#Cabaran20Hari MENU WAJIB BULAN PUASA

2 comments

#Cabaran20Hari MENU WAJIB BULAN PUASA


Assalamualaikum...
#Cabaran20Hari Puasa/Raya di hari ke empat,..
 13 Ramadhan bertajuk MENU WAJIB BULAN PUASA.

#Cabaran20Hari MENU WAJIB BULAN PUASA

Masuk bulan Ramadhan mesti macam-macam menu wajib ada...
30 hari Puasa.. tiap-tiap hari ada menu wajib... hahaha
Gurau je... bukan setiap hari.. 


Menu pertama wajib.. ABC
Fuhh... sejuk ke rasa tekak ni bila ABC lalu... hehe


Menu Kedua yang wajib.. ROTI JOHN
Hari ni roti john.. esok roti john.. tiap-tiap minggu mesti ada roti john...


Menu Ketiga ialah BUBUR PEDAS...
Bubur ni sedap di makan macam tu je atau dengan nasi..


Menu ke empat ialah air..
Air campuran sunquick dan sun valley..
Tiap-tiap hari buat.. campur dengan selasih dan cincau..
Sedap sangat..


Banyak sebenarnya menu wajib bulan puasa ni.. sampai tak terfikir..
Tulis apa yang ada dalam fikiran je ni..hehe
#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
Read More

Akhlak Rasulullah | MUTIARA KATA

1 comment

Mutiara kata | Akhlak Rasulullah


Kalau kita mengimpikan untuk berasa rapat dengan baginda Rasulullah, teladani AKHLAKNYA, hayati keNABIannya, dan juga teladani AJARANnya untuk kita berhampiran dengan NABI MUHAMMAD S.A.W

Akhlak Rasulullah | MUTIARA KATA

Read More

#Cabaran20Hari RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS

6 comments

#Cabaran20Hari RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS

Assalammualaikum...
12 Ramadhan, hari ke 3 #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Tajuk untuk cabaran ke tiga ialah RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS


RESEPIHIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS...
Alhamdulillah.. ahli keluarga aku bukan jenis yang cerewet makan...
Apa yang di hidangkan, dia org makan...
Air pula, sekadar air teh panas dan air putih..

Resepi yang paling ringkas pernah aku buat senang sangat...

Bahan-bahan : 
Telur, nugget dan sosej....

Cara-cara nak masak...
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan pukul..
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak..
Masukkan telur yang di pukul tadi..
Terbalikkan apabila kekuningan dan angkat bila sudah masah..
Siap.. TELUR GORENG...
Untuk nugget dan sosej..
Goreng sehingga masak dan siap...

Dan KURMA tidak dilupakan...
Tak kira sahur atau berbuka..
Makan lah kurma..

hehehe...

tengok gambar ni.. rasa teringin nak buat untuk sahur nanti..

#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
Read More

Kesalahan Yang Di Fokus JPJ Sempena Musim Raya Ini

1 comment

JPJ tumpu tujuh jenis kesalahan sempena musim perayaan ini

Sempena Raya Tahun ini.. Pihak JPJ memberi tumpuan kepada tujuh jenis kesalahan..
Sebagai pengguna jalan raya, dan semperna perayaan ini...
Hati-hatilah memandu, utamakan keselamatan.. ingatlah orang yang tersayang.. pandu selamat jiwa selamat... 

Kesalahan Yang Di Fokus JPJ Sempena Musim Raya Ini
Kesalahan : Mengguna Lorong Kecemasan
Kadar Kompaun :RM300
~ Malang tidak berbau... tanam dan azamkan dalam diri agar tidak menggunakan lorong kecemasan, walaupun berada di dalam kesesakkan jalan raya... 
~ Semua tahu fungsi lorong kecemasan hanya di gunakan untuk kecemasan seperti kenderaan AMBULAN, POLIS, BOMBA.. 


 Kesalahan : Memotong Sebelah kiri
  Kadar Kompaun : RM300
~ IKUT KIRI ANDAI TIDAK MEMOTONG. 


Kesalahan : Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar
Kadar Kompaun : RM300
~ Memakai tali pinggang keledar mampu menyelamatkan nyawa dari kemalangan.. Tak sampai 15 saat untuk memasang tali pinggang anda untuk keselamatan anda..


Kesalahan : Memotong Di Garisan Berkembar
Kadar Kompaun : RM300
~ Di larang memotong di garisan berkembar.. garisan di buat untuk mengelak berlakunya kemalangan. Garisan berkembar biasanya di kawasan bukit dan selekoh...


Kesalahan : Tidak memakai topi keledar dan di ikat dengan kemas
Kadar Kompau : RM300


 Kesalahan : Menggunakan Telifon Bimbit / Alat Komunikasi
Kadar Kompaun : RM300


Kesalahan : Gagal Mematuhi Isyarat Merah Pada Isyarat Lalulintas
Kadar Kompaun : RM300


Sumber : FB Jabatan Pengangkutan Jalan
Read More

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

2 comments

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR


Assalamualaikum...
11 Ramadhan.. hari ke 2 #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.
Tajuk untuk hari kedua cabaran ialah PENGALAMAN SAHUR

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

Pengalaman sahur aku biasa-biasa sahaja...
Dari zaman kanak-kanak aku di latih bangun sahur dan tolong mak di dapur...
Bangun Jam 4 pagi.. panas kan nasi dan lauk..
Cukup dengan sesenduk nasi dan lebihan lauk berbuka semalam..
Andai lauk berbuka semalam habis..
Di ganti dengan telur goreng..
Dan sebelum masuk waktu imsak..
Makan 1 - 3 biji kurma..
Selesai makan..
Kemas dapur dan sementara tunggu Azan Subuh jam 5 pagi... Mandi..

Pernah terlepas sahur.. bila jam loceng berbunyi, tutup dan sambung semula pejam mata.. Ingatkan nak lelap 5-10 minit tapi tertidur semula sampai ke azan subuh.. Huhu

Dan pernah juga bersahur jam 12 malam.. Hahaha sbb malas nak bangun sahur jam 4 pagi.. Akibatnya.. Jam 8 pagi dah kelaparan.. Lepas tu tak nak dah bersahur tengah malam. Malas macam mana pun, akan usaha bangun jam 4 pagi untuk bersahur..

Pernah juga bersahur dengan segelas air teh sebab tak de selera nak makan.. Cuba telan nasi tapi tak masuk. Huhuhu... 

Andai tiada selera untuk makan.. cukuplah bersahur dengan hanya seteguk air..
Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkatan."
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

Hahhh.. Ada satu pengalaman sahur aku yang tak pernah aku bagitahu sesiapa termasuk keluarga aku. Aku hampir pitam masa sahur.. Malam tu aku memang tak sihat sangat tapi pagi tu, aku kuatkan diri untuk bersahur.. Lepas siap hidangkan makanan, aku rasa tak sedap badan dan aku duduk kat kerusi. Lepas duduk tu, pandangan aku terus gelap, satu apa pun tak nampak.. Hitam je.. Sorang pun ahli keluarga aku tak tahu keadaan aku masa tu, aku diamkan diri dan cuba tenangkan diri.. Tarik nafas dan hembus.. tu je aku buat sampai aku nampak semula.. Alhamdulillah.. Masa tu memang takut.. Agaknya macam tu rasa orang buta.. Huhu

Senda di waktu BERSAHUR... Hehehehe
#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR

#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong

Read More

Persiapan Raya 2015 : Membeli Bahan Kek

2 comments

Assalamualaikum...
Raya tahun ini, Insya Allah aku akan buat 5 jenis kek raya..
Beli awal bahan-bahan kek sebab nanti pasti ramai orang nanti...
Kek yang akan aku baking nanti  ialah KEK LUMUT CHEESE, KEK HOLIDAY INN, KEK MASAM MANIS, KEK JERUDONG PARK dan  CHEESEKUT..


Semoga kek yang aku buat nanti seindah rupa kek-kek yang aku google ni...
Persiapan Raya 2015 : Membeli Bahan Kek

pssttt.. tahun ni buat kek semua main kukus je.. malas nak main bakar kek... jadi tahun ni tak de kek lapis evergreen... 

Read More

#Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA ANDA

2 comments

#Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA ANDA

Assalamualaikum....
Hari ini merupakan hari ke 10 Ramadhan dan merupakan hari pertama #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Tajuk hari pertama ialah APA ERTI PUASA PADA ANDA.

#Cabaran20Hari APA ERTI PUASA PADA ANDA

Umumnya semua mengetahui erti PUASA ialah MEHAHAN DARI LAPAR DAN DAHAGA...
Tapi persoalan cabaran hari ni ialah ERTI PUASA PADA ANDA? ANDA? Siapa ANDA? Anda itu ialah SAYA.. Apa erti puasa dari fikiran dan pandangan saya...

Pada zaman kanak-kanak dulu...  aku cuma tahu puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum... tak boleh korek hidung, tak boleh korek telinga.. hahaha.. apa lagi tak boleh ye?... siapa tak tamat puasa? Tak boleh RAYA... Tak dapat duit raya... Duduk rumah je tak boleh jalan-jalan... Itu erti puasa pada aku masa zaman kanak-kanak..


Seiring masa berlalu, pemikiran pun semakin matang... selain menahan diri dari rasa lapar dahaga. Pengertian puasa semakin di dalami dan di hayati... 
Puasa itu menahan diri dari lapar dan dahaga..
Puasa itu menahan diri dari melakukan perkara yang sia-sia..
Puasa itu memperbanyakkan amalan dan ibadah...
Puasa itu melawan godaan nafsu..
Puasa itu keserdehanaan...
Puasa itu menjaga mata, mulut dan hati...
Puasa itu mampu mengalahkan segala kejahatan dan godaan syaitan...

Dan jangan lupa NIAT PUASA... tanpa niat untuk berpuasa, puasa yang di lakukan sia-sia...

Alhamdulillah tahun ini Allah SWT panjangkan usia aku untuk merasai puasa Ramadhan tahun ni... Semoga di panjangkan umur untuk merasai Puasa Ramadhan akan datang...


Hiburan untuk entry pertama #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.

#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerborneo
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong

Read More

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Leave a Comment

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada hari ini, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 peyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Read More

GANJARAN PUASA RAMADHAN

Leave a Comment

GANJARAN PUASA RAMADHAN

GANJARAN PUASA RAMADHAN

1. Pintu Syurga Di Buka, Di Tutup Pintu Neraka
”Apabila telah tiba Ramadhan, di buka pintu-pintu syurga dan di tutup semua pintu neraka dan di ikat semua syaitan.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Pahala Berlipat Ganda
“Segala amalkebajikan anak Adam itu, di lipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda, Allah berfirman : ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-KU dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’”
(Hadith riwayat Muslim)

3. Perisai Dari Seksaan
“Puasa itu perisai yang dipergunakan seseorang hamba untuk membentangi dirinya dari siksaan neraka.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

4. Doa sangat mustajab
“Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang di zalimi dan doa yang muzafir.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

5. Diampuni Segala Dosanya Yang Lalu
“Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang lalu.”

(Hadith riwayat An-Nasai’e)
Read More

8 Tip Kesihatan Ramadhan

Leave a Comment

8 TIP KESIHATAN RAMDHAN

tip kesihatan ramadhan
  • Banyakkan minum air terutamnya air kosong
  • Elakkan minuman berkefein
  • Elakkan tidur yang berlebihan
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak
  • Makan, tidak berlebihan ketika berbuka puasa
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas
  • Lebihan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Makan kurma 3 hingga 7 biji untuk tenaga seharian
Read More

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

Leave a Comment

Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu


Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page

3. Instagram

4. Website

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)

Khas untuk pembaca bertuah blog REENA , saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.

Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Read More

Tempoh Waktu Sahur

4 comments
TEMPOH WAKTU SAHUR

waktu sahur

Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut: 

أَنَّ بِلاَلًا كَانَ يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ، فَإِنَّهُ لاَ يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الفَجْرُ

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.


Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

(maksudnya): "Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam" (Surah al-Baqarah: 187).



Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda: 

لَا يَغُرَّنَّكُمْ مِنْ سَحُورِكُمْ أَذَانُ بِلَالٍ، وَلَا بَيَاضُ الْأُفُقِ الْمُسْتَطِيلُ هَكَذَا، حَتَّى يَسْتَطِيرَ هَكَذَا

“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih yang memanjang sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.



Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

KREDIT : FB drMAZA.com
Read More

Menu Berbuka: Ayam Masak Kari Kicap

1 comment
Hari ni menu berbuka simple.. 2 menu je ayam dan sayur bayam..
Sayur bayam masak biasa je. Tumis bawang, masuk air. Masukkan sayur.  Masukkan perisa, garam dan aji. Biar layu dan tutup api. (Campur sos tiram memang sedap)

Ayam Masak Kari Kicap

Ayam Masak Kari Kicap

Ayam pula masak macam ayam masak kari cuma campur sedikit kicap..
Cara-cara :
Tumis bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk berserta rempah tumis dan serai sehingga garing sedikit
Masukkan kari dan sedikit air.. Kacau kari sampai pecah minyak.
Masukkan ayam yang sudah di campur dengan sedikit halia.
Biarkan sebentar. Tambahkan sedikit air sekiranya kering.
Masukkan kicap masin, ajinomoto, sedikit gula (kicap manis pun boleh) dan sedikit garam (kalau kurang masin).. 
Biar sehingga ayam masak...
Siap.. 
Read More

Puasa

Leave a Comment
PUASA
puasa


Niat Puasa -
"Shj aku bpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"


Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa

Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk 
7. Org yg sangat lapar & dahaga

Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.


Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.

Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Read More

Tip Berbuka Puasa

Leave a Comment
TIP BERBUKA PUASA

tip berbuka puasa, kurma

Berbukalah dengan tamar, jika tidak ada, berbukalah dengan seteguk air.
- Sebaik-baik makanan berbuka adalah tamar. Rasulullah SAW selalu berbuka dengan tamar, jika tidak ada maka baginda minum beberapa teguk air.

Anas bin Malik r.a. menceritakannyakepada kita: "Rasulullah s.a.w. biasa berbuka dengan beberapa biji ruthab (buah tamar yang masih basah) jika tidak ada, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tidak ada maka baginda minum dengan beberapa teguk air." 
~At-Tirmizi (III/70)~
Read More

Cara Solat Tarawih Bersendirian Dirumah

1 comment

Cara solat tarawih bersendirian dirumah

Cara solat tarawih bersendirian dirumah

Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..


Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..


Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 


Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: 
“Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)


SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,

dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.."


Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.


Selamat beramal dan salam Ramadhan
Read More

Tidak Sia-Sia

Leave a Comment

Ujian Allah

"Ya Allah janganlah Kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami. Ya Allah jangan Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Ampunilah kami dan rahmatilah kami,maka tolonglah kami ''
Al Baqarah:286

Aku hamba Allah yang serba kurang yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidupku. Sebagai hamba Nya aku tidak terlepas dari diuji oleh Nya setiap hari.Hati yang lemah sering mempertikaikan kenapa 'aku' dan tidak orang lain.

Ya Allah alangkah tidak bersyukurnya aku sebagai hamba Mu bila mana aku mempertikaikan ujian Mu terhadapku. Sedangkan Nabi lagi diuji ni kan aku hanya hamba yang selemah-lemah makhluk ciptaanMu. Suka atau tidak, pasti ujian itu akan hadir.

Hidup ini sememangnya dipenuhi ujian. Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan. Lain manusia lain ujianNya. Itulah warna kehidupan. Susah itu ujian senang juga satu ujian. Bujang itu ujian, perkahwinan juga satu ujian. 

Namun setakat mana diriku menerima ujianMu Ya Allah. Seringkali diberi ujian diri ini berlinang airmata. Perkataan 'kenapa' seringkali akan muncul difikiran. Kenapa orang itu boleh bahagia dan kenapa aku kena menangis. Hati ku terasa adil kah hidup ini untuk aku. Sayangkah Allah kepadaku.Hati ku menjadi kelam Ya Allah kerana terlalu mempertikaikan UjianMu.


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." 
(QS Al-Baqarah : 153)


Kadang aku jadi takut kerana ujianMu aku tewas dengan persoalan diri sendiri. Aku takut dek kerana terlalu bersedih dengan ujian Mu aku tidak nampak lagi rahmatMu. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Bantulah hambaMu ini belajar bahawa ujianMu itu tidak sia-sia.

Ya aku harus belajar menerima hakikat apa yang Allah uji itu tidak sia-sia. Allah tidak pernah meminggir sesiapa pun termasuk diriku. Itulah janji Allah. Dia tidak akan menguji hamba Nya dengan sia-sia. Apa pun bentuk ujian Nya, Dia menjanjikan yang terbaik buat hambaNya.

Aku kena yakin bahawa Allah punya perancangan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Oleh itu aku mahu mula belajar menerima ujian itu dengan sabar dan reda. Pasti linangan airmataku ada yang terbaik dari yang Maha Esa.Memang mudah untuk menilai dan memperkatakan sesuatu, tapi amat sukar untuk melalui. Tidak ramai yang mampu bertahan namun Ya Allah aku mahu jadi hambaMu yang kuat dengan apa jua ujian Mu.

Read More

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia 1436H / 2015M

1 comment

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia 1436H / 2015M


Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia 1436H / 2015M

Kredit ; Utusan Online
Read More

Update Entry Tanpa Internet

4 comments

Update Entry Tanpa Internet

Apa gunanya blog kalau tak dapat update..
Apa gunanya entry kalau tk dapat publish…
Dan apa gunanya idea kalau tak dapat dibaca..
Semangat yang menjulang seperti api hilang bila tak boleh online…
Ni salah satu cara nak update entry kalau tak de internet…
MICROSOFT WORD
Karangkan idea korang dalam Microsoft word…
Buat ayat… reka ayat…
Draf la sebanyak mana entry yang korang nak…
Buat satu FOLDER KHAS untuk entry blog…
Bila siap draf, simpankan…
Jangan jadikan tak de internet, tak boleh nak buat entry..
Inilah penyelesaian, sementara menunggu internet ada...
Bila dah ada internet..wifi ok atau data ok..
COPY AND PASTE entry korang ke blog..
Masukkan gambar yang di inginkan..
Dan KLIK PUBLISH...

Kelebihan Entry Microsoft Word :
Pertama, jimat masa untuk buat entry..
Kedua, yang guna data plan pun jimat sebab Microsoft word tak guna data..

Ketiga, boleh mengarang entry bila-bila masa…


Read More

Manisnya Ujian Kehidupan

3 comments
ujian

Bila kita nekad dan berusaha
Hendak berubah ke arah yang lebih baik
Ujian pasti akan datang
Menguji diri dan minda....

Ujian Yang datang bukan untuk melemahkan..
Tapi menguji kesungguhan hati..

Duhai hati tabahlah...
Duhai iman teguhlah...
Duhai semangat kuatlah...

Semoga diri ini cekal...
Semoga jiwa ini kental...
Niat yang Baik dan Ikhlas..
Pasti Allah membantu dan mempermudahkan..
Di penghujung nya InsyaAllah kejayaan menunggu..
Dan kejayaan itu pasti Manis rasanya..

Read More

Romantik Itu Sunnah Rasullullah

2 comments

Romantik cara Rasullullah S.A.W


Rasulullah S.A.W adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah S.W.T membimbing Baginda dengan didikanNya yang terbaik.

Isteri sebagai bukti Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya.

Siapalah kita berbanding Rasulullah S.A.W yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati sebuah novel cinta romantik.

1. Mandi bersama. 

Baginda pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa :

”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut alfaraq.”

Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim bersama pasangan.

2. Hantar isteri keluar rumah. 

Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata,
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”

3. Bawa isteri jalan-jalan.

“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar.

Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aishah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

4. Suapkan makanan. 

Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah,

“Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” 

Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

5. Panggilan manja. 

Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memanggil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah.

Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Adakalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A.


Sifat-sifat di atas, menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda kepada isteri Baginda..
Read More

Biodata Siti Saleha

Leave a Comment

Biodata Siti Saleha


Biodata Siti Saleha


Nama Penuh : Siti Saleha Mohd Baharum

Nama Komersial: Siti Saleha

Tarikh Lahir : 14 Mac 1990

Umur: 25 Tahun (2015)

Tempat Lahir: Basildon, England United Kingdom

Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa

Kerjaya: Pelakon dan Pergawati

Drama bersiri: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kapten Boleh, Kecuali Cintamu, Kau Laksana Bulan, Awan Dania Musim 2, Di Bawah Ketiak Isteri Musim 2, Syurgamu Ramadhan, Habil & Qabil, Ustza Amirul, Nora Elena, Cinta Alif Ba' Ta', Telanjur Cinta, Ruby, Asmara Luna, Aku ada Wali, Manis, Ramadan Jangan Pergi, Ayuni Safira

Telemovie: Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Senandung Semalam, Baju Raya Mona, Bersalji di Kuala Lumpur, Member Nenek, Gincu, Sudu & Garfu, Mistik Alam Hitam, Cintaku 120 km/j, Rebah Di Hujung Taubat, Kekasih Awal dan Akhir, Aku Untuk Siapa, Izan Azizan, Semadikan Roh Aku, 7 Hari Di Neraka, Syawal Aidil dan Fitri, Pelita Buluh Tok Wan, Bila Kerbau Bunting Berkubang, Aku, Dia dan Tong Sampah, Bukan itu Takdirku

Filem: Mamak Cupcake, Pencinta, Bravo, KL Zombie, Pak Pong, Pukul Habis, Kerat 14, Terbaik Dari Langit

Facebook : www.facebook.com/sitisaleha

Twitter : https://twitter.com/siti_saleha

Instagram : www.instagram.com/sallywho




Biodata Siti Saleha

Read More

Cara solat tarawih bersendirian dirumah

Leave a Comment

Cara solat tarawih bersendirian dirumah

Cara solat tarawih bersendirian dirumah

Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..



Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..


Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 


Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.



NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)


SOLAT SUNAT WITIR



Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.



Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"



Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"



Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :



Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.."


Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.


Selamat berpuasa..
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...