Drama TUAN ANAS MIKAEL

Drama TUAN ANAS MIKAEL


Drama terbaru adaptasi novel Tuan Anas Mikael karya Syammuriezmil. Sebuah drama penerbitan Pena Creative Pictures arahan Raja Ahmad Alauddin. Menampilkan sakali lagi gandingan mantap Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai pelakon utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Wan Sharmila, Shah Rezza, dan ramai lagi. Di jadualkan bersiaran pada bulan November nanti di saluran Astro Ria.

Drama TUAN ANAS MIKAEL


JUDUL : TUAN ANAS MIKAEL
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 9 November 2015 (Isnin-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud


WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael
Zara Zya sebagai Ayu Maisarah
Wan Sharmila sebagai Miss Mikayla Haji Ebrahim / Kay



SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL

Drama TUAN ANAS MIKAEL

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.


Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi


Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.


Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.


Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.


Drama TUAN ANAS MIKAEL

Drama TUAN ANAS MIKAEL

Drama TUAN ANAS MIKAEL

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon