KONSEP REZEKI

 KONSEP REZEKI 


konsep rezeki


Konsep Rezeki Pertama

  • Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.


Konsep Rezeki Kedua

  • Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
  • Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.
  • Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
  • Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.


Konsep Rezeki Ketiga

  • Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.
  • Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.
  • Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang KEDUA dahulu


Konsep Rezeki Keempat

  • Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.
  • Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
  • Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.


Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah..

Alhamdulillah.. rezeki kita semua.. berada dalam RUMPUN MESRA..

Betapa indahnya, baiknya pertemuan yang Allah aturkan ni.  Alhamdulillah..
Jadi jangan persiakan..
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Amanda Suria
AUTHOR
Ahad, Ogos 09, 2015 4:51:00 PTG delete

Macam2 konsep rezeki yg harus kita fahami betul2 kan...

Reply
avatar
Sheila Adziz
AUTHOR
Ahad, Ogos 09, 2015 4:52:00 PTG delete

Allhamdulillah....
Allah Ya Razzaq, Ya Fattah Ya Wasi', Ya Basith....

Reply
avatar
Ahad, Ogos 09, 2015 6:15:00 PTG delete

yup, rezeki tu luas dan pelbagai.. usah disempitkan..

dan rezeki setiap orang berbeza.. usah dibanding-bandingkan..

apa yang perlu kita buat ialah usaha, doa, tawakal, dan bersyukur.. kan? ^_^

Reply
avatar
zana fahmi
AUTHOR
Ahad, Ogos 09, 2015 7:43:00 PTG delete

Ustajah reena rupanya,hehe....lama tak buka blog, dah maju ye,tahniah. Betul la apa yg reena tulis tu,kena share rezeki. Jadi bila nak belanja kz no?:-)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon