10 Hadiah Yang Paling Istimewa

10 Hadiah Yang Paling Istimewa


Hadiah siapa tak suka kan.. semua orang suka di beri hadiah..
Bermacam-macam jenis hadiah yang di terima..
Tapi tak semua hadiah yang di beri nampak dengan mata kasar...
Apakah hadiah itu? 

10 Hadiah Yang Paling Istimewa

Bukan Wang Ringgit Yang Diingini, cukuplah dengan 10 Jenis Hadiah Istimewa Ini..


Hadiah mendengar
  • Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan kamu hendaklah benarbenar mendengar apa-apa sahaja yang dikatakan. Jangan mencelah, berangan-angan dan elakkan perancangan untuk membalas.

Hadiah tanda kasih
  • Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan pegangan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.

Hadiah sehelai nota
  • Nota cinta seperti sayang awak atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota ini di tempat yang tidak disangka dan mudah dilihat.

Hadiah ketawa
  • Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya mudah, “saya suka ketawa bersama awak.”

Hadiah puji-pujian
  • Berikan pujian ringkas seperti “warna biru memang sesuai dengan awak” atau “sedap masakan awak”. Pujian sebegini amat tinggi nilainya kepada orang tersayang.

Hadiah bantuan
  • Tiada salahnya membantu isteri mencuci pinggan mangkuk, membuang sampah atau menjaga anak. Si dia pasti tersenyum gembira kerana anda memahami keadaan mereka yang kelam kabut jika mengendalikan semua kerja rumah sendirian.

Hadiah bersendirian
  • Ada ketika kita hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian dan menenangkan diri.

Hadiah keceriaan
  • Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama insan yang dikasihi. Belajar untuk senyum dan bermuka manis sepanjang masa disisinya.

Hadiah riadah
  • Sertai sesuatu sukan atau aktiviti disukai isteri. Kalah pun tak apa kerana kamu masih seorang ‘pemenang’ di hatinya.

Hadiah doa
  • Selalulah mendoakan kesejahteraannya dan seluruh keluarga. Beritahu yang mereka setiasa berada di dalam ingatan anda.


Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Jumaat, Ogos 14, 2015 12:23:00 PTG delete

hadiah tidak semestinya dengan wang ringgit...

Reply
avatar
Mira Adzlia
AUTHOR
Jumaat, Ogos 14, 2015 4:28:00 PTG delete

doa tu la hadiah paling ikhlas kan..sbb org yg didoakan tu xtau pun

Reply
avatar
Jumaat, Ogos 14, 2015 5:59:00 PTG delete

berterima kasih pun satu hadiah juga :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon