PETUA ATASI SEMBELIT

PETUA ATASI SEMBELIT

PETUA ATASI SEMBELIT


Jika anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar, cubalah mana-mana petua sembelit di bawah. InsyaAllah sembuh.

1. Pisang atau betik :
Makan buah pisang atau betik selalu.

2. Pisang masak :
Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3. Akar temu lawak :
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4. Daun gelenggang :
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

5. Minum air kosong / air suam 
Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Diya Hanun
AUTHOR
Khamis, November 19, 2015 1:56:00 PTG delete

yg salu sy buat kan, sy minum air byk2..xpun mkn buah yg byk mngandungi air..hehe

Reply
avatar
Fendi Rocka
AUTHOR
Jumaat, November 20, 2015 6:27:00 PG delete

jawapannya adalah seperti entri sebelum..pishang!

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon