Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW


Tidur selepas makan – Sesungguhnya jika kita tidur selepas makan, akan menyebabkan proses sistem pencernaan kita tidak berlancar dengan sempurna.

Tidur sepanjang hari – Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari, ia boleh mengakibatkan kita mudah dan senang untuk diserang pelbagai penyakit. Diantara penyakit-penyakit tersebut ialah penyakit diabetes.

Tidur selepas waktu solat Subuh dan awal pagi – Nabi Muhammad SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh dan tidak tidur di awal pagi. Apakah sebabnya? Kerana Allah SAW memberkati umatnya yang bekerja, membanting tulang, mencari nafkah dan yang keluar pergi mencari rezeki yang halal untuk dirinya dan juga untuk ahli keluarganya. Waktu awal pagi merupakan waktu kita untuk mencari rezeki dan berusaha.
Sabda Nabi :
“Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan” (Riwayat oleh At Tabarani dalam Al Awsath)

Tidur pada waktu solat Asar – Sesetengah alim ulama ada menyatakan mengapa tidur waktu solat Asar merupakan salah satu waktu tidur yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Sebabnya ialah:
“Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri”

Tidur sebelum waktu solat Isyak – Sesungguhnya adalah lebih elok dan afdal sekiranya anda dapat menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Kerana terdapat sesetengah daripada kita suka untuk melewat-lewatkan waktu solat Isyak. Sehingga kadang-kadang kita terlupa sama ada kita sudah menunaikan solat Isyak atau belum. Mungkin ada juga langsung tidak menunaikan solat Isyak. Sekiranya anda mempunyai keyakinan dan boleh bangun untuk menunaikan solat Isyak, tidak mengapa sekiranya anda melewatkan solat Isyak tersebut. Tetapi sekiranya tidak yakin, lebih baik untuk anda tidak tidur sebelum waktu solat Isyak tersebut.


Mungkin dalam sedar atau tidak kita pun pernah melakukannya kan. Setiap segala larangan dan juga apa sahaja yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW sebenarnya terdapat hikmah, kebaikan dan kesannya yang tidak kita sedari.

Semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan peringatan untuk diri penulis juga. Dan dalam masa yang dapat dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama. Insyaallah.

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Salina Johari
AUTHOR
Selasa, Disember 01, 2015 1:18:00 PG delete

Perkongsian yg menarik..tq ya .

Reply
avatar
aRz MoHa
AUTHOR
Ahad, Disember 06, 2015 10:12:00 PTG delete

Bagus perkongsian seperti ini. Benar waktu tido ni seakan merugikan kita dalam masa sama terdapat kesan sampingan

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon