Udang Masak Merah

Udang Masak Merah 


Udang masak merah merupakan salah satu makana kegemaran aku.. 
Cara masak yang sangat mudah dan simple dan bahan-bahan masakan yang mudah di dapati.
Dan cara memasak pula sekejap dan tidak mengambil masa yang lama seandainya bahan masakan di sediakan awal..

Udang Masak Merah


Bahan-Bahan..
  •  1kg udang
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulang bawang merah
  • 1 serai
  • 1 biji telur
  • Rempah ratus (Kayu manis, bunga lawang, biji ketembar, bunga cengkih)
  • Minyak masak
  • Sedikit garam, aji dan gula

Cara-cara :
  • Panaskan minyak, Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di tumbuk atau di kisar, serai (dititik sedikit) dan rempah ratus. Sehingga kekuningan.
  • Masukkan udang. Gaul sehingga udang kemerah-merahan atau masak. (Tambah sedikit air )
  • Masukkan sos cili. Gaul rata.
  • Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
  • Apabila udang masak. Pecahkan telur. Dan gaul rata sehingga telur masak.
  • Siap..

Udang Masak Merah

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon