Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais


Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais


Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais. Peti ais atau peti sejuk digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis bahan makanan dan minuman. Ini untuk memastikan makanan terus segar dan tidak cepat rosak, terutamya seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan juga makanan yang telah siap dimasak.

Kadang kala selepas menyimpan pelbagai jenis bahan makanan, akan ada bau yang kurang menyenangkan bila kita membuka pintu peti ais. Bau akan menjadi lebih memualkan sekiranya suhu di dalam peti ais tidak berapa sejuk. Contohnya bila berlaku gangguan bekalan elektrik.


Jika hal ini terjadi, anda boleh cuba beberapa Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais yang dikongsikan dibawah ini untuk mengembalikan bau segar setiap kali membuka pintu peti ais atau peti sejuk.

1) Guna Esen Vanilla – Esen Vanila bukan hanya digunakan untuk mewangikan kek, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mewangikan peti ais di rumah anda. Caranya ambil sebesen air dan tambahkan beberapa titis esen vanilla ke dalamnya. Selepas itu ambil tuala yang bersih dan basahkan dengan menggunakan air campuran esen vanilla itu tadi kemudian lapkan ruang dalam peti ais anda.

2) Guna Roti – Jika ada baki sekeping dua roti, jangan buang. Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau busuk dalam peti sejuk. Tinggalkan sahaja sekeping dua roti dalam peti sejuk sehingga roti tersebut menjadi kering selepas itu gantikan dengan roti yang baru. Roti akan membantu menyerap segala macam bau dari dalam peti sejuk di rumah anda.

3) Guna Kulit Nenas – Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kulit nenas juga boleh digunakan untuk menyerap bau yang kurang enak dari dalam peti ais. Anda hanya perlu letakkan beberapa keping kulit nenas dan biarkan dalam peti ais selama beberapa hari. Bila kulit nenas dah kecut, anda bolehlah gantikan dengan kulit nenas yang baru.

4) Guna Arang – Mengikut petua tradisional, arang juga boleh digunakan untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Tetapi kalau anda nak hasil yang lebih berkesan, anda perlu letakkan arang bersama hirisan limau atau lemon. Barulah bau dalam peti sejuk akan berasa lebih segar dan wangi.

5) Guna Soda Bikarbonat – Lagi satu petua untuk menghilangkan bau busuk dari dalam peti ais adalah dengan membancuhkan beberapa sudu soda bikarbonat dengan air. Selepas itu basahkan tuala yang kering dengan air tersebut dan lapkan ke bahagian dalam peti sejuk.

Selain lima Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais, anda juga boleh meletakkan daun pandan atau kulit limau untuk mewangikan ruang dalam peti ais di rumah anda.

Apa yang penting adalah pastikan dalam peti ais anda sentiasa bersih. Simpan bahan-bahan mentah dalam bekas tertutup dan jika ada air atau apa sahaja cecair yang tertumpah dalam peti ais, cepat-cepatlah bersihkannya. Anda juga perlu pastikan suhu peti ais sentiasa sejuk.

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon