#Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA ANDA

#Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA ANDA

Assalamualaikum....
Hari ini merupakan hari ke 10 Ramadhan dan merupakan hari pertama #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Tajuk hari pertama ialah APA ERTI PUASA PADA ANDA.

#Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA ANDA

Umumnya semua mengetahui erti PUASA ialah MEHAHAN DARI LAPAR DAN DAHAGA...
Tapi persoalan cabaran hari ni ialah ERTI PUASA PADA ANDA? ANDA? Siapa ANDA? Anda itu ialah SAYA.. Apa erti puasa dari fikiran dan pandangan saya...

Pada zaman kanak-kanak dulu...  aku cuma tahu puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum... tak boleh korek hidung, tak boleh korek telinga.. hahaha.. apa lagi tak boleh ye?... siapa tak tamat puasa? Tak boleh RAYA... Tak dapat duit raya... Duduk rumah je tak boleh jalan-jalan... Itu erti puasa pada aku masa zaman kanak-kanak..


Seiring masa berlalu, pemikiran pun semakin matang... selain menahan diri dari rasa lapar dahaga. Pengertian puasa semakin di dalami dan di hayati... 
Puasa itu menahan diri dari lapar dan dahaga..
Puasa itu menahan diri dari melakukan perkara yang sia-sia..
Puasa itu memperbanyakkan amalan dan ibadah...
Puasa itu melawan godaan nafsu..
Puasa itu keserdehanaan...
Puasa itu menjaga mata, mulut dan hati...
Puasa itu mampu mengalahkan segala kejahatan dan godaan syaitan...

Dan jangan lupa NIAT PUASA... tanpa niat untuk berpuasa, puasa yang di lakukan sia-sia...

Alhamdulillah tahun ini Allah SWT panjangkan usia aku untuk merasai puasa Ramadhan tahun ni... Semoga di panjangkan umur untuk merasai Puasa Ramadhan akan datang...


Hiburan untuk entry pertama #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.

#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Sabtu, Jun 27, 2015 3:32:00 PTG delete

haha serius lawak kartun tu, tak sabar sampai suruh Dj putarkan azan :))

Puasa itu mampu mengalahkan segala kejahatan dan godaan syaitan.. kena buat betul2 baru dapat hasilnya.

Selamat berpuasa Reen n family.

Reply
avatar
aeinna Musa
AUTHOR
Ahad, Jun 28, 2015 7:17:00 PG delete

singgah bw..selamat berpuasa

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon