Drama Dia Isteri Luar Biasa Di Tamatkan : Apa Kata Novelis DILB

6 comments
APA!!!! Drama Dia Isteri Luar Biasa Di Tamatkan Siarannya....
Tak Mungkin.. itu yang aku fikir..
Aku mengikuti drama ni dari episod 1 sampai sekarang..
Dan aku dah jatuh cinta dengan Dr Raden Amzar..
Novel pun aku ada.. banyak kali dah ulang baca...
Kononnya drama ni tak bermorol..
Nak tanya orang yang cakap drama Dia Isteri Luar Biasa ni tak bermoral..
Dah baca ke NOVEL ni?
Kalau dah baca mesti hater-hater kat luar sana dapat moral dari novel ni.. 


Tak bermoral... hmm banyak drama dan filem yang di tayangkan tak bermoral...
Itu dari pemikiran orang yang sentiasa berfikir NEGATIF... NEGATIF...
Kalau drama korea di tayangkan.. yang dok keluar dari mulut.. SWEETNYE.. SWEETNYA..
Sweet sebab.. pujuk memujuk.. peluk memeluk.. kising mengising.. 
Cerita Hisdustan pun macam tu.. Hero tak akan mati, lepas tu berguling-guling kat taman.. Nyanyi-nyanyi sambil peluk-peluk..
Drama Filipin.. Thailand...
Cerita Barat pula... hmm lagi la.. 
Fikir la sendiri...

Untuk kepastian status drama Dia Isteri Luar Biasa ni, aku ke fb penulis novel Dia Isteri Luar Biasa..


JELAS kan... Drama sebanyak 28 episod ini TIDAK AKAN DI TAMATKAN SIARANNYA...
Jangan lupa menonton drama DIA ISTERI LUAR BIASA ESOK YE..
SETIAP HARI ISNIN -KHAMIS JAM 6.55 PETANG..

Read More

Novel : Andai Itu Takdirnya 2

6 comments

Andai Itu Takdirnya 2 merupakan kesinambungan novel Andai Itu Takdirnya..
Karya Novelis Siti Rosmizah..
Kesinambungan kisah Syed Aizril dan Aleya..
Kisah pergolakan rumah tangga.. kisah kekeluargaan, kisah orang ketiga dan .....

Novel ni berjaya buat aku menangis ketika membaca.. huhuhu
Satu golong tisu tak cukup.. hahaha
Dengan air mata, sampai berhingus...
Baca dari mula hingga habis..
Bila selesai baca bengkak mata sbb nangis...
Si Syed Aizril ni memang bikin hati marah je, dia ulang lagi sikap lama dia...
Kesian Aleya, sebab anak-anak dia sanggup bertahan...

Kesimpulan yang aku dapat dari novel ni banyak sangat..
Pertama.. Jangan terlalu sanjung sangat ego tu.. rendahkan sikit ego tu, tak rugi apa-apa..
Kedua.. Jangan jadi Hamba Duit.. 
Ketiga.. anak itu rezeki.. setiap anak sudah di tentukan rezekinya.. jangan mengeluh dan terima dengan hati yang lapang dan redha..
Keempat.. Jangan ulangi kesilapan lama, belajar dari kesilapan dan berusaha memperbaiki diri..
Kelima.. Kasih Sayang lahir ikhlas dari hati, tidak dapat di jual beli..
Bila permata sudah ada dalam gengaman jagalah dengan sebaiknya.. 
Jangan di sebab kan kaca yang tak berharga, permata di buang ke tepi..
Dan yang terakhir.. sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna..

Kalau nak tahu penghujung korang baca sendiri.. Sebelum tu sediakan tisu, mesti korang nangis baca... huhu

SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA 2

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.
“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”
Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!
Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.
“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!
“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”
Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.
“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.
Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!
“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.
“isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.
“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.
“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”
Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.
Read More

Monster's Crazy Crunchy with RAINBOW Bubble Rice!

2 comments

MONSTER'S CRAZY CRUNCHY with RAINBOW buble rice!

Kepada pengemar coklat-coklat kat luar sana.. Pernah dengar tak produk MCC..
Dengar nama je dah tergoda.. bila rasa terus jatuh cinta..
Keenakkan nya sampai korang menjilat bibir.. 

MONSTER'S CRAZY CRUNCHY (MCC) versi RAINBOW
Merupakan produk keluaran anak muda tempatan.
MCC sangat SEDAP, RANGUP dan SENANG DIGAUL.
Sangat mudah.. korang cuma perlu terbalikkan balang MCC  dan RENDAM dalam air panas selama 1-2 minit untuk mencairkan coklat di dalam balang..
Selepas itu GAUL sebati dan siap untuk di makan.. MUDAHKAN..


Cara nak oder :
Hotline MCC 013-889 0044 (whatsapp)

Korang juga boleh melayari :
Instagram : @crazycrunchyofficial
 Website : www.crazycrunchy.com

Harga Sebalang MCC ni RM7.. 
Sangat murah dan SANGAT SEDAP..





Read More

Projek Iqra : Bazaar Yayasan Mahabbah, Shopping Raya 2015,

3 comments
As Salam..
Apabila menjelang Raya, terbayang di fikiran meriahnya suasana apabila dapat memakai pakaian baru dan kasut baru... 
Dan pastinya wajah akan di serikan dengan senyuman apabila dapat memakai pakaian yang khas di belikan untuk Hari Raya...
Jom sama-samalah kita memberi sedikit keceriaan dengan menyokong 
dengan menaja Anak Yatim Asnaf, Anak-anak Asnaf dan Ibu Tunggal..
Sumbangan yang di berikan mampu memberi kebahagian dan senyuman kepada mereka.


Insya Allah pada 22 Mei 2015 (JUMAAT) Projek Iqra akan bersiaran di RADIO BERNAMA24 frekuensi 93.9FM pada jam 8.30am untuk membicarakan mengenai acara BAZAAR YAYASAN MAHABBAH yang merupakan salah satu lokasi Shopping Raya 2015. 
Yang uniknya, di lokasi tersebut, seramai 150 orang kanak-kanak dan 50 keluarga asnaf yang di taja melalui Projek Iqra ini tidak akan dibawa keluar ke pusat membeli belah, sebaliknya barang persiapan raya akan di bawa kepada mereka. Konsep unik ini merupakan konsep pertama yang disertai oleh Projek Iqra.


Dan untuk pengetahuan anda, pada 15 Mei 2015 yang lalu pihak Projek Iqra telah bersiar di Radio Bernama24 jam 8.30 pagi membicarakan Shopping Raya 2015.
Jom sama-sama kita membantu, 
Hulurkan tangan ringankan beban...




#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shopping raya2015

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi no. bawah.
Solleh 017-6702033
Sharifah 0172748904
Khairul Anuar 016-7361067
Read More

Kek Pisang Kukus

4 comments

Kek pisang kukus.. 

dah lama aku nak cuba buat..
Dan akhirnya aku berjaya.. Alhamdulillah
Aku buat kek pisang ni guna resepi di dalam buku resepi mak aku..
Tapi aku tambah berberapa bahan...
Alhamdulillah menjadi Kek pisang ni..

Kek pisang, kek kukus, resepi

Bahan-bahan :
250 gm Buttercup
5 biji telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri 
(Kalau guna tepung naik sendiri jgn masukkan baking powder)
1 sudu teh bikarbonate
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan Ovolett
1 sudu makan esen vanilla
8-10 biji pisang (lecek hingga lumat)

Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula dan ovolett sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu hingga sebati.
3. Masukkan pisang yang telah di lecek hingga lumat. Gaul rata. (Aku malas nak lecek jadi aku guna blander). hehe..
4. Masukkan tepung, bikarbonate dan baking powder. Gaul hingga rata.
5. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
6. Sediakan acuan. 
7. Kukus selama 45 minit hingga 60 minit...


Kek pisang, kek kukus, Resepi


Read More

Projek Iqra : Kempen Taja Shopping Raya 2015

3 comments
As Salam..
Menghitung detik Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma  tak lama lagi...
Marilah kita bersama-sama beramal dan membuat kebajikan dan amalan..
Dan sumbangan yang sedikit mampu memberi sinar dan senyuman di wajah insan-insan yang memerlukan...
Semperna Hari Raya tak lama lagi. Persatuan Kebajikan Projek Iqra ingin mengumpul tajaan sebanyak 600 orang yang menerima manfaat..

Tujuan Projek Iqra mengadakan Kempen Taja Shopping Raya 2015 ialah :
~ Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
~ Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
~ Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
~ Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
~ Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. 
~ Surah Al-Baqarah, Ayat195

Siapa Mereka?
Penerima tajaan ini terdiri daripada ANAK YATIM ASNAF, ANAK-ANAK ASNAF dan IBU TUNGGAL.

Di Mana?
Rumah Kebajikan yang terlibat adalah Rumah Kebajikan dan Komuniti di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.

Nilai Tajaan.
Nilai Tajaan adalah RM200 untuk seorang penerima manfaat. Ianya boleh di kongsi dengan rakan-rakan untuk membolehkan lebih ramai penerima manfaat di taja.
Formula berkongsi tajaan adalah seperti berikut :
RM200 = 10 Orang Penaja x RM20
RM200 = 5 Orang Penaja x RM40
RM200 = 2 Orang Penaja x RM100
Walau bagaimanapun apa jua nilai sumbangan yang anda ingin sumbangkan, pihak Projek Iqra terima dengan berlapang dada..

Tajaan boleh di salurkan ke :
MAYBANK - 5648 1050 4003
Email : info@projekiqra.com

Anda juga boleh melayari laman web Projek Iqra http://www.projekiqra.com/ dan facebook PROJEK IQRA

Segala pertanyaan boleh hubungi :
Suhaimi - 016 206 5597
Solleh - 017 760 2033
Sharifah - 017 274 8904


"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim." ~ Surah Al-Baqarah, Ayat 254

Read More

Sayur Kacang Masak Sambal Udang

6 comments

RESEPI SAYUR KACANG MASAK SAMBAL UDANG

RESEPI SAYUR KACANG MASAK SAMBAL UDANG

Salam..
Selamat berhujung minggu...
Kalau hujung minggu mood memasak tu ada sikit..hehe
Jadi aku nak masak yang simple je... 
Sayur Kacang Masal Sambang Udang sangat simple dan cepat di sediakan..

Bahan-bahan :
1-2 ikat sayur kacang
2 bawang putih
3 bawang merah
2 bawang besar
1 tin sambal udang Yeo's
Minyak masak, garam, aji, sedikit gula dan sedikit kicap masin


Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris hingga sedikit kekuningan..
2. Masukkan sambal udang Yeo's. Gaul dan biarkan memdidih kejap.
3. Masukkan sayur kacang dan bawang besar yang telah di hiris...
4. Kalau kering tambah sedikit air.
5. Gaul rata, masukkan garam, aji, sedikit gula (1sudu teh) dan sedikit kicap (1sudu makan).
6. Gaul hingga sebati dan sehingga sayur kacang separuh masak atau masak.
7. Tutup api dan siap di hidang.

Read More

Tabung Van Edisi Terhad Bank Simpanan Nasional (BSN)

2 comments

As Salam...
Semalam aku teman adik ambil baucer BRIM..
Nasib baik masa pengambilan tu pihak bank ada, senang penerima BRIM nak CASH kan duit..
Tak buang masa dan tenaga nak ke bank hari bekerja nak tukar baucer ke tunai.
Kalau kena ambil baucer je semalam dan hari ni..
Aku dah boleh bayangkan keadaan bank esok hingga Jumaat..
Di hujani ramai manusia..

Van Edisi Terhad BSN...
Kat luar Dewan Brim ni, pihak BSN ada buka kaunter pembukaan Akaun BSN..
Sesiapa yang tak ada akaun bank, boleh la buka akaun..
Senang nanti, tahun depan ada BRIM masuk terus dalam akaun..
Tapi jangan lupa update nombor akaun di LHDN..

Sekarang BSN ada promosi pembukaan akaun di semua agen-agen BSN..
Minimun pembukaan akaun adalah RM20..
Kebiasaannya kalau di Cawangan BSN sendiri RM100.. 
Tapi aku suruh adik aku buka akaun RM50 sebab aku nak Tabung Van Edisi Terhad..
Tapi sampai rumah adik aku tak nak bagi.. huhuhu
Tak pe la aku mengalah.. ko ambil la dik..
Nanti akak mu ini buka akaun BSN ni kat agen BSN lain..
Kat Petronas Telaga Biru ada akak tengok Van Edisi Terhad ni kat meja kaunter..
.....

Read More

AirAsia memperkenalkan T-shirt rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk MAKNA

Leave a Comment

As Salam..
Baru-baru ni Air Asia telah menghasilkan t-shirt rekaan terhad #AirAsiaMAKNA untuk mengumpul dana bagi Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA).. Bagi aku rekaan t-shirt ni sangat cantik dan harga pun berpatutan iaitu RM30 sehelai.. 

Rekaan T-shirt #AirAsiaMAKNA memaparkan uniform kapten dan pramugari AirAsia yang membawa loga MAKNA dan slogan 'A Meaning To LIFE' di bahagian belakang t-shirt.

Kesemua hasil jualan t-shirt ini akan di salurkan kepada MAKNA. Jum la ramai-ramai kita membeli  t-shirt #AirAsiaMAKNA ni untuk membantu seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan MAKNA ini..

“Kanser adalah ancaman global telah membuat MAKNA terus bekerja bagi memastikan kes-kes kanser yang baru kekal pada tahap yang rendah. Usaha ini memerlukan kesedaran dan sokongan berterusan dari semua. Program mencegah adalah penting bagi mengekalkan jumlah mereka yang terselamat adalah tinggi menerusi pengesanan awal. Unit mudah alih Mamogram MAKNA  juga bertujuan mengesan tanda awal kanser payu dara yang merupakan pembunuh no.1 wanita. Kerjasama dengan AirAsia Berhad adalah peluang bagi kami menyuarakan seruan nasional dan menekankan kepentingan kehidupan yang sihat. Kami berharap kempen ini memainkan peranan yang lebih penting dan menghantar mesej yang penuh makna kepada masyarakat awam serta memberi rasa murni  memakai t-shirt terhad dengan rekaan istimewa ini dan berharap dapat memeriksa kesihatan diri mereka dengan lebih kerap.” (Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA)

T-shirt #AirAsiaMAKNA tersedia untuk dibeli di beberapa lokasi di bawah:


Selain itu, AirAsis juga menganjurkan peraduan foto semperna dengan kempen ini. Sesiapa yang membeli t-shirt #AirAsiaMAKNA ini berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X. Hanya dengan memuat foto kreatif memakai t-shirt #AirAsiaMAKNA di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan pada penghujung kempen (hujung bulan JUN)
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti terkini AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).


***TAMAT***
Read More

Warisan Sarawak : Pokok Kekabu Yang Lebih Di Kenali Pokok Kapas

1 comment

Pokok Kekabu atau lebih di kenali sebagai Pokok Kapas.
Lokasi pokok kebabu ni di hadapan Merdeka Palace..


Pokok Warisan ni di tanam sejak zaman pemerintahan keluarga Brooke..
 Dan tahukan anda, berapa nilai pokok ini...
Nilai pokok ini ialah RM1,092 426.20..
Fuhhh.... Sejuta lebih tu...
Pokok Kekabu ni berasal dari Amerika Tengah dan berusia 88 Tahun (2015)..


Semasa kapas-kapas ni berguguran memang cantik...
Suasana sangat mendamaikan... 
Dan seumur hidup aku, hanya tahun lepas je (2014) pokok kekabu ni mengeluarkan kapas..
Read More

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

5 comments




{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com
Read More

Biodata Tamar Jalis

Leave a Comment

Nama sebenar : Tamar Jalis ialah Ahmad Mahmud atau Ahmad @Mohd.Radzi Mahmud.
Nama Samaran : Tamar Jalis. Atma A.M, Ramadhan A.M, 
Tarikh lahir : 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Berusa, Perak.
Pendidikan : Beliau bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh - bidang tukang kayu dan binaan. 

Kerjaya : 
~ Kemudian menjadi Juruteknik Rendah di sebuah jabatan kerajaan selama tiga bulan (1959).
 ~ Seterusnya menjadi buruh kereta api KTMB selama lima hari.
 ~ Awal tahun 1960, Ahmad Mahmud beralih menjadi buruh kasar membina jana elektrik di Cameron Highland
~ 1960, beliau menjadi Pemberita Sambilan untuk akhbar Warta Negara, Utusan Melayu, Berita Harian dan beberapa majalah hiburan di Singapura di samping berniaga. 
~ Ahmad Mahmud berkhidmat dengan tenteraWataniah (1964-1966). 
~ Beliau dilantik sebagai kerani pengedaran di Utusan Melayu, Berhad, cawangan Ipoh (1970-1977).
~ Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau dilantik sebagai penyunting akhbar Harian Watan (1977-1979). 
~ Kemudian sebagai editor majalah terbitan Penerbitan Adabi sepertiWidya, Aktual dan Rintis (1980). 
~ Pada tahun 1981, Ahmad Mahmud dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn Bhd yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili.

Senarai Novel-novel Ahmad Mahmud :

~ Pucuk-pucuk yang Mati (1967)
~ Lorong Hitam (1969)
~ Rumah Urut (1970
~ Selembut Bayu Pagi (1980)
~ Selembut Angin Senja (1984)
~ Sejambak Mesra, Seluas Rindu (1984) – Novel ini telah dijadikan drama tv untuk slot Citraneka sebanyak tiga siri yang ditayangkan di TV (RTM) dalam bulan Februari dan Mac 1992.
~ Kukirim Rindu Untukmu (1988)
~ Kasih Sewangi Cempaka (1988)
~ Sebening Sinar Matamu (1987)
~ Ku Nanti di Pelabuhan Kasih (1987)
~ Di sini Cintaku Berbunga (1987)
~ Sebening Sinar Matamu (1987)
~ Ketika Rindu Datang (1987)
~ Seraut Wajah Kekasih (1986)


SIRI : BERCAKAP DENGAN JIN
Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) bersiar dalam majalah variasi dari tahun 1981 hingga Januari 2005. Penulis menggunakan nama TAMAR JALIS dan SBDJ mempunyai 16 buah buku.. Setiap buku mempunyai 24 siri. 
SBDJ memaparkan kisah hantu jin dan makhluk halus dalam kehidupan masyarakat Melayu Lama. Ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Kerinchi, Bangkahulu dan Acheh) serta kepakaran menunduk makhluk halus.
Kelainan novel ini ialah memaparkan kisah benar yang di alami oleh penulis Ahmad Mahmud @ Tamar Jalis yang menceritakan kehebatan datuknya (Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. SBDJ bercorak memoir atau autobiografi, ia dipercayai oleh pembaca kerana watak-watak yang di sebut mamang wujud seperti Kehebatan Pak Itam di Kampung Gajah.


Read More

Rawat Sebelum Terlambat: Rawatan Resdung

1 comment

Salam...
Semalam aku teman kan adik aku ke Pullman, Kuching.. 
Ada pemeriksaan percuma resdung
Dan sekiranya anda mempunyai gejala resdung, seeloknya dapatkan la rawatan segera,,
Dan sekali rawatan akan di kenalan bayaran RM50..
Tanda awal resdung ialah gatal mata, hidung berair dan selalu bersin..
Dan kebanyakkan pesakit selepas pemeriksaan, terus melakukan rawatan resdung.. 
Jangan ambil mudah, rawat sebelum terlambat...
Anda yang ada di sekitar Kuching... 
Pemeriksaan percuma ini akan di adakan selama 4 hari
Dari 1 May - 4 May 2015..


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...