10 TIPS MENGAMBIL HATI BAKAL MERTUA ATAU MERTUA

10 TIPS MENGAMBIL HATI BAKAL MERTUA ATAU MERTUA



Masih ingat lagi kali pertama berjumpa bakal mertua atau mertua? Mesti dada berdebar-debar bukan?

Sekarang, itu sudah tinggal jadi kenangan. Anda kini sudah berstatus menantu. Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi. Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar.

Apakah tips mengambil hati mertua dan ipar duai?

1. Angguk-angguk

  • Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.

  • Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.

2. Jangan masuk campur

  • Jangan masuk campur urusan meraka, melainkan ia bertentangan dengan Islam.

  • Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik.

3. Jangan sampai suami report balik pada mak dia

  • Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak.

  • Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang besar!

4. Jangan berkira dengan duit dan tenaga

  • Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua

  • Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih org lain seperti pakaian kita suami dan anak-anak.Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. Tunjuk rajin masak

  • Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.

  • Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. Banyakkan berbual

  • Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.

  • Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.

7. Jangan tunjuk malas

  • Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama!

8. Berikan hadiah

  • Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.

  • Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir.

9. Hormati privasi

  • Jangan ambil apa-apa barang di dalam rumah mertua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga jangan suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran.

  • Jangan juga alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita.

10. Jangan ambil kesempatan

  • Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila

Akhir kata
  • Sentiasalah berfikiran positif serta elakkan berprasangka buruk dalam kehidupan berumahtangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata. Ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita.
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Isnin, September 07, 2015 11:25:00 PG delete

thanks sharing...kena jugakkan ambil hati mereka.

Reply
avatar
Shark Kay
AUTHOR
Isnin, September 07, 2015 3:43:00 PTG delete

bakal mak mertua kata xyah tip2.
dia dh memang berkenan kat aku.
hahahah.

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon