Hafiz Suip & Adira - Untuk Cinta OST Pilot Cafe

2 comments

Lirik Lagu Untuk Cinta - Hafiz ft Adira

Kau tunjuk kan aku
yang memangnya tak pernah tahu
erti cinta sebenarnya
dari jiwa
bukan hanya dari mata

Kau ajar hati ku
kasih setulus seikhlas nya
tak pernah mengalah
walau kan terpisah
sedikit pun tak berubah
Namun
tak kan menjadi miliki ku
cinta bukan tercipta untuk ku

Tolong jaga lah diri nya buat diri ku
jangan biar luka lagi hati nya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta
akan ku pendam kan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula..

Selamat tinggal kasih

Aku kan pergi bawa diri
yang telah rela
dan mengerti oh

Dan disini saja
berakhir nya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima
tentuan nya oh


Read More

TOMOK - TAK HARUS MEMILIKI OST Isyarat Cinta 2015

Leave a Comment


Di sebalik matamu tersimpan
Cinta yang harus dimiliki
Biar terselindung dukamu
Biar terpendam harapanmu
Tak mampu aku melafazkan
Perasaanku kepadamu
Meski kau dekat di depanku
Masa tetap jauhkan kita
Maafkanlah diriku
Terlanjur mencintaimu
Meskipun bukan aku yang ada di hatimu
Cintaku serah semua
Seperti yang kau mahu
Agar bisa bahagia
Meskiku tak memiliki dirimu
Cinta tak harus memiliki
Cinta tak harus bersatu
Jujur ku tak mahu menyakiti
Hatimu yang tulus padaku
Maafkanlah diriku
Terlanjur mencintaimu
Meskipun bukan aku yang ada di hatimu
Cintaku serah semua
Seperti yang kau mahu
Agar bisa bahagia
Meskiku tak memiliki dirimu



Read More

Potret - Akim & The Majistret

Leave a Comment

Lirik Lagu Potret – Akim & The Majistret
Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi



Read More

Diet 500 hingga 1000 Kolori Sehari

2 comments
 As Salam..
Diet.. semua mampu menyuarakan hasrat untuk berDIET.. tapi untuk melaksanakan diet tersebut memerlukan keazaman dan kekuatan diri dalam diri seseorang..
Keazaman yang kuat perlu ada dalam diri.. Jangan mudah tergoda apabila melihat makanan yang lazat dan meyelerakan...
Jum kita sama-sama amalkan diet yang sihat..


Pagi 
~ Kopi atau Teh seberapa banyak (tanpa gula dan susu)
~ Boleh di ambil dengan Stevia

Tengahari dan Malam (Campuran dari 4 Jenis pemakanan di bawah.)

1) Protein (100-150gm) pilih satu
~ Daging
~ Ikan Putih
~ Ketam
~ Dada Ayam
~ Udang
~ 4 biji telur tanpa telur kuning

2) Sayur (1/2 mangkuk) pilih satu
~ Salad
~ Kangkung
~ Kobis
~ Asparagus
~ Bayam
~ Tomato
~ Celeri
~ Timun

3) Buah (pilih satu)
~ Sebiji Epal
~ Sebiji Oren
~ Segenggam Strawberi
~ Suku Tembikai Sederhana
~ Sebiji Grapefruit

4) Karbohidrat (pilih satu)
~ 1 Grissini Breadstick
~ 1 Melba Toast
~ 1 Cawan Beras Perang
~ 2 sudu Nasi Putih

Semasa pengambilan makanan tengahari dan malam...
~ Tidak di galakkan makanan  berkarbohidrat tinggi, berlemak, berminyak, manis, bergas dan masin.
~ Seeloknya di kukus/stim, pasli dan margerin di gunakan sebagai perasa.
~ Pilihan yang sama tetapi berlainan Protein, Sayur, Buah dan Karbohidrat.
~ Jika anda berasa lapar, makan sebiji buah sebagai snek.

Anda juga di galakkan....
~ setiap pagi selepas membuang air, timbang berat anda.
~ Rekod berat badan harian anda.
~ Minum 2-4 liter air kosong/mineral setiap hari.
~ Ikut jadual permakanan yang di tetapkan.
~ Sebaiknya sertakan senaman ringkas


JUM AMALKAN DIET YANG SIHAT UNTUK KESIHATAN BERSAMA>> :)
Read More

Salam Jumaat : Tangan Yang Memberi.....

1 comment

Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, 
“Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat. 
Barang siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. 
Barang siapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan. 
Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. 
Dan barang siapa yang pernah memaafkan karena Allah, maka Allah akan memaafkannya.”
Read More

Burung Belibis

Leave a Comment
As Salam...
Dalam Novel Bercakap Dengan Jin Jilid 3 ada bercerita tentang Burung Belibis ni..
Burung Belipis juga di panggil Burung Belipis Kembang atau nama sainsnya Dendrocygna arcuata. 


Burung Belipis ialah sejenis burung yang bentuk badannya hampir serupa dengan itik biasa tapi ukurannya lebih kecil. Biasanya terbang berkawan dan mencari makanan di bekas-bekas lombong, sawah dan paya yang terpencil.


 Burung Belipis ni haiwan berdarah panas, bersayap dan tubuh di saluputi bulu pelepah. Burung Belipis membiak dengan bertelur dan telur burung belipis bercengkerang keras. 


Daging Burung Belipis ini boleh di makan oleh orang Islam dan rasanya lebih kurang macam daging ayam masak hitam.


Read More

Pulau Bohey Dulang Antara Pulau Tercantik Di Malaysia

2 comments

As Salam semua... 
Pulau Bohey Dulang... Antara pulau yang tercantik di Malaysia...
Air Laut yang Biru memukau pandangan...
Pulau Bohey Dulang juga di kenali Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong.
Kalau dari  bandar Samporna mengambil masa 30 minit menggunakan bot...

Cantik.. memang terpukau mata melihat air laut yang biru..

Pulau-pulau yang berhampiran..

Subhanallah.. Betapa indah ciptaan Illahi..


Kredit Gambar Blogger Emmy
Syabas Emmy.. Sampai ke puncak bukit ko mendaki dan ambil gambar cantik-cantik..
Suatu hari nanti, aku pun mau pergi jalan-jalan kat Pulau Bohey dan panjang Bukit dan ambil pemandangan dan keindahan Pulau Bohey...



Read More

OST Hati Perempuan : Sampai Mati Hazama

Leave a Comment

Setiap Isnin - Khamis layan Hati Perempuan... Syok pula dengar lagu OST drama akasia ni.. Nyanyian Hazama, Sampai Mati.. Jum Layan..



LIRIK LAGU SAMPAI MATI - HAZAMA

Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Andai hancur dan binasa
Aku kan setia sampai mati cintaku
Takkan, takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu
Read More

DOA AWAL REJAB

Leave a Comment


اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان

Allaahumma baariklanaa fii Rajaba wa Sya’baana wa ballighna 
Ramadhan

Yang artinya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
Read More

Tamar Jalis : Bercakap Dengan Jin 1

2 comments

As Salam.. 
NOVEL SERAM... sebenarnya aku bukan peminat novel seram.. kalau novel cintan cintun, nangis-nangis.. hahhh novel jenis tu banyak aku beli... Novel jenis triller pun tak banyak sangat koleksi aku.. hehehe.. biasalah perempuan... Tapi lepas baca Novel Tamar Jalis ni.. hmm macam boleh masuk pula dengan aku.. Boleh pula aku baca sorang-sorang dan malam-malam hari.. hahaha.. Tak Takut ke?? Takut tu tak la tapi SERAM tu ada...  hahaha

Apa yang menarik minat aku dengan novel Bercakap Dengan Jin ni ialah novel ni berlatarbelakangkan kisah benar.. kepercayaan orang zaman dahulu kala.. 

****************************************
Saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus.
"Saya baru baik dari demam, dah tu kena berjaga malam pula," jawab adik bongsu datuk.
"Hai, musim darurat pun kena berjaga malam?"
"Berjaga dalam rumah," sahut isteri adik bongsu datuk dari dapur.
Saya tertarik hati dengan perbualan itu lalu saya memaksa diri duduk di sebelah datuk yang saya lihat mengerutkan keningnya.
"Kenapa pula tu? Ada pencuri ke?"
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.
"Apa halnya? Cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain untuk menolongnya," datuk memberi sebuah harapan.
Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung panjang.
"Susah orang nak menolongnya," begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.
"Susah macam mana?" tanya datuk.
"Kerja Iblis."
"Kita lawan cara iblis."

****************************************
Cukup, sedikit kisah dari novel Bercakap Dengan Jin 1.. nak tahu lebih lanjut cari novel ni, baca dan hayati... Dan aku pasti setiap novel ada pembaca nya yang tersendiri.. 


Cetakan Edisi Terdahulu Tahun 1984.. lamakan.. aku belum lahir lagi...
1986, 1988, 1990, 1997..
Lepastu di kemaskini tahun 2012..
Dan cetakan edisi pertama 2011..Dan Cetakan edisi Ketiga 2013..
Banyak dah cetakan tp aku baru tahu kewujudan novel ni.. huhu

Pengajaran terlalu banyak yang  boleh kita ambil dan jadi ikhtibar.
Tuhan yang di patut di sembah ialah ALLAH S.W.T. Yang Maha Kuasa dari segala mahkluk.. Dan Iblis makhluk yang akan berusaha menyesatkan manusia..

psstttt : Berapa Jilid Novel Bercakap Dengan Jin ye?... Jilid 1-3 dah ada dalam koleksi..

Read More

Sotong Masak Rendang

Leave a Comment

SOTONG MASAK RENDANG


Biasanya kalau menu sotong aku suka masak sambal sotong atau kari sotong dan kadang2 sotong kunyit... Hari ni, aku buat kelainan sikit .. SOTONG MASAK RENDANG


Bhn :
1 kg sotong (potong)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
1 batang serai (tumbuk hujung)
Rempah ratus
2sudu kari
1 sudu kerisik
2 sudu makan serbuk kari
3-4 sudu makan pati santan
3 helai daun kunyit (di hiris halus)


Cara. 
1. Sotong di rebus tanpa air sbb semasa rebus sotong akan mengeluarkan air. Rebus selama 5-10 minit. Lps tu buangkan air rebusan..
2. Bawang putih dan merah di tumbuk.
3. Panaskan sikit minyak masak. Masukkan rempah ratus, serai dan bawang merah dah putih yang telah di tumbuk ke dalam kuali. 
4. Bila sedikit kekuningan, masukkan kari dan sedikit air. Masakkan kari sampai kari pecah minyak. 
5. Masukkan kerisik dan kacau.
6.  Lps itu masukkan bawang besar sehingga layu sedikit. 
7. Kemudian masukkan sotong yg telah ditus. Kacau. Tambahkan air sekiranya kering. 
8. Masukkan santan, garam, aji dan sedikit gula. Kacau sehingga mendidik. 
9. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau dan tutup api dapur. Siap utk di hidang.

psstt : Si Siam merajuk sbb aku tak nak bagi dia rasa sotong tu.. hahaha tp kejap je rajuknya... sbb Si Siam tak putus asa nak makan sotong.

Read More

DOA MENCARI BARANG YANG HILANG

1 comment


Petua Untuk Mencari Barang Yang Hilang.  |    Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah salah satu petua ini, Insya Allah akan di permudahkan. ;

Petua 1.
Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.


Petua 2.
Baca: 
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.


Petua 3
Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. 
Doa itu adalah:

Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”


Sumber : KLIK SINI
Read More

Tutorial : Histats (UV dan PV Blog)

2 comments
Histats merupakan salah satu cara untuk kita mengetahui UV dan PV blog.. Apa UV dan PV?
UV ialah Unique Visitor dan PV ialah Page View...

Langkah Pertama REGISTER HISTATS.. kalau korang pernah register log in je..
Isi segala butiran...

Langkah Kedua dan Seterusnya ni.. Kita nak buat Code Histats dan masukkan dalam blog...

Klik URL blog..

Klik Counter Code

Add New Counter

Pilih Style yang korang nak.. Blog ni aku pilih style TEXT..

Tick Informasi yang korang nak paparkan di Blog.. Kalau nak senang tick semua dan klik SAVE


Klik Counter ID dan pilih xhmtl
Buka blog... LAYOUT => ADD A GADGET => HMTL
Copy paste dan masukkan dalam hmtl..

SIAP...

*Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan.. 
Read More

Lemon : Pemusnah Sel Kanser

Leave a Comment

Kanser merupakan salah satu punca kematian.. Dan sebelum sel-sel kanser merebak dan membawa maut. Kita sebagai manusia berusaha dan berikhtiar mengubatinya. Dan LEMON merupakan salah satu cara membunuh sel-sel kansel....  

1. Lemon panas membunuh sel kanser.

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline

3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja.

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru blh muncul Lycopene yg bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. Lemon Extract boleh  melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.



Read More

Biodata Hero Dan Heroin Drama Hati Perempuan

Leave a Comment

Sekarang tren drama yang di adaptasi dari NOVEL. Termasuk la novel HATI PEREMPUAN..  KLIK SINI kalau nak baca SINOPSIS novel ni...
Mesti ramai yang nak tahu Biodata Hero dan Heroin Drama Akasia Hati Perempuan ni.. Dalam drama Hati Perempuan ni.. Hero di kenali sebagai TENGKU ZARIL dan Heroin di kenali sebagai YUHANIS
Jum kita berkenalan dengan Hero dulu... 


Biodata Syarul Ridzwan Pelakon Hati Perempuan TV3
Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan Hashim
Nama Popular: Syarul Ridzwan
Tarikh Lahir: 24 Januari 1989
Umur: 26 tahun (2015)
Agama: Islam
Asal: Kuantan, Pahang
Kerjaya : Model, Pelakon dan Pengacara
Hobi: Pelihara Kucing
Pendidikan: Diploma in Aircraft Maintenance Technology
Tinggi: 179cm
Berat: 72 Kg
Pencapaian: Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012
Drama/ Telefilem:Kabin Di Tepi Tasik, Laila Majnun, Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit, Sirna, Kata Samseng, Titisan Keinsafan, Yibbie, You Mr. Arrogant Raya, Raya, Opps Terlebih Pulak, Klon Ustaz, Hujan Azaril, Cinta, Maskara, Love You Mr. Arrogant, Sweetheart Fantasia, Tanah Kubur, Romi Cinta Julia, Kifarah, Cepat, Fajar Aiman, Berlima Ramadan, Hati Perempuan 2015


Biodata Mia Ahmad Pelakon Drama Hati Perempuan TV3
Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Tarikh Lahir: 22 Februari 1988
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama /Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan (2015)



 
Read More

Tutorial : GIMP (Simple Transparents Background)

1 comment
***Waaahhh lamanya entry ni simpan dlm draf... huhuhu...dari tahun 2012, ni dah tahun 2015.. huhuhu... Ok ok, sayang pulak kalau tak di publishkan.. ILMU untuk DIKONGSI bukan untuk buat pekasam... Selamat mencuba... Semoga bermanafaat kat korang.. ***

***************************************************

Sebelum ni aku ada buat Tutorial : Tranparent Gambar
Teknik ni hanya sesuai untuk gambar yg simple2 tak banyak corak...

Siapa yg tak ada GIMP2... korang download dulu Klik Sini atau Sini (Link)

Mula2 klik File > Open....
Pilih gambar yg korang nak tranparent tu...

Kemudian korang klik Layer > Transparency > Add Alpha Channel
Seperti gambar di atas yer...

Kemudian korang Fuzzy Select Toll yg macam bunga api tu...
klik kan yer...

Lepas tu korang klik background yg korang nak transparent tu...
Nampak tak ada line2... di sekitar gambar tu...

Klik button 'DELETE'...
Cari kat KEYBOARD yer...
Background gambar dah siap di tranparent...

Kalau nak SAVE...
Klik File > Save As

Jangan lupa tukar format gambar ke PNG...
Kalau tak tukar tak menjadi yer...
Select File Type > Cari PNG image
kemudian klik SAVE

Lepas tu akan keluar satu kotak...
Korang klik SAVE sekali lagi...
Selesai.... :D

Taadaaa.... Ini lah hasilnya..... :D
Read More

Roti Tabur Milo

1 comment
As salam.. Selamat berhujung minggu.. Hari istirehat, menghabiskan masa bersama keluarga.. Manfaat masa bersama-sama..

Pagi tadi tak tahu nak sarapan apa. Dalam kepala fikir apa yang ada untuk di makan.. Teringat semalam abang ada beli Milo dan roti.. Dalam peti sejuk ada susu manis..

Apa lagi otak pun bergeliga nak makan roti tabur milo.. Nak buat senang je. Sapukan susu manis kat roti.. Lepas tu taburkan Milo.. Jangan banyak sangat susu sebab milo pun manis juga.. 
SIAP DAN BOLEH DI MAKAN.. 
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..


Read More

Salam Jumaat : JUMAAT TERSEBUT DAN JUMAAT BERIKUTNYA

Leave a Comment
Salam jumaat kepada semua.
“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” 

(Hadis Riwayat Bukhari)
Read More

Kekeliruan Identiti Atau Khunsa

3 comments
Beberapa hari ni heboh cerita tentang seseorang yang wajah cantik seperti perempuan tetapi ic tertulis lelaki. Aku yang perempuan yang tengok wajah dia pun kagum dengan kecantikan dan keayuan lelaki tu. Aku tak nak letak gambar dia. Kesian dia, sampai buat video menangis merayu semua org jangan sebarkan gambar ic dia tu.. Kekeliruan berlaku dan kesannya dia mendapat cemuhan masyarakat tanpa di ketahui cerita sebenar... 

Di lahirkan Khunsa.. Siapa yang nak kan? Tapi kalau sudah tertulis begitu. Siapa kita masyarakat nak menilai dirinya. Dia sendiri redha dan terima ujian Allah ini kat dia. Siapa kita nak melawan kuasaNya.. 



JENIS KHUNSA

Khunsa ialah seorang yang mempunyai 2 keadaan:
(i) Seseorang yang mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj) bagi setengah khunsa salah satu alat kelamin memang benar-benar berfungsi ( khunsa wadih ) dan ada setengah pula keduanya tidak nampak jelas berfungsi ( khunsa musykil );
(ii) Seseorang yang tidak ada langsung alat kelamin, yang ada hanyalah lubang sekadar untuk kencing



  1. Ulama’ Fiqh membahagikan khunsa kepada dua; khunsa wadhih dan khunsa musykil. Khunsa wadhih ialah khunsa yang nyata memiliki tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan dan dapat dibezakan sama ada lelaki atau perempuan semasa bayi oleh warisnya melalui pemerhatian sifat dan ciri alat kelamin tersebut atau berdasarkan dari alat yang mana satu tempat keluar air kencing terlebih dahulu. Jantina dapat dikenalpasti dengan jelas berdasarkan yang mana alat yang lebih dominan berbanding dengan yang satu lagi yang kurang.
  2. Manakala Khunsa musykil ialah individu yang mempunyai dua alat kelamin dan air kencing keluar serentak dari kedua-dua alat tersebut dan identiti jantinanya sukar dibezakan atau hanya dapat dibezakan setelah baligh. Musykil ini hilang apabila dapat ditentukan dari mana tempat mula keluar air kencing atau kuantiti yang paling banyak atau dikira yang paling akhir berhenti. Jantina mereka juga boleh ditentukan setelah baligh dengan tanda-tanda yang dikenal pasti sama ada memiliki ciri-ciri kewanitaan (seperti kedatangan haid) atau kelelakian (seperti tumbuh janggut dan misai).
  3. Dalam kes ketidaktentuan jantina seperti ini, syarak memberi pengecualian kepada golongan khunsa musykil untuk menentukan jantina melalui pembedahan dengan syarat disokong oleh keterangan pakar di bidang tersebut. Kelonggaran adalah khusus sebagai ‘maslahah’ atau demi kebaikan bagi membolehkan individu itu dapat menjalani kehidupan dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim dengan lebih sempurna.
Sumber : KLIK SINI

Read More

NASI LEMAK ANTARABANGSA KINI DIBUKA DI MIRI

2 comments

WOW... Warga Miri pasti seronak dan tidak sabar merasai keenakkan Nasi Lemak Antarabangsa yang sangat popular di Semenanjung  yang  membuka cawangannya di Miri... 
Aku baca review Rakan-rakan Blogger memang menyelerakan.. Tengok gambar menu NLA ni pasti korang pun teringin nak makan juga.. Insya Allah ada rezeki pasti aku akan merasai kelazatan NLA ni di Miri atau Semenanjung.. Dan semoga Nasi Lemah Antarabangsa terus maju, maju dan maju.. Dan buka cawangan kat Kuching juga... 


Nasi Lemak Antarabangsa pasti tak mengecewakan... Sebab bahan-bahan yang sama di gunakan di cawangan Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru  dan di cawangan Miri juga... (Sumber Gambar FB Nasi Lemak Antarabangsa - Miri) Pasti Warga Miri dah tak sabar nak makan Nasi Lemak Antarabangsa ni... 


Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru (Miri) - Opening!
5 April 2015
9.00 am until 9.00 pm
Lokasi : Bandar Baru Permaijaya same row with Habibi Cake House in front of Al-Asna Restaurant

Gambar Dari Blog MRS SECRETARY : KLIK SINI (REVIEW)


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...