Panduan Solat Ketika Sakit

Panduan Solat Ketika Sakit


Solat merupakan tiang agama...
Dan solat dalam Islam tidak membebankan umatnya..
Sihat atau dalam keadaan sakit.. 
Solat wajib di lakukan...
Islam itu mudah dan ketika sakit ada panduan yang mudah yang boleh dijadikan rujukan...

Solat ketika sakit sama saja seperti solat berdiri... Niat dan bacaan semua sama..
Kalau mampu berwuduk dengan air, berwuduhlah dengan air.. 
Minta bantuan ahli keluarga dan sekiranya atas sebab tertentu tak boleh kena air.. Bertayamumlah..

Ketika solat, berusaha mencari arah kiblat. 



Panduan Solat Ketika Sakit
PESAKIT YANG TIDAK MAMPU SOLAT BERDIRI DAN MAMPU SOLAT DUDUK (DI BIRAI KATIL)
  1. Niat dan Takbiratul Ihram, Membaca Al-Fatihah
  2. Ruku' ikut kemampuan
  3. Iktidal
  4. Sujud di atas lantai tempat solat jika mampu, jika tidak mampu sujud semampunya.
  5. Duduk antara dua sujud / sujud tasyahhud.
(ualang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan di akhiri dengan salam)


Panduan Solat Ketika Sakit
PESAKIT YANG TIDAK MAMPU SOLAT BERDIRI DAN MAMPU SOLAT DUDUK (DI ATAS KATIL)
  1. Niat dan Takbiratul Ihram. Membaca Al-Fatihah
  2. Ruku' ikut kemampuan
  3. I'tidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk antara dua sujud / duduk tasyahhud
(Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna dan diakhiri dengan salam)



Panduan Solat Ketika Sakit
PESAKIT YANG MAMPU SOLAT MENGIRING
  1. Niat dan Takbiratul ihram. Membaca Al-Fatihah
  2. Ruku' ikut kemampuan
  3. I'tidal
  4. Sujud ikut kemampuan
  5. Duduk antara dua sujud / duduk tasyahhud
(Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna dan diakhiri dengan salam)



Panduan Solat Ketika Sakit
PESAKIT YANG MAMPU SOLAT TERLENTANG (MENGGUNAKAN ISYARAT MATA)
  1. Niat dan Takbiratul Ihram. Membaca Al-Fatihah
  2. Ruku'
  3. I'tidal
  4. Sujud
  5. Duduk antara dua sujud / duduk tasyahhud
(Ulang perbuatan yang sama sehingga sempurna solat dan diakhiri dengan salam. Pesakit yang tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan, maka boleh menggunakan isyarat kepala jika mampu dan jika tidak mampu, lakukan solat di dalam hati)


Solat adalah ibadah yang mudah untuk dikerjakan, ia tidak membebankan sama sekali bagi muslim yang ingin mengerjakannya.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :

“Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia akan mendapat pahala dengan apa yang diusahakannya. Dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”
 
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon