#Cabaran20Hari PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA

#Cabaran20Hari PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA


Assalamualaikum…
#Cabaran20Hari Puasa Raya di hari yang ke lima persamaan 15 Ramadhan..
Tajuk cabaran kali ini ialah PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA


Pengalaman manis aku di bulan puasa ialah di setiap malam ramadhan...
Bila di ingat malam-malam dulu memang sangat indah bagi aku..
Selepas berbuka puasa dan solat maghrib.. 
Aku, adik dan sepupu-sepupu aku akan kemasjid...
Berjalan ke masjid beramai-ramai..
Bergurau senda dan bergelak ketawa..


Sampai ke masjid dan bersolat Isyak..
Selepas itu bertawarih..
Selesai bertawarih...kita orang akan bertadarus al-quran...
Di sebabkan terlalu ramai yang mengikuti tadarus al-quran..
Kita orang di bahagi 4 kumpulan..
Remaja perempuan 2 kumpulan dan remaja lelaki 4 kumpulan..
Bahagian ni bila di kenang memang tersenyum..
Bilal masjid akan bagi satu microfon dan satu kumpulan akan menggunakannya..
Setiap kumpulan tak nak guna sebab malu.. hahaha..
Padahal kalau bercakap satu masjid dengar
 tapi malu pula bila satu kampung dengar suara mengaji bila guna microfon..
Dan bilal masjid dengan adil nya memberitahu microfon akan di gunakan semua kumpulan secara bergilir-gilir setiap malam..
Nak tak nak. kita orang terpaksa mengaji tadarus menggunakan microfon..
Bila selesai.. setiap kali habis tadarus..
Akan di hidangkan makanan dan minuman..
Kalau tak habis boleh bawa balik.. hehe
Memang kenangan yang indah...
Selesai tadarus al-quran..
Kita orang dan budak-budak tadarus lain akan berjalan beramai-ramai..
Memang riuh je kat jalan..
Kita orang akan singgah gerai sotong tutok (Ketuk)
Di sebabkan aku tak tahan makan pedas..
Aku letak sikit je sambal.. hehe

Rindu..
Sekarang, semua dah dewasa..
Ada yang sibuk dengan rumah tangga, sibuk dengan kerja..
Sibuk dengan tanggungjawab masing-masing..
Kenangan yang di tak akan aku lupakan...


#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Khamis, Julai 02, 2015 12:33:00 PTG delete

bulan puasa adalah boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita...

Reply
avatar
mas saari
AUTHOR
Khamis, Julai 02, 2015 1:32:00 PTG delete

syok kan berbuka sama² especially dengan keluarga dan kawan².. sbb bila puasa je dpt kumpul dan makan bersama

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon