ASAL USULNYA IBADAH KORBAN

ASAL USULNYA IBADAH KORBAN




Asal usulnya ibadah korban adalah untuk memperingati sejarah pengorbanan yang menjadi titik penting dalam Islam iaitu apabila Nabi Ibrahim a.s diwahyukan untuk mengorbankan anakanda kesayangannya Nabi Ismail a.s. Satu pengorbanan yang sangat besar yang saya yakin tak mampu untuk saya dan anda semua lakukan. Namun ketaatan Nabi Ibrahim a.s untuk menjalankan perintah Allah SWT yang meminta beliau menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s sebenarnya membawa 1001 pengajaran yang sepatutnya kita ambil sebagai iktibar.

Tak dapat digambarkan perasaan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar ketika itu. Apa yang pasti, bagi mereka ini perintah Allah SWT, sesukar mana atau sebesar mana impaknya ianya perlu dilaksanakan kerana mereka yakin ganjaran dari Allah SWT yang besar akan menanti mereka.

Saya terkesan bila membaca kisah sejarah ini, saat Nabi Ibrahim bersedia untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail, Nabi Ismail telah meminta untuk ayahnya melakukan sembelihan dengan tidak memakai bajunya kerana Nabi Ismail tidak mahu darahnya terpecik ke pakaian ayahnya dan ibunya Siti Hajar terpaksa pula mencuci darah anak yang disembelih bapanya sendiri!

Ganjaran Allah SWT sesungguhnya menanti orang yang taat pada perintahnya, saat Nabi Ismail hampir-hampir disembelih, Allah SWT telah menggantikannya dengan seekor kibas. Sebenarnya pengorbanan tersebut hanyalah ujian dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana ketaatan kedua Nabi dalam mengerjakan suruhanNya.

ASAL USULNYA IBADAH KORBAN

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Eny Abdullah
AUTHOR
Isnin, September 28, 2015 12:54:00 PTG delete

ada juga dgr di radio, korban juga sudah wujud seawal zaman nabi adam a.s..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon