Kek Pisang Kukus

Kek pisang kukus.. 

dah lama aku nak cuba buat..
Dan akhirnya aku berjaya.. Alhamdulillah
Aku buat kek pisang ni guna resepi di dalam buku resepi mak aku..
Tapi aku tambah berberapa bahan...
Alhamdulillah menjadi Kek pisang ni..

Kek pisang, kek kukus, resepi

Bahan-bahan :
250 gm Buttercup
5 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri 
(Kalau guna tepung naik sendiri jgn masukkan baking powder)
1 sudu teh bikarbonate
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan Ovolett
1 sudu makan esen vanilla
8-10 biji pisang (lecek hingga lumat)

Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula dan ovolett sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
3. Masukkan pisang yang telah di lecek hingga lumat. Gaul rata. (Aku malas nak lecek jadi aku guna blander). hehe..
4. Masukkan tepung, bikarbonate dan baking powder. Gaul hingga rata.
5. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
6. Sediakan acuan. 
7. Kukus selama 45 minit hingga 60 minit...


Kek pisang, kek kukus, Resepi


Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Hamelia Hamid
AUTHOR
Sabtu, Mei 16, 2015 10:05:00 PTG delete

pos kat kakmi sikit reen hihi

Reply
avatar
Arina Shamsul
AUTHOR
Jumaat, Mei 22, 2015 3:59:00 PTG delete

aduuuuhai...terasa2 kat tekak ...😩

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
Jumaat, Mei 29, 2015 1:13:00 PG delete

wah okay ni nampak simple and sedap! nnti nak try :D

Reply
avatar
ahkak gojes
AUTHOR
Jumaat, Mei 29, 2015 4:34:00 PTG delete

tahniah sbb menjadi kek pisangnya reena...lepas ni boleh buat lagi...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon