TIP KESUBURAN BAGI LELAKI DAN WANITA

TIP KESUBURAN BAGI LELAKI DAN WANITA


TIP KESUBURAN BAGI LELAKI DAN WANITA


TIP KESUBURAN BAGI LELAKI
·      ·         Turunkan BMI ke bawah 28. Secara purata, lelaki yang obes mempunyai 22% jumlah sperma yang lebih rendah berbanding lelaki lebih kurus.
·         Jangan merokok dan mengambil dadah serta jangan mengambila alcohol. Merokok dan beberapa jenis dadah rekreasi boleh mengurangkan kualiti sperma. Alkohol pula akan menjejaskan kesuburan.
·         Pastikan testis sentiasa sejuk. Pakai seluar dalam yang longgar, bukan ketat untuk memastikan testis sentiasa sejuk. Lelaki yang banyak duduk ketika bekerja mempunyai kualiti sperma yang lebih rendah kerana testis mereka lebih cenderung untuk menjadi panas.
·         Elakkan daripada meletak computer riba di atas riba. Jangan mandi air panas, sauna, spa terlalu kerap. Laptop yang di letakkan dekat dengan bahagia testis akan meningkatkan suhu skrotum, sekali gus member kesan secara langsung serta menjejaskan pengeluaran sperma. Oleh itu, letakkan laptop di meja dan jauhkan daripada bahagian testis jika mahu mendapat anak.
·         Amalkan diet yang sihat yang kaya dengan antioksidan. Makanan yang kaya antioksidan boleh mengurangkan kerosakkan akibat bahan kimia yang di kenali sebagai radikal bebas ke atas sperma. Antioksidan boleh di temui di dalam sayur-sayuran segar, buah-buahan, kekacang, bijian, the hijau dan coklat gelap.
·         Tekanan  melampau hingga kehilangan berat badan yang mendadak boleh menjejaskan kesuburan. Bagi lelaki, ia boleh menyebabkan mati pucuk, mandul, dan mengganggu penghasilan sperma. Pengurusan tekanan secara bijak amat penting dalam mengekalkan kesuburan.
·         Elak pengambilan alcohol kerana ia menjejaskan kuantiti sperma yang di hasilkan, lalu menyukarkan proses mendapatkan anak secara semula jadi.
·         Pastikan pengambilan vitamin dan mineral yang cukup bagi menangkis serangan radikal bebas yang menjejaskan kuantiti sperma.
·         Elak diri daripada terdedah kepada toksin atau racun yang berada di persekitaran seperti racun serangga, radiasi, plumbum dan logam berat yang mengakibatkan risiko kesuburan.
·         Memberi perhatian kepada kesihatan secara keseluruhan untuk meningkatkan kesuburan secara tidak langsung dan kawalan penyakit seperti diabetis dan darah tinggi.


KEBANYAKKAN LELAKI MENGHASILKAN KIRA-KIRA 80,000,000 SPERMA SETIAP HARI. INI BERSAMAAN DENGAN KIRA-KIRA 1200 SPERMA BAGI SETIAP DEGUPAN JANTUNG.



TIP KESUBURAN BAGI WANITA
·       ·        Umur adalah factor paling penting ketika cuba untuk hamil. Wanita muda yang tidak mempunyai masalah kesuburan mempunyai 25% peluang untuk hamil secara semulajadi. Peluang ini jatuh kepada 12% pada usia 37 tahun dan 5% pada usia 42 tahun. Rawatan kesuburan secara IVF tidak mengatasi kesan umur, tetapi boleh meningkatkan peluang untuk Berjaya hamil.
·        ·        Kekalkan BMI antara 20 dan 25. Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sihat dikaitkan dengan kesuburan yang lebih baik. Kahamilan bagi wanita yang berlebihan berat badan dikaitkan dengan masalah seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Makanlah dengan sihat dan lakukan senaman dengan kerap.
·         JANGAN MEROKOK. Merokok mengurangkan hingga separuh peluang untuk hamil setiap bulan dan boleh menggandakan keberangkalian mengalami keguguran.
·         Ambil Asid Folik ketika cuba untuk hamil dan sehingga 12 minggu kehamilan. Asid Folik boleh membantu mengurangkan kebarangkalian spina bifida sehingga 92%. Mineral dan makanan tambahan lain juga mungkin berguna. Gunakan GARAM BERIODIN kerana iodin penting untuk perkembangan otak bayi. Elakkan produk yang mengandungi vitamin A.
·         Kurangkan pengambilan kafien dan elakkan alcohol. Kafien boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil. Tiada had yang selamat bagi alcohol ketika hamil, jadi sebaik-baiknya di elakkan.
·         Pastikan anda mendapat imunisasi rubella.
·         Pertimbangkan imunisasi cacar air jika anda belum pernah dijangkiti cacar air.
·         Kesihatan diri secara leseluruhan tidak bermakna diri subur dan dapatkan bantuan pakar sekiranya tidak hamil selepas satu tahun perkahwinan.
·         Hari yang mana ovulasi berlaku tidak semestinya hari terbaik untuk mendapatkan anak. Ini kerana sperma boleh hidup dalam tempoh sehingga tiga hari dalam rahim selepas hubungan intim. Oleh itu, hubungan intim beberapa hari sebelum telur dilepaskan juga boleh membantu usaha mendapatkan anak.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon