#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR


Assalamualaikum...
11 Ramadhan.. hari ke 2 #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.
Tajuk untuk hari kedua cabaran ialah PENGALAMAN SAHUR

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

Pengalaman sahur aku biasa-biasa sahaja...
Dari zaman kanak-kanak aku di latih bangun sahur dan tolong mak di dapur...
Bangun Jam 4 pagi.. panas kan nasi dan lauk..
Cukup dengan sesenduk nasi dan lebihan lauk berbuka semalam..
Andai lauk berbuka semalam habis..
Di ganti dengan telur goreng..
Dan sebelum masuk waktu imsak..
Makan 1 - 3 biji kurma..
Selesai makan..
Kemas dapur dan sementara tunggu Azan Subuh jam 5 pagi... Mandi..

Pernah terlepas sahur.. bila jam loceng berbunyi, tutup dan sambung semula pejam mata.. Ingatkan nak lelap 5-10 minit tapi tertidur semula sampai ke azan subuh.. Huhu

Dan pernah juga bersahur jam 12 malam.. Hahaha sbb malas nak bangun sahur jam 4 pagi.. Akibatnya.. Jam 8 pagi dah kelaparan.. Lepas tu tak nak dah bersahur tengah malam. Malas macam mana pun, akan usaha bangun jam 4 pagi untuk bersahur..

Pernah juga bersahur dengan segelas air teh sebab tak de selera nak makan.. Cuba telan nasi tapi tak masuk. Huhuhu... 

Andai tiada selera untuk makan.. cukuplah bersahur dengan hanya seteguk air..
Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkatan."
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

Hahhh.. Ada satu pengalaman sahur aku yang tak pernah aku bagitahu sesiapa termasuk keluarga aku. Aku hampir pitam masa sahur.. Malam tu aku memang tak sihat sangat tapi pagi tu, aku kuatkan diri untuk bersahur.. Lepas siap hidangkan makanan, aku rasa tak sedap badan dan aku duduk kat kerusi. Lepas duduk tu, pandangan aku terus gelap, satu apa pun tak nampak.. Hitam je.. Sorang pun ahli keluarga aku tak tahu keadaan aku masa tu, aku diamkan diri dan cuba tenangkan diri.. Tarik nafas dan hembus.. tu je aku buat sampai aku nampak semula.. Alhamdulillah.. Masa tu memang takut.. Agaknya macam tu rasa orang buta.. Huhu

Senda di waktu BERSAHUR... Hehehehe
#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
aizamia3
AUTHOR
Ahad, Jun 28, 2015 1:32:00 PTG delete

Macam pengalaman kan.. ada yang lucu.. ada yang manis tak kurang juga yang pahit..

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
Rabu, Julai 01, 2015 6:04:00 PG delete

Hehe gambar tu mmg lawak ..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon