Faktor PERUT menjadi BUNCIT

Faktor PERUT menjadi BUNCIT

Faktor PERUT menjadi BUNCIT

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Antaranya adalah:

1. Faktor Keturunan :
Faktor keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa secara umumnya sukar dielakkan. Contoh, kalau ibu bapa kategori buncit, anak nak slim/kurus mmg susah la.

2. Faktor Penuaan :
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Penurunan hormon ini akan meningkatkan lemak diperut. Senang je, tengok ibu dan bapa kita, bila dah tua, memang buncit padahal masa muda slim/kurus je.

3. Makanan & Minuman Tertentu :
Alkohol adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur. Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi. Susu pun boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. Oleh itu, lebih baik ambil susu rendah lemak.

4. Tembakau :
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan kembung kerana proses penghadaman terganggu.

5. Stres :
Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semulajadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stres boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan mengembang. Selain itu, golongan wanita lebih mudah dilanda stres dan seterusnya cenderung memiliki lemak berlebihan di perut meskipun berat badannya normal! Keadaan ini diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6. Perubahan Hormon:
Terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya !
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Sue Izza
AUTHOR
Rabu, November 18, 2015 1:03:00 PTG delete

bidan kata kita buncit sebab badan banyak angin huwaaaa makan ubat kurus pun tak kurus2 huhuuhuu

Reply
avatar
Azlinda Azman
AUTHOR
Khamis, November 19, 2015 10:34:00 PG delete

perutku jua !! sobs !


www.azlindaalin.com

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon