Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid

Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid


Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid

Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid. Haid, datang bulan atau period, tidak kira apa gelarannya sekalipun, apa yang penting adalah cara anda menjaga kebersihan diri sebagai seorang wanita.

Tuala wanita yang sesuai perlu dipilih untuk memastikan anda rasa selesa sepanjang hari. Rasa selesa dan selamat dari ‘bocor’ penting agar anda terus berasa yakin untuk melaksanakan aktiviti atau rutin seharian.

Selain keutamaan diberikan kepada pemilihan tuala wanita, anda juga perlu praktikkan langkah-langkah kebersihan diri agar tidak ada bau yang kurang menyenangkan sewaktu anda datang bulan.

Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid

Mandi 
  • Kerap mandi ketika datang bulan, sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Cuaca yang panas di Malaysia akan membuatkan anda berpeluh, lebih-lebih lagi ketika haid, suhu badan akan lebih panas berbanding biasa. Selain untuk menyejukkan badan, mandi juga merupakan proses untuk anda membersihkan diri terutamanya di kawasan alat sulit.

Kerap Menukar Seluar Dalam 
  • Pastikan anda kerap menukar seluar dalam terutamanya setiap kali selepas mandi untuk membuatkan anda rasa lebih selesa dan bersih.

Kerap Menukar Tuala Wanita 
  • Jangan guna tuala wanita yang sama untuk tempoh yang lama. Tukar tuala wanita sekurang-kurangnya selepas 3 atau 4 jam anda memakainya. Ini untuk mengelakkan tuala wanita menjadi terlalu lembab dan pasti akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Selain itu tuala wanita yang dipakai terlalu lama tanpa menukarnya pasti akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bersihkan Tuala Wanita Sebelum Membuang 
  • Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan tuala wanita yang telah anda gunakan dibersihkan dengan cara yang betul, sebelum dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah. Jangan sesekali membuang ke dalam lubang tandas kerana tuala wanita kerap menjadi punca utama tandas tersumbat. Basuh tuala wanita dengan air, letak sedikit ‘shower gel’ atau sabun untuk menghilangkan bau darah dan selepas membersihkannya, balut di dalam kertas sebelum membuangkannya ke dalam tong sampah.

Basuh Tangan 
  • Setiap kali sebelum dan selepas menggunakan tuala wanita, pastikan anda basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih. Ini untuk memastikan kesihatan sentiasa terpelihara.

Jaga Kebersihan Bahagian Intim 
  • Pastikan anda menjaga kebersihan kawasan alat sulit atau bahagian intim. Pastikan setiap kali anda menukar tuala wanita, anda bilas bahagian intim dengan air yang bersih. Ini untuk mengelakkan berlakunya infeksi bakteria

Guna Deodran  
  • Ketika haid atau period, badan akan berasa lebih panas dari biasa akibat pengeluaran hormon estrogen. Estrogen akan mengeluarkan peluh dan minyak dari tubuh lebih banyak berbanding biasa. Ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Jadi untuk mengelak bau badan yang kurang menyenangkan, pastikan anda memakai deodran setiap kali selepas mandi.

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon