TIPS SAHUR ELAK LAPAR, DAHAGA DAN LEMAH KETIKA PUASA.

TIPS SAHUR ELAK LAPAR,DAHAGA DAN LEMAH KETIKA PUASA.

Seperti yang kita sedia tahu, Sahur adalah sangat penting untuk umat islam bagi meneruskan rutin harian dengan menahan lapar dan dahaga tak kira ketika puasa sunat/ganti ataupun bulan Ramadhan pada siang hari
Tanpa Sahur yang betul, badan mudah lemah dan tak bertenaga.


Tips Sahur Sihat Elak Lapar ketika puasa
  • Diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga terlepas waktu sahur.
  • Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuat badan cepat berasa kehausan.
  • Banyakkan minum air kosong atau air suam ketika malam dan waktu sahur.
  • Elakkan makanan ringan semasa sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan dan sebagainya kerana ia mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan badan ternyah hidrat.
  • Digalakkan memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi/roti, Oat,protein seperti ikan/ daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.
  • Di nasihatkan memakan 3 hingga 7 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar di bulan Puasa.
  • Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat berasa lapar dan dahaga.
  • Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.


Sekian sahaja tips sahur. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..
Previous
Next Post »

6 Komen

Write Komen
Lea IsNawi
AUTHOR
Jumaat, Jun 12, 2015 11:08:00 PG delete

kalo dulu x amek berat sangat soal sahur ni.
minum segelas air pun okay dah.
tahun ni sebab preggy memang kena sahur makan nasi, kalo tak lembik la
huhuhu

Reply
avatar
Jumaat, Jun 12, 2015 12:04:00 PTG delete

terima kasih di atas perkongsian ini reena...

Reply
avatar
Puteri Afiqah
AUTHOR
Jumaat, Jun 12, 2015 12:05:00 PTG delete

menarik. Thanks for the share.
selamat berpuasa :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon