APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN WEDDING PHOTOGRAPHY PATUH SYARIAH?

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN WEDDING PHOTOGRAPHY PATUH SYARIAH?


APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN WEDDING PHOTOGRAPHY PATUH SYARIAH?

  • Gambar yang di rakam oleh photographer lelaki tidak menampakkan aurat seperti rambut dan leher. Jika photographer perempuan, anda tidak perlu risau kerana boleh merakamkan moment bersiap atau make up tanpa memakai tudung.


  • Photographer lelaki boleh mengambil gambar ketika pengantin perempuan bersiap, tetapi dengan syarat pengantin telah menutup aurat dengan sempurna.. boleh la shoot setakat betulkan tudung atau touch up2 make up. Jangan pula sengaja ambil kesempatan dengan masuk bilik pengantin ketika sedang bersiap dengan alasan nak shoot moment make up. (Kedua2 pihak perlu sedar. Jika pengantin tak tahu atau tak pentingkan perkara itu, photographer yang tahu, perlu take alert.

  • Elakkan untuk memberi arahan posing outdoor dan indoor yang benar-benar romantik. Seperti kissing2, hampir kissing, peluk yang mengiurkan.. Kalaupun ada ( atas permintaan pengantin sendiri, kadang2 ada pengantin mahu posing begitu 2,3 shoot sebagai kenangan), elakkanlah dari publish kepada public. Jadikan ia sebagai simpanan peribadi pengantin sahaja..

  • Photographer wanita beruntung kerana boleh shoot moment pengantin perempuan bersiap. Jadilah photographer yang amanah juga bertaqwa dengan tidak publish gambar tersebut kepada public. Tak ada effect pun kalau kita simpan sahaja gambar tersebut untuk pengantin kan.☺

  • Gambar yang menampakkan aurat pengantin perempuan tidak di masukkan ke dalam photobook ataupun album gambar. Kerana kita akan hantar untuk print. Yang bekerja di kedai printing tu ada lelaki dan juga perempuan.

P/s: Tidak di nafikan, akan ada ahli keluarga pengantin ( certain case) yang free hair juga bergambar dan kadang-kadang terpaksa juga photogrpher masukkan di dalam album untuk bahagian famili photo. Kita hanya berusaha sehabis daya untuk meminimakan pendedahan aurat orang lain. Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini menjadi bekal kita di akhirat sana..☺☺

Itu sahaja dahulu untuk tips kali ini dari HHH Photography. Minggu ini job wedding terakhir sebelum ramadhan. Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba, marilah kita sama-sama berusaha menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sebelumnya.☺

Wallahua'lam
**********************
copyright reserved for HHH Photography
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Isnin, Ogos 24, 2015 6:39:00 PTG delete

Semoga apa yang kita buat di rahmati allah.

Reply
avatar
Rabu, Ogos 26, 2015 12:27:00 PG delete

terima kasih atas perkongsian yg bagus ni..moga dapat dijadikan panduan

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon