THE LITTLE SARAWAK OF CANADA

THE LITTLE SARAWAK OF CANADA


Tahukah anda bahawa terdapat sebuah pekan di Ontario, Kanada yang bernama Sarawak?

 Sarawak, Ontario, Canada

Di Ontario, Kanada pada tahun 1857, puak Indian di perkampungan Newash telah menyerahkan tanah mereka kepada Inggeris dimana sebelum inimerupakan tanah rizab Indian yang dikenali sebagai Newash Reserve, Newash ialah nama ketua puak Indian di perkampungan tersebut. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka, puak Indian setempat telah diperdayakan oleh Inggeris sehingga terpaksa menyerahkan tanah rizab tersebut, tambahan pula kawasan tersebut ialah tanah yang terbiar. Tak lama kemudian, Gabenor General Kanada ketika itu, Lord Bury telah mengubah nama Newash menjadi Sarawak sebagai tanda penghormatan kepada setiausaha dan sahabatnya, Sir James Brooke. Dan nama 'Sarawak' itu sendiri sempena nama tanah pemerintahan Rajah James Brooke di Borneo yang bernama 'Sarawak Kingdom'.


Mungkin kerana kurangnya maklumat tentang Sarawak ketika itu, terdapat sedikit kesilapan yang dibuat oleh penulis buku dan terus menyimpulkanbahawa kononnya nama Sarawak itu berasal dari nama tempat peperangan di India padahal sebenarnya ia hanyalah satu salah faham.

Dari sebuah perkampungan Indian yang kecil bernama Newash, Sarawak telah dinaiktarafkan menjadi pekan dan disatukan dengan pekan-pekan lain seperti Brooke dan Keppel menjadi kawasan bandar Georgian Bluffs, Ontario. Nama Sarawak di Ontario terus digunakan sehingga kini di Kanada, besar kemungkinan masih ada penduduk di sana yang tidak mengetahui tentang wujudnya satu lagi 'Sarawak' di Pulau Borneo yangmenjadi asas kepada asal-usul nama Sarawak, Ontario itu sendiri.

Kredit : Planet Sarawak
Previous
Next Post »

5 Komen

Write Komen
Puan Wawa
AUTHOR
Jumaat, Ogos 14, 2015 3:13:00 PTG delete

Wahh, bangga orang sarawak.. hehe

Reply
avatar
Jumaat, Ogos 14, 2015 3:39:00 PTG delete

pewittt..bangga laa tu jadi org sarawak.. hehehe

Reply
avatar
Mira Adzlia
AUTHOR
Jumaat, Ogos 14, 2015 4:27:00 PTG delete

owh..xsangka pulak ade lg tmpt nme sarawak

Reply
avatar
yanie yusuf
AUTHOR
Jumaat, Ogos 14, 2015 4:40:00 PTG delete

wahh bangga jadi orang Sarawak ye... Best pi Sarawak..Nnti nak bercuti lagi kat Sarawak.

Reply
avatar
Jumaat, Ogos 14, 2015 5:58:00 PTG delete

ada nama sarawak kt tempat orang...wahhh

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon