Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir


Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Diazankan Pada Telinga Kanan & Diiqamatkan Pada Telinga Kiri.
  • Supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
  • Azan juga adalah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nantikan kelahiran bayi ini.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Melakukan Sujud Syukur
  • Suami disunnahkan melakukan sujud syukur sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan zikrullah (Tasbih-Subhanallah, Takbir-Allahuakhbar & Tahmid-Alhamdulillah)

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Memberi Nama Yang Baik Kepada Anak
  • Ibu bapa disunnahkan memberi nama pada hari ketujuh atau pada hari bayi dilahirkan. 
  • Nama bayi haruslah mengandungi makna yang baik.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
  • Bayi yang baru lahir disunnahkan Tahnik.
  • Iaitu mengunyah kurma sehingga lumat lalu menggosokkan kurma ke lelangit mulut bayi bagi melatih bayi mengunyah dan membantu menguatkan mulut bayi untuk makan.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Mendoakan Anak.
  • Hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibubapa untuk anaknya.
  • Berdoalah memohon keberkatan untuk anak dan memohon perlindungan anak dari godaan syaitan.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Bercukur Rambut
  • Disunnahkan untuk mencukur rambut bayi pada hari ketujuh kelahiran bayi. 
  • Rasulullah SAW menyuruh supaya mencukur rambut bayi dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Aqiqah Untuk Anak Lelaki
  • Hukum Aqiqah adalah sunnah muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak.
  • Bayi lelaki sunnah diaqiqahi dengan 2 ekor kambing.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Aqiqah Untuk Anak Perempuan.
  • Hukum Aqiqah adalah sunnah muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak.
  • Bayi perempuan sunnah diaqiqahi dengan 1 ekor kambing.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Mengkhatankan Anak.

  • Sunnah dikhatankan bayi pada hari ketujuh kelahiran untuk kebersihan dan mencegah penyakit seksual.
  • Menjadi sunat untuk bayi perempuan dan satu kewajiban bagi bayi lelaki.


Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,keras; tidak menderhaka Allah terhadap segala yang diperintahkan-NYA kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"

Kredit : Imuslimshop.com
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Jumaat, Julai 24, 2015 2:39:00 PTG delete

terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ni reena...

Reply
avatar
Khalid Kyle
AUTHOR
Jumaat, Julai 24, 2015 2:45:00 PTG delete

Thanks atas perkongsian bermanfaat ini
Selamat Hari Raya buat tuan blog sekeluarga :)

Reply
avatar
Sue Izza
AUTHOR
Sabtu, Julai 25, 2015 9:56:00 PG delete

nice share,boleh jadikan panduan ni...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon