Mencari Jalan Syurga

JALAN KE JANNAH


Mencari Jalan Syurga


Jalan untuk mencapai ke Jannah (syurga) amat mudah bagi mereka yang tidak menyusahkan diri sendiri. Memang kita harus bersyukur kerana kita terlahir dari kalangan orang Islam yang hidup dakam akhir zaman sesudah kewafatan Rasulallah s.a.w.

Cuba kita bayangkan jikalau kita terlahir dibumi ini pada masa sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pastinya tiada pencerahan dalam beragama, namun sesudah kita pastinya cucu-cicit kita yang beruntung dapat memelok agama Islam dan mendoakan untuk kita (nenek-moyang mereka)

Sekali lagi kita harus bersyukur kerana kita menjadi umat Muhammad s.a.w. Seorang Nabi yang dikasehi Allah s.w.t. dan dengansecara tidak langsung (automatic) kita memperoleh gandaan pahala yang berganda-ganda diatas segala kebaikan yang kita buat. Tidak seperti umat sebelum ini dimana tiada gandaan pahala. Seperti contoh umat Nabi Isa a.s. serta umat Nabi Musa a.s.

Dan jalan mudah ke Jannah itu antaranya ialah;

1. Tidak terpaut dengan dunia dan bersungguh-sungguh dengan urusan akhirat.

2. Memelihara diri daripada dosa , samada dosa yang besar mahupun yang kecil.

3. Bercakap hanya perkara-perkara yang berfaedah dan mengelakkan diri dari berkata yang sia-sia.

4. Memelihara sembahyang lima waktu.

5. Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram dan syubhat , samada sedikit mahupun banyak.

6. Bersahabat dengan orang yang berakhlak baik dan terpuji.

7. Merendah diri dan tidak suka bersikap ego dan takabur.

8. Suka berkorban dan berderma kepada mereka yang susah.

9. Berkasih sayang sesama makhluk ciptaan Allah.

10. Selalu ingat akan mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi mati.

11. Selalu membantu dan memberikan pertolongan kepada orang-orang yang memerlukan.

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Puan Wawa
AUTHOR
Ahad, November 15, 2015 11:49:00 PG delete

Good sharing.. Thanks dear..")

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon