Cara-Cara Berhenti Merokok

Cara-Cara Berhenti Merokok


Cara-Cara Berhenti Merokok

Semua tahu merokok merbahayakan kesihatan...Setiap perokok yang mempunyai kesedaran memang menyimpan hasrat untuk berhenti merokok.. Tapi untuk berhenti, bukan senang, bukan mudah  dan di akui sukar tapi bukan mustahil jika ada Keazaman, Disiplin dan Sokongan dari keluarga dan orang sekeliling penting dalan proses untuk berhenti merokok..


1. Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.


2. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'
Jangan terperdaya dengan 'cukuplah sebatang'. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.


3. Elakkan Punca Merokok
Kenali apa punca merokok. Contohnya sebab nak setaraf dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk melepak atau berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama. Atau pindah tempat melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid.
Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa nak merokok. Ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.


4. Bersenam
Ya cara berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.


5. Belajar Untuk Relax
Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk.


6. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa korang mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok. Beritahu mereka. Dan sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni korang yang dah tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.


7. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.


8. Go Online
Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak merokok. Brader, you are not alone.


9. Menguyah
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.


10. Guna Alat Bantuan
Banyak yang ada dipasaran. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi untuk hentikan anda merokok. Tapi mungkin ambil masa yang agak lama.


11. Berdoa
Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.


Cara-Cara Berhenti Merokok

Kredit : http://welovesusuibu.blogspot.com
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
NURUL AFIQAH
AUTHOR
Isnin, Ogos 03, 2015 12:19:00 PG delete

Tips yang baik..saya memang tak suka sangat bau rokok.alhamdulillah suami bukan seorang perokok.

Reply
avatar
aein azuan
AUTHOR
Jumaat, Ogos 28, 2015 4:09:00 PTG delete

tips yang terbaik sekali...alhamdulillah..terima kasih..

http://lovelyaein.blogspot.com/

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon