Romantik Itu Sunnah Rasullullah

Romantik cara Rasullullah S.A.W


Rasulullah S.A.W adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah S.W.T membimbing Baginda dengan didikanNya yang terbaik.

Isteri sebagai bukti Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya.

Siapalah kita berbanding Rasulullah S.A.W yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati sebuah novel cinta romantik.

1. Mandi bersama. 

Baginda pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa :

”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut alfaraq.”

Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim bersama pasangan.

2. Hantar isteri keluar rumah. 

Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata,
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”

3. Bawa isteri jalan-jalan.

“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar.

Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aishah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

4. Suapkan makanan. 

Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah,

“Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” 

Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

5. Panggilan manja. 

Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memanggil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah.

Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Adakalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A.


Sifat-sifat di atas, menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda kepada isteri Baginda..
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Iris Jasmine
AUTHOR
Rabu, Jun 17, 2015 9:07:00 PG delete

memang romantik kann. hihihihi.

Reply
avatar
Rabu, Jun 17, 2015 5:31:00 PTG delete

insyallah.. info untuk cik en masa kawen nanti.. ehheh :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon