9 ZULHIJJAH NIAT PUASA HARI ARAFAH

9 ZULHIJJAH PUASA HARI ARAFAH


Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.


Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).


Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah ﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”



NIAT PUASA HARI ARAFAH

9 ZULHIJJAH NIAT PUASA HARI ARAFAH


Rasulullah ﷺ. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”



Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di Arafah.”


2. Ulama Syafi’iyyah,

  • “Membenarkan untuk berpuasa pada Hari Tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.”
  • “Jika jemaah haji bermukim di Makkah, lalu pergi ke Arafah siang hari maka puasanya itu menyelisihi hal yang lebih utama, jika pergi ke Arafah malam hari maka boleh berpuasa. Jika jamaah haji adalah musafir, maka secara mutlak disunahkan untuk berbuka.”

3. Hanabilah : “Disunahkan bagi para jamaah haji berpuasa pada hari Arafah jika wuqufnya malam, bukan wuquf pada siang hari, jika wuqufnya siang maka makruh berpuasa.”


4. Pendapat Imam Ahmad rh pula;

  • “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”
  •  Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.


5. Hanafiyah : “Makruh bagi jamaah haji berpuasa Arafah jika membuat lemah, begitu juga puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah).”


6. Malikiyah : “Makruh bagi jemaah haji berpuasa Arafah, begitu juga puasa Tarwiyah.”


Tiada halangan berpuasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah ini, maka marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan dengan melakukannya seikhlas hati. Banyak keistimewaan dan kelebihan pahala puasa yang terdapat pada puasa Arafah seperti dinyatakan sebelum ini. InsyaAllah…



p/s : PADA TAHUN INI 2015 PUASA SUNAT HARI ARAFAH JATUH PADA 23 SEPTEMBER 2015..
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon