TIGA MUSUH MANUSIA

TIGA MUSUH MANUSIA


TIGA MUSUH MANUSIA

Dunia, Syaitan dan Nafsu.

Berkata Yahya bin Muaz al-Razi: "Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat."

Beliau juga berkata: "Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa) iaitu makan sekadar untuk menguatkan badan, bicara seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan orang lain." Menurutnya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput, bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita- cita.

Berkata Abu Yahya al- Warraq: "Barang siapa merelakan anggota- anggotanya dipengaruhi syahwat bermakna dia telah menanam pohon penyesalan di hatinya.".

Jaafar bin Humaid pula berkata; "Para ulama telah bersepakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali dengan meninggalkan kenikmatan di dunia."

Wuhaib Ibnul- Ward: "Barang siapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka hendaklah ia bersedia menuju kehinaan."
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Sheila Adziz
AUTHOR
Khamis, November 12, 2015 1:33:00 PTG delete

setuju sgt itu lah musuh utama yg harus dinyahkan dlm diri kita....

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
Khamis, November 12, 2015 6:03:00 PTG delete

bagus perkongsian ni Reen.. :)

semoga kita bersama sentiasa di dalam lindungan dan kasih sayangNya.. aamiin..

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon