Minyak Angin Kayu Putih Melegakan Ke Tidak Selesaan

Minyak Angin Kayu Putih Cap Lang




Minyak angin kayu putih merupakan minyak angin yang selalu aku gunakan... 
Sangat sesuai dengan semua usia.. dari bayi sehinggalah orang dewasa...
Aku sapukan ke perut bila senggugut, kejap je sakit senggugut, lepas tu baik dan aku dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa..
Minyak Kayu putih ini juga sesuai untuk melegakan kembung perut bayi..

Kelebihan Minyak Kayu Putih :
  • Menyembuh kan penyakit kulit - minyak kayu putih memiliki sifat antiseptik dan antibakteria. Ini terbukti dapat menenangkan kulit dan mencegah datangnya virus dan bakteria.  
  • Sebagai aromatherapi dan merehatkan badan - aroma dari minyak kayu putih dapat menenangkan fikiran dan menghilangkan stress. Contoh : Rendamkan badan di dalam air suam dengan beberapa titis minyak angin kayu putih. Selain itu, rendaman ini nanti dapat mengurangkan dan melegakan sakit sendi.. InsyaAllah..
  • Merawat kulit - sapukan minyak kayu putih pada kawasan kulit yang ingin di rawat.. amalkan setiap masa atau setiap malam agar kulit menjadi halus dan mengurangkan kesan parut.
  • Mengurangkan sakit kepala dan pening 
  • Mengubati selsema dan hidung tersumbat
  • Manghilangkan mabuk perjalanan
  • Mengubati batuk - campurkan beberapa titis minyak kayu putih ke dalam air suam untuk berkumur untuk mengurangkan sakit batuk.
  • Melegakan sakit perut dan kembung perut



Memang berbaloi menyimpan minyak kayu putih ni.. Harga pun murah dan mudah di dapati.. 
Botol kecil tu RM5.00 je.. senang di bawa dan disimpan di dalam beg..

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon