Topeng N95 Sesuai Untuk Jerebu

Topeng N95 Sesuai Untuk Jerebu


Topeng N95 Sesuai Untuk Jerebu


Jerebu yang melanda sekarang sangat lah membimbangkan...
Masyarakat tidak di galakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana keadaan Jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan...
Sekiranya aktiviti di luar rumah tidak dapat di elakkan.. masyarakat di galakkan menggunakan topeng untuk menutup hidung dan mulut..
Dan topeng yang sesuai di gunakan ialah TOPENG N95...


KELEBIHAN TOPENG N95
  • mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia. Respirator N95 mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer
  • Topeng N95 melekap pada muka, menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke hidung atau mulut.
  • Topeng muka N95 sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron dalam udara tidak sihat.


Untul pengetahuan semua topeng pembedahan tidak sesuai di gunakan semasa jerebu.. Ini kerana asap dan jerebu daripada kebakaran hutan mengandungi bahan partikel halus berbahaya yang bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer...

Bayangkan salah faham ini terbawa-bawa selama bertahun lamanya sejak jerebu menjadi musim tahunan negara kita hingga ia sebenarnya membahayakan kesihatan orang ramai secara kronik. Dan kesannya, sesiapa yang memakai topeng jenis berkenaan ketika jerebu untuk jangka masa panjang sebenarnya akan membahayakan diri dengan membenarkan bahan partikel halus bersaiz 2.5 mikrometer memasuki paru-paru dan darah melalui sistem pernafasan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit paru-paru, jantung dan sebagainya

Bagaimanapun, pemakaian topeng pembedahan itu boleh melindungi pernafasan daripada partikel bersaiz lebih lima mikro­meter seperti yang terkandung dalam asap enjin kenderaan.

Oleh itu, wajar untuk penunggang motosikal dan basikal memakai topeng pembedahan sekiranya berada di kawasan trafik sibuk namun ia langsung tidak berkesan apabila digunakan ketika bencana jerebu.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon