Ada apa dengan TM GO?

2 comments

TM Go... macam menarik je kan.. Dan ia memang menarik perhatian aku...
Aku dalam perancangan nak langgan tm go ni untuk kegunaan luar rumah..
kat rumah sekarang pun family aku langgan TM Streamyx..


Antara yang menarik TM GO ni :
~ PRABAYAR : Tiada kontrak dan komitmen. Hanya bayar ikut kemampuan.. Kalau kontrak2 ni memang aku tak minat.. sebut je kontrak terus cancel nak langgan..
~ PERCUMA : 2GB kouta untuk pek permulaan.. Sebut je percuma mesti semua nak kan kan.. hehe
~ BONUS : Lebih tambah nilai, lebih kouta... 


Aku nak langgan yang mana satu ye?
30 hari 3.5GB + 500MB = RM30
ATAU
60 hari 6GB + 1GB = RM50
????????????
Read More

Novel Adaptasi PERGILAH AIR MATA

Leave a Comment

Hanni Ramsul, salah seorang novelis kegemaran aku... setiap karya nya pasti mengundang air mata... huhu.. dan novel dia semuanya best di baca...

Pergilah Air Mata karya Hanni Ramsul ini akan di tayangkan TV2 tak lama lagi.. aku tak tahu bila di tayangkan tapi yang pasti di barisi pelakon yang hebat dan mantap... Tak sabarnya nak tengok... Dah banyak kali ulang baca novel ni..memang tak jemu.. 


Ceritanya macam ni.. alkisah si Sabrina di tangkap basah bersama Badrul.. Ini semua kerja si Maria yang dengki kat Sabrina sbb sukakan tunang Sabrina iaitu Ikmal.. Si Badrul dah mempunyai kekasih lain dan merasa diri di anaiya oleh Sabrina. Dalam fikiran Badrul, menyangka Sabrina mata duitan dan ingin mengambil kesempatan keatas dirinya. Dari situ bermulanya kesengsaraan Sabrina... huhuhu, kalau nak tahu jalan cerita, belilah novel dan tunggulah kemunculan drama ni kat kaca tv anda... 


SINOPSIS :

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit.
... SABRINA

Memang aku benci. Memang aku tidak rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini.
... BADRUL

Sumber Gambar : FB HANNI RAMSUL
Read More

Pasar Borong Sayuran Stutong

2 comments

Pasar Borong Stutong, Kuching, Sarawak ni menjadi tumpuan masyarakat sekitar.. Sayur-sayuran di jual dengan harga murah.. 
Pasar Borong ni di buka SETIAP HARI selepas Isyak jam 8 malam sehingga Subuh...
Makin lewat malam, makin ramai orang yang datang dan makin lewat datang, barang banyak habis.. hehehe.... 
Kalau nak buat kenduri atau untuk jualan runcit memang sesuai borong sayur-sayuran ni.. 

pssttt : harap harga sayur tak naik selepas 1 April...
Read More

Tutorial : Butang Facebook, Instagram dan Twitter di Blog

Leave a Comment

Tutorial : Butang Facebook, Instagram dan Twitter di Blog



Step 1 :
DASHBOARD - LAYOUT - ADD A GADGET - HTML/JAVASCRIPT

Step 2 : Masukkan code di bawah ke HTML

<center><table border="0"><tbody><tr><td><a href="https://www.facebook.com/pages/Nukilan-Reena/144441848979927" target="_blank"><img alt=" Add Me" src="http://1.bp.blogspot.com/-fikgmZ_6iBM/UNsCl73zZpI/AAAAAAAADUs/4Xp1EB6MOVY/s1600/Facebook_Button.png" style="width:30px;height:30px" /></a></td><td><a href="http://www.twitter.com/reenasidek" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="http://2.bp.blogspot.com/-nUKZSdXbWyk/UNsCfgQT7wI/AAAAAAAADUk/aI0gAy7UR7M/s1600/Twitter_button.png" style="width:30px;height:30px" /></a></td><td><a href="http://www.instagram.com/reenasidek" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="http://4.bp.blogspot.com/-vCsmtAfDAME/UNsCbmjX4wI/AAAAAAAADUc/klv28qbCC7Q/s1600/Facebook_Button.gif" style="width:30px;height:30px" /></a></td></tr></tbody></table></center>

Step 3 : Masukkan Link FB, ID dan Twitter korang...

https://www.facebook.com/pages/Nukilan-Reena/144441848979927 : Masukkan Link Facebook anda

ABC : URL button Facebook. Boleh gantikan dekat button Facebook yang lain

http://www.twitter.com/reenasidek : Masukkan Link Twitter anda

ABC : URL button Twitter Korang . Boleh gantikan dekat button Twitter yang lain

http://www.instagram.com/reenasidek : Masukkan Link Instagram / Followgram/Webstagram anda

ABC : URL button Instagram . Boleh gantikan dekat button Instagram yang lain

ABC : Boleh adjust kpd size yg anda suka

Step 4 : Save..
Read More

Resepi : Kentang Goreng Sambal

2 comments

Resepi : Kentang Goreng Sambal


Sambal kentang ni senang di buat dan kalau makan dengan nasi panas memang sedap..

Resepi Kentang Goreng Sambal

Bahan-bahan :
1 kg Kentang (di potong weges)
10-15 Cili kering (Tak nak pedas kurangkan cili dan kalau nak pedas tambahkan cili)
10 Bawang merah
2 Bawang Putih
1 Bawang Besar
Garam, aji dan sedikit gula.

Cara-caranya :
Kentang yang di potong weges di tabur sedikit garam dan gorengkan. Bila semua dah masak asingkan dulu..

Kisarkan cili dan semua bawang...
Panaskan kuali masukkan minyak masak dan masukkan bahan yang di kisar..
Gaul sehingga masak.. masukkan garam, aji dan gula.. 
Bila dah masak masukkan kentang yang di goreng..
Siap.. Simple dan mudah...


Psssttt : ada satu lagi cara nak buat sambal kentang ni.. senang je.. 
Guna sambal Nasi Lemak.. 
Masukkan kentang ke dalam Sambal Nasi Lemak.. 
Read More

Adaptasi Novel SUAMI SEBELAH RUMAH

Leave a Comment

Semalam first time tengok drama SUAMI SEBELAH RUMAH... karya Ana Sofiya terbitan Fajar Pekeer..
Biasa petang2 memang kurang layan tengok tv... Tapi semalam terlayan pulak... Novel pula aku belum beli lagi... Tunggu gaji nanti.. hehehe
Hahaha.. episod semalam memang geli hati aku tengok... Suami si Eryna memang kelakar giler... kejap nampak macho, lepas tu nampak mcm lembut... hahaha
memang siok tengok Izzue Islam pegang watak Amar.. 

Drama SUAMI SEBELAH RUMAH di bintangi oleh :
Heroin : Ayda Jebat sebagai Eryna Hazwan
Hero : Izzue Islam sebagai Dr. Amar
Nazrief Nazri sebagai Azlan
Zulin Aziz sebagai Wani
Sheery Al-Hadad sebagai Anis
Hanna Aqella sebagai Iman
Ben Amirr sebagai Ziyad


SINOPSIS NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH

Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat. 

Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.

Read More

Street Vendette : Drama Adaptasi Novel

3 comments
Untuk pencinta novel.. pasti ada yang sudah tahu akan kemunculan drama STREET VENDETTE, drama yang diadaptasi dari NOVEL STREET VENDETTE karya MAZNI AZNITA terbitan BUKU PRIMA.. Dan drama 26 episod ini akan di tayangkan di RTM2..



Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang. - Kojie 

Lidah Anabella serta merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dalam keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess. Takkan dalam sekelip mata, Fakruzi boleh menyukainya! - Anabella 

"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang aku cuba mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku cuba menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku." - Anabella 

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti - Fakruzi 



"Itu sajakah yang kau nak cakap pada aku? Setelah selama ini kau permainkan aku macam orang bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam orang gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - Anabella


Sinopsis dari blog penulis: 
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami. 

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya. 

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!

Drama STREET VENDETTE ini di bintangi oleh :
Heroin : NAD ZAINAL sebagai Anabella
Hero : SYARUL RIDZWAN sebagai Kojie / Fakruzi
ERRY PUTRA sebagai Iqbal

Read More

Wanita Terbahagia Di Dunia

3 comments

Assalammualaikum...
Nak merapu pagi ni jap....
"BAHAGIA" impian setiap wanita termasuk aku..
Tapi mana nak cari bahagia tu..
Dan bahagia dari sudut apa...
PARAS RUPA, HARTA atau HATI BUDI..
Ada yang nampak bahagia dari LUARAN.. Tersenyum, bergelak ketawa tapi hati MENANGIS SAYU..
Kalau bahagia sebab paras rupa.. lama2 berkedut juga muka tu, tua mengikut peredaran waktu dan usia...
Kalau bahagia sebab harta, bukan boleh bawa mati pun kan.. tapi tak de harta macam mana nak hidup.. Taraf hidup makin tinggi sekarang.. semua kena ada DUIT, DUIT dan DUIT.. Hidup di dunia yang makin moden memang banyak dugaan, cobaan dan cabaran...
HATI BUDI kena jaga, banyak hasutan yang cuba mencemarkannya.. Cara nak menjaga hati budi supaya sentiasa bersih.. Jagalah Hubungan Kita dengan Allah.. Insya Allah akan terpeliharalah Hati kita..
Dan Insya Allah.. Setiap apa yang kita lakukan dengan niat IKHLAS kerana ALLAH SWT.. Kita akan jadi WANITA TERBAHAGIA DI DUNIA... bukan di dunia saja, Insya Allah.. DI AKHIRAT juga.. AMIN..


psssttt : tajuk ada kena mengena dengan gambar tak... mestilah ada hehehe.. Hubungan yang Halal di jaga dengan baik supaya kekal di dunia sampai ke tua dan ajal menjemput.. Dan paling membahagiakan apabila hubungan yang halal itu bersatu juga di akhirat... 
**************************************
Wanita Terbahagia Di Dunia - Bunga Cinta Lestari

Jujur ku mengakui... Pantas ku beri... Seribu pujian buat kamu
Jauh di dalam hati... Selalu ku rasa.... Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu... Jadikan aku... Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu... Ku jadi tahu... Artinya waktu... Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu... Ku rasa jauh... Lebih mengerti... Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Kamu ku yakin tahu... Ku yakin sama... Tujuanmu dengan tujuanku
Jauh di dalam hati... Selalu ku rasa... Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu... Jadikan aku... Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu... Ku jadi tahu... Artinya waktu... Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu... Ku rasa jauh... Lebih mengerti... Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu... Ku jadi tahu... Artinya waktu... Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu... Ku rasa jauh... Lebih mengerti... Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu... Ku rasa jauh... Lebih mengerti... Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Read More

Slot Akasia : Minggu Terakhir TEMAN LELAKI UPAHAN

3 comments

Minggu ni merupakan minggu terakhir bagi drama TEMAN LELAKI UPAHAN di Slot Akasia TV3. Pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan pada minggu kemuncak ini termasukla aku yang akan setia di hadapan TV3 dari Jam7-8 malam. (dan solat maghrib jgn burn ye, alhamdulillah kat Kuching solat Maghrib jam 7 mlm, tertinggal sikit jalan cerita tak apa)


Sesiapa yang teringin nak menonton kemuncak episod terakhir cerita ni bersama watak utama drama ni, boleh la hubungi no di atas.. siapa cepat dia dapat.. So jangan lepaskan peluang... Aku? tengok kat rumah je.. hehehe.. Yang dekat-dekat situ jangan lepaskan peluang ini.. Walaupun dah tahu ending cerita ni melalui novel, nak tahu juga mcm mana ending drama pulak kan.. sama tak dalam novel.. 

Drama HATI PEREMPUAN akan menggantikan drama Teman Lelaki Upahan pada 30 Mac 2015...

SINOPSIS TEMAN LELAKI UPAHAN
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat? Syarat apa?”
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Read More

Slot Akasia : Hati Perempuan

1 comment

Satu lagi drama yang di adaptasikan dari novel iaitu Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas terbitan Penulisan2u.. Drama ini yang akan menggantikan drama Teman Lelaki Upahan tidak lama lagi...


Drama adaptasi novel #HatiPerempuan karya Nur Ain Al-Abbas.

Lakonan Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
Mia Ahmad sebagai Yuhanis
7pm-8pm.. TV3 #SlotAkasia bermula 30 Mac 2015...

Sinopsis novel:
Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

Sumber : SINI
Read More

IKAN PATIN : Lagenda dan Mengapa Masyarakat Sarawak Tidak Memakannya

1 comment
As salam.. dalam kemeriah citcat group watsap cerita pasal makan2.. timbul la kisah Ikan Patin dan aku teringat aku dan family tak makan Ikan Patin.. Kepantangan ni bukan family aku je tapi hampir semua masyarakat Melau Sarawak.. Kalau kat pasar ikan tu ada orang jual ikan patin ni, memang tak di pandang dan tak laku di jual..  Kebanyakkan anak muda zaman sekarang tak tahu kenapa orang tua dulu melarang anak cucu makan ikan patin ni.. termasuklah aku, tak tahu kenapa dan mengapa.. dan sekarang semua maklumat di hujung jari je dan akhirnya aku jumpa kisah...
LEGENDA IKAN PATIN DAN MENGAPA RAMAI MASYARAKAT MELAYU SARAWAK TIDAK MEMAKANNYA
Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.
Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.
Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.
Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.
Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.
Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.
psstt : ada satu kes yang  terjadi kat family aku...  sepupu aku makan ikan patin ni kat rumah kawan dia, dia tak tahu tu ikan patin.. balik dari rumah kawan dia, kulit badan tiba-tiba jadi hitam dan gatal.. huhuhu.. semua kita hairan, sepupu bagitahu dia cuma makan nasi dan ikan je, tp tak tahu ikan apa.. bila tahu dia makan ikan patin.. nenek terus suruh sepupu call kawan dia dan simpan tulang ikan patin.. dan alhamdulillah, walaupun ambil masa kulit badan sepupu kembali ke asal.. Penyakit ni datangnya macam ribut.. Nak baik macam semut..  Wallahhualam..
Read More

REVIEW INSTAGRAM KBBA

Leave a Comment
Allamdulillah Hari ni aku selesai meREVEIWkan INSTAGRAM KBBA... Review ni berlangsung selama 37 hari mewakili 37 orang ahli KBBA yang join segmen ni... Alhamdulillah hasil review ni Follower IG meningkat ... Pada korang yang terlepas nak Follow..Boleh la follow link IG di bawah.. 




25. Julia Johari Dot Com www.instagram.com/mrsjuliajohari



Terima kasih Geng KBBA yang sudi Review IG aku dan Terima kasih kepada yang sudi Follow.. 
Read More

Isteri Separuh Masa : Drama Adaptasi

Leave a Comment
Drama Isteri Separuh Masa mula di tayangkan pada 16 Mac 2015 di Astro Ria menggantikan Drama Suamiku Encik Sotong..  Novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana terbitan Kaki Novel di tayangkan sebanyak 15 episod, jam 10 malam hari Isnin.

Novel ni sangat menghiburkan... Aku dah beberapa kali ulang baca... kisah si Medina yang di merupakan anak angkat keluarga Nazrin sejak bayi lagi.. dan bila habis sekolah, nenek diaorang cuba jodohkan dia dengan abang angkatnya si Nazrin yang sangat bencikan Medina.. Medina dan Nazrin ibarat anjing dan kucing, asal jumpa je gaduh.. asal jumpa je gaduh...  

Drama ini dibintangi oleh :
Heroin : Emma Maembong sebagai Medina Izwanilah
Hero : Aiman Hakim Redza sebagai Nazrin Shah
Ayda Jebat sebagai Zita 


SINOPSIS :
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?
Read More

Mencari Pasu Ukiran Sarawak

Leave a Comment
Mencari Pasu Ukiran Sarawak.. Kalau tahu mana nak cari pasti mudah segala urusankan... Kalau nak buat cenderahati memang molek sangat.. Salah sorang saudara aku nak kawin bulan 5 nanti dan makpak dia nak pasu Sarawak sebagai cenderahati masa wedding dia nanti.. So sebelum dia orang balik semenanjung, kitorang servey2 dulu kedai dan harga..
Ada beberapa buah kedai yang boleh di servey sebelum membuat pembelian..
Salah satunya....

NGEE TAI POTTERY FACTORY.. yang terletak di Batu 5.. Jalan Penrissen..
Tel : 082-576 020    Fax : 082- 450 151







Semua nya cantik-cantikkan... kitajalan2 dulu... ok Kedai kedua ni tak jauh dari kedai di atas... kena buat U turn... iaitu kedai WONG SIAN HUP POTTERY SDN BHD.. atau di kenali sebagai kedai No2.. No tel :082-456 675







Dan yang paling menarik minat aku adalah pasu kat bawah ni.. kita boleh request letak nama.. kebanyakan yang beli pasu yang ada ukiran nama ni, beli secara borong untuk majlis kawin, akikah anak, cenderahati dan apa saja majlis..  


Bermacam2 corak boleh di dapati di kedua2 kedai ni..Terpulang kepada kita sebagai pembeli nak pilih dan tawar menawar dalam pembelian...Sekian..

Read More

Riadah Di Taman Rekreasi Ranchan

1 comment

Semperna cuti hujung minggu ni, banyak aktiviti riadah di lakukan bersama keluarga.. Dan family besar aku juga pun merancang aktiviti beriadah bersama keluarga yang datang melancong ke Sarawak.. Apa guna datang ke tempat orang kalau tak melawat tempat2 menarik kan? Kita orang merancang ke tempat yang ada air terjun.. So TAMAN REKREASI RANCHAN, SERIAN merupakan tempat riadah yang sesuai dan tepat dengan apa yang kitorang nak..


Datang awal jadi puaslah main dengan air.. kitarong mula perjalanan jam 8.30 pagi.. sampai awal, orang belum ramai datang dan dapat cari tempat yang sesuai.. 




Masa nak balik, terlihat budak ni dan geng2 dia berani main terjun2 dari jambatan.. huhu gerun tengok...



Read More

Resepi : Umai Ikan

1 comment

RESEPI UMAI IKAN

RESEPI UMAI IKAN

Bahan bahan :
Ikan bawal 5 ekor (Saiz tapak tangan) (Di ambil isi dan di potong halus)
Limau kasuri 700g bahagi 2 (ambil perahan limau sahaja)
Bawang merah 4 ulas
Cili merah 2 (1 dipotong halus sbg hiasan dan 1 lagi di tumbuk bersama cili padi)
Cili padi  (kalau nak pedas boleh tambah)
1-2 Bawang besar (Hiris halus)
Garam dan aji secukup rasa.

Cara-caranya:

Ikan bawal di ambil isinya aje
Dan di hiris halus.. 
Masukkan perahan limau pertama dan biarkan selama 5-10 minit.. Buang dan basuh sekali..
Masukkan perahan limau kedua, bersama bawang merah yg ditumbuk bersama cili.. Gaul rata..
Lps tu masukkan bawang besar dan hirisan cili.. Gaul dan masukkan garam dan aji.. 
Siap untuk di hidang.. 


RESEPI UMAI IKAN

Kalau nak buat UMAI UDANG.. Guna bahan dan cara yang sama.. Cuma tukatkan ikan ke udang...
Selamat mencuba... 

Read More

Aku Dan Patung Kucing

2 comments
Assalam dan selamat pagi..


Seumur hidup aku dan sebagai anak jati Kuching Sarawak.. ini lah kali pertama aku bergambar di patung kucing ni... Hahahaha... Bergambar di sini pun sebab bawa keluarga dari Semenanjung jalan-jalan... hehehe.. Lokasi Patung Kucing ni terletak berhadapan dengan Hotel Margherita (dulu di kenali Hotel Holiday Inn)...


Bila dah puas bergambar.. naik penambang pun syok juga kan... Sampai seberang sana, boleh la borong Kek Lapis Sarawak...


Ini salah satu kedai kek iaitu MIRA CAKE HOUSE terdapat banyak lagi kedai2 kek kat situ.. pilih je mana-mana.. Tester kek disediakan, boleh rasa..memudahkan pengunjung untuk membeli.. 



Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...