Menderma dan Bersedekah adalah Amalan Yang Mulia

Menderma dan bersedekah adalah Amalan Yang Mulia


Derma

Rakyat Malaysia di akui sangat prihatin dengan masyarakat sekeliling...
Sifat yang sangat baik ini sudah tersemai dalam diri rakyat Malaysia..
Itu sangat terbukti, apabila rakyat Malaysia sanggup menderma dan bersedekah kepada yang amat memerlukan... 
Kadang-kadang walaupun di dalam kesusahan kita akan menderma apa yang kita ada kepada orang yang lebih susah dan memerlukan dari kita..
Dari situ, terbit rasa syukur dengan apa yang kita ada apabila melihat ada lagi orang yang lebih susah dari kita..
Akan timbul rasa keinsafan melihat kepayahan orang lain...
Dan agama juga mengalakankan umatnya untuk menderma kepada yang memerlukan...
Di ulangi MEREKA YANG AMAT MEMERLUKAN..

Derma


Derma

Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: “Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma”.

(Yusuf 12:88)


Kelebihan menderma :

  • Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.

  • Merupakan kemenangan ke atas syaitan.

  • Memadam kemurkaan Allah SWT.

  • Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.

  • Mengawal kehormatan dan maruah.

  • Memperbaiki amalan anda sebelum mati.

  • Pelindung kepada api neraka.

  • Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.

  • Memberi keberkatan kepada pemilik harta.

  •  Melembutkan hati yang keras.

  • Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.

  •  Menghapuskan segala kesalahan menghapuskan segala dosa.

  •  Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.


 
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
dya mohamad
AUTHOR
Khamis, Ogos 06, 2015 12:18:00 PTG delete

tidak akan miskin orang yang rajin menderma

Reply
avatar
aeinna Musa
AUTHOR
Jumaat, Ogos 07, 2015 1:37:00 PTG delete

semoga kita istiqomah bersedekah..
ena singgah sini ye..

done follow #1443

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon