Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah

Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah


Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah

Petua Hilangkan Masalah Tumit Merekah. Masalah biasa yang dialami oleh wanita di Malaysia. Tumit kaki merekah atau pecah-pecah. Mungkin ada rawatan moden untuk masalah ini namun apa kata cuba rawatan tradisional tanpa bahan kimia.


Kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah ini jom skodeng petua yang dikongsikan dibawah.
  • Paling mudah ditemui, guna sahaja daun pisang. Daun ini bersifat sejuk semulajadi. caranya dengan meramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosok pada tumit kaki.
  • Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.
  • Gunalah nasi dengan cara melenyekkan beberapa butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah.
  • Boleh juga gunakan bawang merah. Mudah sahaja caranya, perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah.
  • Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki anda beberapa minit setiap hari.
  • Guna lemak ayam pun boleh. Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak, kemudian sapukan.

Inilah antara petua yang boleh anda amalkan. Lakukan secara bersungguh-sunguh, insyaallah pasti berjaya.
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Puan Wawa
AUTHOR
Selasa, November 24, 2015 12:28:00 PTG delete

Boleh juga guna cream herbal blend.. Sapu je dibahagian tumit setiap malam, insyaAllah licin comel..")

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
Selasa, November 24, 2015 6:51:00 PTG delete

errr... guna lemak ayam tu macam tak sanggup.. hehehehee..
yang lain tu ok la, boleh cuba.. :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon