Wanita melamar lelaki adalah amalan yang terpuji

Wanita melamar lelaki adalah amalan yang terpuji


Wanita melamar lelaki adalah amalan yang terpuji


Jangan malu melamar lelaki yang kita suka . Kerana kita sebagai wanita , kitalah yang memilih bakal pemimpin rumah tangga kita . Kepentingan memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai suami . Kerana suamilah tunggak keluarga yang menegakkan rumahtangga . Dan suamilah nakhoda yang berperanan mengemudi bahtera rumahtangga . Tanpa tunggak yang utuh dan nakhoda yang berhikmah , tentunya rumahtangga mudah goyah akibat angin ribut yang meniup dan gelombang ombak yang memukul . Justeru memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai bakal suami amat penting . Mesti disertai dengan menggunakan akal dan rasional yang tinggi . Bukan hanya memilih berdasarkan perasaan cinta semata-mata

Tiada istilah 'Perigi mencari timba' . Itu hanyalah sekadar mitos atau peribahasa yang mengarut . Dalam islam tidak pernah melarang apalagi mengharamkannya . Malah di dalam sejarah Islam , seorang wanita yang mulia dan banyak berjasa dalam dakwah awal Islam telah melakukannya . Beliau ialah Ummu al-Mukminin Khadijah radhiAllahu `anha binti Khuwailid . Beliau telah melamar seorang lelaki mulia , lagi bijak , lagi amanah , lagi kacak , lagi jujur iaitu Muhammad SAW untuk dijadikan suami kepada beliau .

Betapa Khadijah tahu apa yang baik untuk dirinya . Beliaulah yang memulakan lamaran apabila di sana terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan bisa membimbing beliau . Dan ternyata perbuatannya itu menghasilkan keberuntungan , bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat

Kalau kita suka pada seseorang dan inginkan dia menjadi pasangan kita sampai ke syurga , kita lamarlah dia . Dia terima atau tidak , kita serahkan pada Allah . Tawakallah , jangan malu untuk melamar lelaki . Tetapi , malulah bila lelaki ajak kita couple dan kita terima

Sumber : PAKAR DARI HATI
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon