#Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA

#Cabaran20Hari AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA

Assalammualaikum..
#Cabaran20Hari PUASA/RAYA untuk hari yang lapan di 17 Ramadhan bertajuk AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA


Alhamdulillah di bulan yang mulia ini, AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA menjadi amalan dan mampu mengeratkan hubungan persaudaraan di antara jiran tetangga dan saudara mara..

Memang seronok amalan berbalas juadah ni, selaim mengeratkan persaudaraan, penijimatan berlaku.. Duit tidak di bazirkan di bazar ramadhan. Aku teringat masa dahulu kira-kira 10 tahun lepas...Setiap kali memasak menu untuk juadah berbuka, mak akan masak lebih.. Contohnya, hari ni mak masak ikan tenggiri masak lemak.. Jaudah itu nanti akan di hantar ke jiran.. Dan jiran juga lakukan perkara yang sama.. Bayangkan masa berbuka ada beberapa jenis juadah sedangkan mak hanya masak 2 jenis juadah je..  Pasti tersenyum melihat pelbagai juadah.

Dulu kalau mak suruh aku hantar juadah ke rumah jiran, mesti aku tak nak.. malu katakan.. Hahaha malu konon.. Aku tak nak pergi sorang-sorang hantar juadah, aku akan ajak adik atau kakak untuk temankan aku.

Tapi amalan ni jarang sudah pada zaman membangun ini.. zaman yang semua sibuk dengan hal masing-masing.. Walaupun amalan berbalas juadah masih di amalkan tapi tidak semeriah dahulu.. Kalau untuk jiran yang berkerjaya, hanya mampu membalas juadah dengan membeli kuih muih di bazar.


Jiran rumah hadapan pandai buat kuih tradisional.. Dan dia akan membalas juadah dengan kuih muih.. Dan KUIH TALAM BERLAUK ni menjadi salah satu kuih kegemaran aku.. Aku suka rasanya yang lemak-lemak masin lepas tu lauk atas kuih tu, tapi aku tak suka cili.. setiap kali makan aku akan buang hirisan cili, selepas tu baru aku makan.. Memang sedap.. Terliur pulak bila teringat..

#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong

Nukilan Reena
 Add Me Follow Me Follow Me
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
khaty aiman
AUTHOR
Isnin, Julai 06, 2015 4:16:00 PTG delete

kami adik beradik pun suka target rumah yang buat kuih sedap2

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon