Sabar Itu Indah

Sabar Itu Indah


Sabar itu sebahagian dari iman...
Aku teringat balik dari bersiar-siar hari Ahad minggu lepas..
Cuaca kelihatan mendung dan semakin lama-lama, hujan pun turun...
Hujan yang lebat pada mulanya akhirnya reda dan rintis-rintis je...


Bila sampai satu jalan, aku nampak kemalangan kecil.. 
Sebuah kereta viva 'mencium' bontok kereta kancil..
Dari jauh aku tengok, seorang perempuan marah, tersangat marah..
Apa yang aku hairan kan, yang marah tu bukan driver kancil tetapi penumpangnya..
Driver kancil tu aku tengok relex je..
Dan gadis yang bawa kereta viva tu, diam menikus je.. tak membalas jerkahan dari wanita yang boleh di katakan mungkin seusia dengan mak dia... 
Mungkin sebab dia tahu dia salah melanggar belakang kancil tu..
Dan mungkin juga kerana hormat kerana wanita itu berusia..


Tapi tak boleh ke wanita tu bersabar sedikit dengan apa yang berlaku...
Umur melambangkan kematangan..
Tak siapa inginkan kemalangan itu berlaku..
Betapa indahnya andai bersabar..
Perkara yang rumit dapat di selesaikan dengan baik..
Bila diri di kuasai nafsu bukan akal dan iman...
Pasti syaitan bertepuk tangan suka..

Aku tahu manusia tak sempurna..
Aku tahu sabar manusia ada batasnya...
Tapi tak salah andai kita saling ingat mengingati..
Tegurlah dengan cara yang baik, bukan dengan cara menghina


Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Sheila Adziz
AUTHOR
Selasa, Ogos 04, 2015 4:49:00 PTG delete

kadang-kala ada org marah dulu baru sabar... hikhik...

Reply
avatar
Sheila Adziz
AUTHOR
Selasa, Ogos 04, 2015 4:49:00 PTG delete

kadang-kala ada org marah dulu baru sabar... hikhik...

Reply
avatar
Selasa, Ogos 04, 2015 7:53:00 PTG delete

Sabor je la. Sabat itu resepi kehidupan bahagia.. Insyallah sama2 kita sabar dalam menghadapi dugaan hidup..

Pasti anda ingin tahu - Khasiat tersembunyi Daun Sup dalam masakan Mampu Mencuci Buah Pinggang

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon