Resepi Biskut Cincin

5 comments

Resepi Biskut Cincin

Assalamualaikum.. Biskut cincin ni biskut kegemaran aku. Tiap-tiap tahun hari raya aku akan buat biskut ni dan biskut ni biasanya di habiskan oleh aku bukan tetamu.. hehehe.. Cara nak buat biskut ni senang je dan bahan pun tak banyak. Sangat mudah di buat..


Bahan-Bahan :
  • 1 Kati tepung gandum (600 GM - Tapi semasa mengadun doh anggaran antara 450-600GM )
  • 3-4 biji telur ayam (Rebus sehingga masak dan ambil kuningnya sahaja)
  • 2 OZ gula halus (60GM)
  • 12 OZ mentega / mejerin (350GM)
  • Esen Vanila
  • 1 sudu teh Baking Powder (serbuk penaik)
  • Gula halus untuk tabur / menyaluti biskut cincin nanti


Cara-cara :
  • Gaul kuning telur dan gula halus sehingga sebati sehingga kembang..
  • Kemudian masukkan mentega / majerin ke dalam adunan telur gula. kacau sehingga sebati..
  • Masukkan esen vanila dan gaul sebati lagi..
  • Masukkan baking powder.. Gaul
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadi doh..
  • Terapkan adunan dengan acuan biskut.. Selesai terap.
  • Bakar sehingga ke kuningan sedikit dan masak..
  • Biarkan sejuk sekejap..
  • Taburkan atau salutkan biskut dengan gula halus..
  • Siap





Nukilan Reena
 Add Me Follow Me Follow Me
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. reena..macamana gaul sampai kembang tu kuning telur yg kena rebus dgn gula?pakai mixer ka ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gaul guna pemukul biasa je kg. tak perlu guna mixer.. Telur yang sudah masak di rebus, ambil kuningnya sahaja. Kuning telur tu di pukul bersama gula halus..

      Padam
    2. Gaul guna pemukul biasa je kg. tak perlu guna mixer.. Telur yang sudah masak di rebus, ambil kuningnya sahaja. Kuning telur tu di pukul bersama gula halus..

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. mcm senang je nak buat ni.. tp MALAS :P

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...