Drama Akasia | Sinopsis Akulah Balqis

Drama Akasia | Akulah Balqis


Drama Akasia | Sinopsis Akulah Balqis


Drama terbaru karya Erma Fatima, Akulah Balqis bakal muncul mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan pelakon-pelakon hebat iaitu adik Puteri Balqis, Aeril Zafrel dan Nabila Huda. Turut dibintangi oleh Nazim Othman dan Nadia Brian selaku watak utama. Sebuah drama terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd, dibawah arahan Pali Yahya. Drama ini dilihat seperti pembikinan semula telefilem Balqis yang pernah disiarkan dalam slot Festival TV3. Ianya juga merupakan drama yang pertama meletakkan pelakon kanak-kanak sebagai watak utama menghiasi slot Akasia. Ikuti perjalanan hidup Balqis mulai 18 November ini, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.02 malam di TV3.


JUDUL : AKULAH BALQIS

EPISOD : 24 episod
TARIKH / MASA : 18 November 2015 (Isnin-Khamis, 7.02 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Erma Fatima
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Balqis Azizi, Aeril Zafrel, Nabila Huda, Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri 
Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, Aziza Kazan


WATAK PELAKON
  • Puteri Balqis sebagai Balqis (BIODATA PUTERI BALQIS)
  • Aeril Zafrel sebagai Yamin
  • Nabila Huda sebagai Seri
  • Nazim Othman sebagai Adi
  • Nadia Brian sebagai Milda
  • Puteri Aishah sebagai Jenny
  • Amai Kamarudin sebagai Zali
  • Nabilah Dally sebagai Cikgu Nur
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Tok Ma
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Jun


SINOPSIS AKULAH BALQIS
Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.

Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon