Kemudian sebagai editor majalah terbitan Penerbitan Adabi sepertiWidya, Aktual dan Rintis (1980). 
~ Pada tahun 1981, Ahmad Mahmud dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn Bhd yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili.

Senarai Novel-novel Ahmad Mahmud :

~ Pucuk-pucuk yang Mati (1967)
~ Lorong Hitam (1969)
~ Rumah Urut (1970
~ Selembut Bayu Pagi (1980)
~ Selembut Angin Senja (1984)
~ Sejambak Mesra, Seluas Rindu (1984) – Novel ini telah dijadikan drama tv untuk slot Citraneka sebanyak tiga siri yang ditayangkan di TV (RTM) dalam bulan Februari dan Mac 1992.
~ Kukirim Rindu Untukmu (1988)
~ Kasih Sewangi Cempaka (1988)
~ Sebening Sinar Matamu (1987)
~ Ku Nanti di Pelabuhan Kasih (1987)
~ Di sini Cintaku Berbunga (1987)
~ Sebening Sinar Matamu (1987)
~ Ketika Rindu Datang (1987)
~ Seraut Wajah Kekasih (1986)


SIRI : BERCAKAP DENGAN JIN
Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) bersiar dalam majalah variasi dari tahun 1981 hingga Januari 2005. Penulis menggunakan nama TAMAR JALIS dan SBDJ mempunyai 16 buah buku.. Setiap buku mempunyai 24 siri. 
SBDJ memaparkan kisah hantu jin dan makhluk halus dalam kehidupan masyarakat Melayu Lama. Ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Kerinchi, Bangkahulu dan Acheh) serta kepakaran menunduk makhluk halus.
Kelainan novel ini ialah memaparkan kisah benar yang di alami oleh penulis Ahmad Mahmud @ Tamar Jalis yang menceritakan kehebatan datuknya (Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. SBDJ bercorak memoir atau autobiografi, ia dipercayai oleh pembaca kerana watak-watak yang di sebut mamang wujud seperti Kehebatan Pak Itam di Kampung Gajah.


Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon