JENIS MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN BADAN

JENIS MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN BADAN


JENIS MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN BADAN

  • Minuman berkarbonat

Biarpun mendatangkan kesegaran sesat, namun minuman yang menjadi kegemaran ramai ini sama sekali tidak mempunyai nila-nilai nutrisi. Tetapi, ia kaya dengan kandungan gula, sodium dan kalori.


  • Aiskrim

Sungguh nikmat! Namun, aiskrim merupakan sajian yang amat tinggi kandungan lemak, gula dan kalori. Anda yang sedang berdiet, eloklah berfikir dua tiga kali terlebih dahulu sebelum mahu menikmatinya!


  • Mayonis

Mempunyai kandungan lemak di dalamnya. Jadi, sebaiknya pakai sedikit sahaja jika anda mahu menikmatinya.


  • Kopi Segera

Tahukan anda bahawa secawan kopi segera itu mengandungi lebih daripada 39 lemak? Jika tidak mahu tubuh anda menjadi timbunan lemak, kira dengan teleiti berapa jumlah kalori daripada kopi segera yang telah masuk ke dalam tubuh anda?


  • Daging Olahan

Sosej dan segala jenis daging olahan mengandungi lemak yang tidak baik. Kadarnya begitu tinggi, sama banyak dengan kadar garam yang terkandung di dalamnya.


  • Makanan Segera

Di antaranya burger dan kentang goreng Kandungan lemaknya sangat tinggi, begitu juga dengan kalorinya.


  • Krim

Whipped cream yang sering dipakai sebagai penghias pada jus strawberi dan dressing salad, mengandungi lemak tnggi, dan akan menjadi kalori tinggi jika dicampur dengan makanan sihat anda. Sebaiknya, jika anda sedang memakan makanan sihat, sebaiknya tidak dicampur dengan aneka krim atau topping.


  • Kerepek Kentang

Jajan yang ranggup ini merupakan salah satu makanan yang paling besar potensinya untuk membuatkan anda gemuk kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Belum kira lagi kandungan lemak dan gulanya, sehingga jumlah kalorinya menjadi lebih tinggi. Di samping itu, kerepek-kerepek kentang ini juga mengandungi bahan pengawet, perasa dan pemanis buatan yang cukup jelas tidak baik untuk kesihatan tubuh.


p/s.. Jagalah kesihatan.. Banyak lagi makanan-makanan yang boleh mendorong kearah kegemukkan dan obesiti selain daripada makanan yang di senaraikan di atas...
Previous
Next Post »

5 Komen

Write Komen
ziana eunos
AUTHOR
Rabu, September 16, 2015 5:00:00 PTG delete

alhamdulillah semua jarang saya makan ^_^

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
Jumaat, September 18, 2015 6:02:00 PTG delete

alaaaa... semua suka..!!
terutama aiskrim.. hehehehehe.. :p

Reply
avatar
Puan Wawa
AUTHOR
Ahad, September 20, 2015 12:43:00 PTG delete

Tak nak gemuk tpi nak berisi je.. hehe

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon