Harga Minyak Ogos 2015 Terjawab

5 comments

Harga Minyak Ogos 2015 Terjawab


Harga Minyak Ogos 2015 Terjawab


Harga minyak untuk bulan Ogos 2015 sudah terjawab...
Barkuat kuasa jam 12 malam ini 1 Ogos 2015
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan DIESEL turun 10 SEN SELITER..

RON95 : Julai - RM2.15 , Ogos - RM2.05 (-0.10)

RON97 : Julai - RM2.55 , Ogos - RM2.45 (-0.10)

DIESEL : Julai - RM2.05 , Ogos - RM1.95 (-0.10)


Semoga minyak untuk bulan SEPTEMBER nanti turun juga...
Read More

ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

4 comments

ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI


1. Memperbanyak Membaca  
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
La hawla Wala Quwwata Illa billah 
Maksud : (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan 
La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)


2. Membaca 
La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca 
La ilaha illallahul malikul haqqul mubin 
maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca  
Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim 
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda :
Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. 
Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....
Read More

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

3 comments

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN


Manfaat buah sukun untuk kesihatan diketahui sejak lama iaitu untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit. Manfaat buah sukun sangat baik untuk dimakan bagi pengidap sakit jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit hati, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menguatkan tulang dan gigi.

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN


BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET
Apabila dibandingkan dengan pokok lainnya, buah sukun sememangnya memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalar, ubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan malah jika dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun juga setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat.

KANDUNGAN BUAH SUKUN
Menurut kajian kandungan buah sukun juga sangat tinggi, baik mineralnya mahupun kandungan vitaminnya dan juga mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat penting bagi tubuh, terutama dari beberapa jenis asam amino esensial, seperti isoleusin, methionin, lysine, histidine, ryphophan, serta valin. Selain buahnya, daun sukun juga kaya dengan khaisat bagi kesihatan. Sebuah kajian merumuskan bahawa ekstrak daun sukun banyak mengandung betasitosero dan flavanoid yang mampu mengatasi penggumpalan rombosit yang melancarkan peredaran darah dalam jantung.


KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

KHASIAT DAUN SUKUN
Manfaat daun sukun sangat efektif untuk mengubati beberapa penyakit kronik seperti penyakit hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa dan penyakit jantung. Khasiat daun sukun dalam mengubati berbagai macam penyakit tersebut disebabkan daun sukun mengandungi beberapa unsur seperti asam hidrosianat, asetilcolin, ribofavlin, tannin dan beberapa bahan lain. Secara saintifik, manfaat daun sukun juga bagus untuk mengatasi kerosakan ginjal. Melalui penelitian lain yang dilakukan mendapati bahawa daun sukun sangat berguna untuk mengubati penyakit kardiovaskuler. Untuk mengubati penyakit ginjal, daun sukun direbus kemudian diminum airnya setiap hari secara rutin. Memang hal ini memerlukan disiplin dan kerana harus dilakukan secara rutin dan dalam jangka panjang. Untuk petua sembuh dari penyakit jantung, anda sebaik baiknya pilih daun sukun yang sudah berumur, kerana daun sukun yang telah berumur tua memiliki kandungan zat yang tinggi.

* sira sukun, kerepek sukun, sukun goreng, bingka sukun. Sedap!

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN
Sukun goreng.. Makan semasa masih panas memang sedap...

Read More

Udang Masak Merah

2 comments

Udang Masak Merah 


Udang masak merah merupakan salah satu makana kegemaran aku.. 
Cara masak yang sangat mudah dan simple dan bahan-bahan masakan yang mudah di dapati.
Dan cara memasak pula sekejap dan tidak mengambil masa yang lama seandainya bahan masakan di sediakan awal..

Udang Masak Merah


Bahan-Bahan..
  •  1kg udang
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulang bawang merah
  • 1 serai
  • 1 biji telur
  • Rempah ratus (Kayu manis, bunga lawang, biji ketembar, bunga cengkih)
  • Minyak masak
  • Sedikit garam, aji dan gula

Cara-cara :
  • Panaskan minyak, Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di tumbuk atau di kisar, serai (dititik sedikit) dan rempah ratus. Sehingga kekuningan.
  • Masukkan udang. Gaul sehingga udang kemerah-merahan atau masak. (Tambah sedikit air )
  • Masukkan sos cili. Gaul rata.
  • Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
  • Apabila udang masak. Pecahkan telur. Dan gaul rata sehingga telur masak.
  • Siap..

Udang Masak Merah

Read More

TIGA JENIS SIKAP MANUSIA

1 comment

3 jenis sikap manusia di dalam diri kita dan di sekeliling kita yang perlu kita kenal pasti:-


TIGA JENIS SIKAP MANUSIA


1. Sikap “Hero” - Mereka proaktif, mereka menimbangkan sesetiap perkara dengan ilmu dan iman kemudian fokus untuk bertindak untuk capai matlamat mereka. Mereka percaya bahawa diri mereka bertanggungjawab dengan setiap tindakan mereka selain dari yakin dengan doa dan kuasaNya. Mereka kurangkan fokus kepada masalah tetapi fokus cari jalan penyelesaian. Mereka bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk capai matlamat mereka. 

2. Sikap "Biawak" - Ada kisah kenapa kita namakan sikap "biawak", di mana biawak suka makan bangkai. Sikap biawak adalah sikap mereka yang masanya sangat banyak fokus kepada masalah, alasan, negatif, prasangka buruk, salahkan orang lain dan tidak bertanggungjawab. Manusia yang suka mengumpat dan bercakap buruk di belakang orang lain dikatakan manusia yang suka makan bangkai atau makan daging saudara mereka sendiri, jadi ada persamaan dengan kebiasaan biawak. 

3. Sikap "Siput Babi" - Ada sebab kenapa dipanggil sikap "Siput Babi". Kita selalu bertanya kenapa Siput Babi bergerak perlahan? Dan jawapannya, sebab Siput Babi keliru (confuse) samada dia Siput atau Babi. Dek sebab asyik fikir dan keliru sepanjang hayat dia samada dia siput atau babi, maka bergeraklah dia dengan perlahan-lahan. Ini gurau sahaja! Jangan jadi umpama Siput Babi. Sikap mereka yang umpama siput babi ni, mereka ni bijak, pandai, CGPA mungkin bagus, tahu segala perkara dalam dunia tetapi tidak berani bertindak! Tidak berani ke hadapan untuk lead sesuatu perubahan atau perkara. Mereka pilih jadi pengikut dan ikut bodoh-bodoh walaupun yang diikutnya itu mungkin bukan pandai sangat atau betul sangat... Pernah jumpa orang macam tu? 

Jadi, ini adalah 3 sikap asas karektor yang ada pada ramai manusia samada pada diri kita atau pada orang sekeliling kita. Anda rasa anda banyak sikap yang mana?


Kredit : Azizan Osman
Read More

Perindu Sepi

1 comment

Perindu Sepi

Perindu Sepi


RINDU.. tapi pada siapa ?
Rindu kian menebal di hatiku ,
tapi pada siapa aku rindu?
rindu..
pada siapa harusku melampias rasa kerinduan
Rindu .. tiada penghujungnya ...
pada siapa aku rindu??
Sungguh aku sepi dalam kerinduan....


Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku


Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata


Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta


Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu


Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti
Read More

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

4 comments

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir


Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Diazankan Pada Telinga Kanan & Diiqamatkan Pada Telinga Kiri.
  • Supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
  • Azan juga adalah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nantikan kelahiran bayi ini.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Melakukan Sujud Syukur
  • Suami disunnahkan melakukan sujud syukur sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan zikrullah (Tasbih-Subhanallah, Takbir-Allahuakhbar & Tahmid-Alhamdulillah)

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Memberi Nama Yang Baik Kepada Anak
  • Ibu bapa disunnahkan memberi nama pada hari ketujuh atau pada hari bayi dilahirkan. 
  • Nama bayi haruslah mengandungi makna yang baik.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
  • Bayi yang baru lahir disunnahkan Tahnik.
  • Iaitu mengunyah kurma sehingga lumat lalu menggosokkan kurma ke lelangit mulut bayi bagi melatih bayi mengunyah dan membantu menguatkan mulut bayi untuk makan.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Mendoakan Anak.
  • Hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibubapa untuk anaknya.
  • Berdoalah memohon keberkatan untuk anak dan memohon perlindungan anak dari godaan syaitan.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Bercukur Rambut
  • Disunnahkan untuk mencukur rambut bayi pada hari ketujuh kelahiran bayi. 
  • Rasulullah SAW menyuruh supaya mencukur rambut bayi dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Aqiqah Untuk Anak Lelaki
  • Hukum Aqiqah adalah sunnah muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak.
  • Bayi lelaki sunnah diaqiqahi dengan 2 ekor kambing.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Aqiqah Untuk Anak Perempuan.
  • Hukum Aqiqah adalah sunnah muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak.
  • Bayi perempuan sunnah diaqiqahi dengan 1 ekor kambing.

Tanggungjawab Ayah kepada Anak yang baru lahir

Mengkhatankan Anak.

  • Sunnah dikhatankan bayi pada hari ketujuh kelahiran untuk kebersihan dan mencegah penyakit seksual.
  • Menjadi sunat untuk bayi perempuan dan satu kewajiban bagi bayi lelaki.


Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,keras; tidak menderhaka Allah terhadap segala yang diperintahkan-NYA kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"

Kredit : Imuslimshop.com
Read More

TUTORIAL : CARA BUAT BLOGLIST

1 comment

TUTORIAL : CARA BUAT BLOGLIST

TUTORIAL : CARA BUAT BLOGLIST

Fungsi Bloglist :
  • memudahkan tuan blog mengunjungi blog yang di gemari dengan entry-entry yang menarik
  • membantu menaikkan trafik blog rakan-rakan.


CARA-CARA UNTUK MEMASUKKAN BLOGLIST KE DALAM BLOG

DASHBOARD > LAYOUT > ADD A GADGET > BLOGLIST 

TUTORIAL : CARA BUAT BLOGLIST
KLIK BLOGLIST

TUTORIAL : CARA BUAT BLOGLIST



Tukarkan TITLE anda ikut kesesuaian BLOGLIST anda..

SHOW : Boleh letak ALL BLOG atau 5 blog atau 10 blog atau 25 blog yang akan tertera di blog korang..


TUTORIAL : CARA BUAT BLOGLIST

Ikut step seperti gambar di atas untuk masukkan senarai blog ke dalam bloglist..

ADD TO LIST > MASUKKAN URL BLOG > SAVE

Ulang step di atas sampai habis URL blog..

Sekiranya senarai blog yang korang masuk tu banyak, korang boleh masukkan 5 atau 10 url, kemudian save.. 

SELESAI..

Read More

Tutorial : Check Kelajuan Website dan Blog

Leave a Comment

Tutorial : Check Kelajuan Website dan Blog

Bagi seorang blogger loading website yang laju amat penting untuk menarik pembaca ke blog..
Loading yang lama membuat pembaca lari dan klik pangkah...
Dan Loading yang lama juga membawa maksud website kita tu terlalu berat..
Ok.. Untuk Check Kelajuan Website dan Blog korang..

Tutorial : Check Kelajuan Website dan Blog

Masukkan URL BLOG dan Klik ANALYZE

Tutorial : Check Kelajuan Website dan Blog

Lepas Klik Analyze.. Korang akan tahu kelajuan blog korang.. Laju atau Lembab...

Tutorial : Check Kelajuan Website dan Blog

Korang boleh check apa yang menyebabkan blog korang Lembab.. 
Klik show how to fix...
Korang boleh check loading versi Mobile dan Desktop... 
Lepas tu, korang buang la apa widget yang menyebabkan blog korang berat..

Tutorial : Check Kelajuan Website dan Blog

Loading blog aku ok tak? Tengah usaha supaya loading dah terlalu lama sangat.. 


Read More

SUNAT BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

1 comment

SUNAT BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL


SUNAT BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Antara tuntutan di bulan Syawal adalah berpuasa enam hari sebagai menambah nilai puasa wajib di bulan Ramadan.

Menurut pendapat di dalam mazhab Syafie, lebih afdhal dilakukan selepas hari raya pertama dan enam hari berturut-turut.


Namun begitu jika dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal tidaklah dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga. InsyaAllah mari kita ambil kesempatan ini.

Tahniah buat sahabat-sahabat yang akan mula berpuasa enam Syawal esok hari.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”  [Riwayat Muslim]


Huraian Hadith :
  • Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajukan berterusan, walaupun sedikit.
  • Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal maka pahalanya sama dengan puasa setahun. Hal ini di sebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian di campur dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
  • Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi di bolehkan berpuasa berselang seli selama dalam tempoh bulan Syawal.
Read More

SEJARAH : PEMBEBASAN SARAWAK DARIPADA PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

Leave a Comment

SEJARAH : PEMBEBASAN SARAWAK DARIPADA PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

SEJARAH : PEMBEBASAN SARAWAK DARIPADA PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

Usianya bakal mencapai 52 tahun, apabila Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963. Bagi Sarawak, peristiwa ini sangat penting dalam sejarahnya kerana telah berjaya melepas diri daripada penjajahan keluarga Brooke dan kolonial British selama 113 tahun. Maka, bermulalah era baru Sarawak dalam Persekutuan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris pada 22 Julai 1963.

Pemilikan berkerajaan sendiri menguasai dalam diri penduduk Sarawak selepas menyaksikan pertembungan kuasa penjajah Barat dengan penduduk tempatan di negara lain dalam menuntut kemerdekaan seperti di Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina. Munculnya gerakan nasionalisme ini secara langsung telah meningkatkan peranan setiap penduduk tempatan terhadap penjajah.

Keengganan penduduk tempatan menerima kehadiran pemerintah kerajaan kolonial British dalam mentadbir Sarawak telah mengundang semangat nasionalisme secara terang-terangan. Gerakan anti-penyerahan telah bangkit menyelubungi majoriti penduduk Sarawak dengan kemuncaknya peristiwa serangan berani mati, Rosli Dhobi pada tahun 1949 yang mengakibatkan kematian Gabenor Sir Duncan Stewart. Pada ketika juga ancaman komunis turut menghantui penduduk Sarawak.

Semangat mahu berkerajaan sendiri di kalangan penduduk Sarawak terutama beberapa pemimpin Melayu Sarawak yang disegani semakin menebal apabila campur tangan Anthony Brooke dalam membebaskan Sarawak. Namun, usaha ini menemui jalan buntu akibat keengganan Charles Vyner Brooke yang sudah berusia dan tidak mempunyai waris serta tidak mahu menyerahkan kuasanya kepada Anthony Brooke.

Pada 16 Februari 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British. Manakala pada 1 Julai 1946, Sarawak secara rasmi telah diserahkan kepada Kerajaan British dan diisytiharkan sebagai hari ‘cession day’ sebagai tanda Kerajaan British telah menerima penyerahan Sarawak secara rasmi.

Pada ‘cession day’ itu telah diadakan di Kuching dengan upacara perbarisan di Pengkalan Batu (Kuching Waterfront) di hadapan Bangunan Mahkamah Besar bagi menyambut kedatangan Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Khas British yang diiringi Lord Louis Mountbatten. Pada hari itu turunlah bendera Sarawak ‘kuning, hitam dan merah’ yang telah berkibar selama 100 tahun dan digantikan dengan bendera Union Jack.

Malcom Mcdonald telah membaca perutusan daripada Raja Charles Vyner Brooke dengan memaklumkan pelantikan C.W.Dawson sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan dan Sir Charles Arden-Clarke diisytiharkan sebagai Gabenor yang pertama. Sarawak akhirnya diisytiharkan sebagai ‘crown colony’ (Jajahan British) pada 1 Julai 1946.

Anti-penyerahan Sarawak telah melahirkan beberapa pemimpin tempatan dan persatuan yang berkobar-kobar menentang penjajahan kolonial British. Pemimpin tempatan yang terkenal dengan anti-penyerahan terdiri daripada YB Datuk Amar Abang Sulaiman bin Abang Taha Shahdan, Abang Haji Zainie bin Datuk Bentara Haji Hashim, Haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan ramai lagi. Mulai tahun 1946 dianggarkan terdapat 52 buah pertubuhan anti-penyerahan muncul bagi menyatakan sokongan mereka ke atas penentangan penyerahan Sarawak kepada Kerajaan Kolonial British.

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) yang dinaungi Datu Patinggi Abang Hj. Abdillah merupakan pelopor kepada beberapa pertubuhan lain yang begitu lantang menentang penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British. Pertubuhan seperti Parti Dayak Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Barisan Pemuda Malaya (BPM), Kaum Ibu Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persekutuan Bumiputera Sarawak, Persatuan Melayu Miri, Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak (ASAS), Persatuan Melayu Limbang dan Perhimpunan Kebajikan Baram juga turut serta dalam anti-penyerahan.

Sepanjang tempoh anti-penyerahan, beberapa demonstrasi dan perarakan secara besar-besaran diadakan di Kuching bagi menentang penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British. Gerakan anti-cession semakin hebat dengan penglibatan kakitangan kerajaan yang sama-sama meniup semangat anti-penyerahan. Akibat penyertaan kakitangan awam, Kerajaan British telah mengeluarkan pekeliling rasmi dikenali sebagai "Circular No. 9" yang melarang kakitangan kerajaan terlibat dalam sebarang kegiatan yang menentang penyerahan (cession).

Pada 1 Julai 1947, sambutan ulang tahun pertama anti-cession telah diadakan hadapan bangunan Mahkamah Tinggi. Pada ketika itu, beribu orang telah berarak membawa sepanduk, poster dan bendera Sarawak menuju ke tugu peringatan Brooke di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi sambil berteriak “Kami Mahu Kemerdekaan”, “Kami Mahu Brooke”, “Hancur Penjajah British”, “No-Cession – Atlantic Charter Must Be Respected”, “Harap Selagi Bernafas” dan beberapa macam lagi dengan penuh bersemangat.

Di sebalik penentangan rakyat Sarawak itu ada juga pihak yang menyokong penyerahan Sarawak ke atas Kerajaan British. Persatuan Melayu Muda atau lebih dikenali Young Malay Associations (YMA) dan sekelompok masyarakat Cina bersetuju Sarawak ditadbir Kerajaan British. YMA ini telah mendapat sokongan daripada Kerajaan British bagi mengimbangi mereka yang anti-penyerahan.

Peristiwa penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British secara langsung telah meniupkan semangat nasionalisme ke atas rakyat tempatan Sarawak. Biarpun mengambil masa selama 17 tahun sebelum merdeka daripada penjajah British, rakyat tempatan Sarawak tetap bersemangat mahu berkerajaan sendiri demi kelangsungan kehidupan anak dan cucu cicit mereka yang lebih baik di masa akan datang.

Kredit : Awang Mohamad Razif bin Awang Yusuf, UKOM JASA Sarawak
Read More

10 Keistimewaan Memelihara Kucing

1 comment

10 Keistimewaan Memelihara Kucing

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel...
Pencinta kucing merupanka seorang yang penuh kasih sayang..
Kucing merupakan haiwan yang mampu menghilangkan stress..
Menjadi tempat bermanja... dan mengisi kekosongan hati..


10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Yup betul.. kucing mampu mengajar kita cara menyayangi diri sendiri.. perhati sendiri cara kucing membelai diri.. Saat kita bersendirian atau bersedih, kucing la penghibur..

10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Kucing mengajar anda, tidak membuang masa -Hahaha tapi kucing rumah aku suka minta belai.. aku asyik nak buang masa je sebab membelai kucing-kucing... Pagi, tengah hari dan malam.. 


10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Kucing rumah aku kadang-kadang je suka bagi kejutan... setakat ni belum pernah dapat hadiah seperti tikus di tempat tidur.. hahaha.. HARTA KARUN EMAS ada, itu pun anak kucing.. huhu


10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Ini selalu terjadi.. aku pun tak tahu kenapa kucing suka duduk atas keyboard.. Hahaha... kadang-kadang sampai geram.. setiap kali aku alih kan, kucing aku akan naik semula dan duduk atas keyboard.. Nak update blog pun ambil masa sebab kena kacau kucing..

10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Ini satu lagi sifat kucing yang aku suka.. menghayati keindahan ciptaan Ilahi.. Realiti kucing aku suka duduk di tingkap dan menghayati pemandangan serta menghirup udara segar.. dan kadang-kadang kucing aku suka duduk di tingkap sebab nak mengitai kucing luar yang lalu lalang...


10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Bila dah buat salah... dia buat derk je.. 
  
10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Hahaha.. ni memang betul. kucing boleh jadi alarm.. setiap pagi masa subuh dia boleh bangunkan kita.. setiap hari tapi kucing rumah aku tak cakar muka tp dia gigit bawah dagu, bawah lengan.. memang terkejut masa kena gigit tu..

10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Hehehe.. kucing rumah kalau makanan tu tak sedap memang dia tak nak makan.. cerewet betul.. Aku ada sekor kucing yang pandai makan durian.. dulu pernah bagi dia durian yang tak sedap dan keras isi, dia tak nak.. haha


10 Keistimewaan Memelihara Kucing
Ni memang letih kalau dia jenis membuang sukati... kat rumah aku tak de sedia kan pasir khas untuk membuang..Keluargaaku ajarkan kucing membuang di tandas.. Kalau anak kucing yang tak pandai ke tandas memang akan membuang sukati dia.. Ambil masa juga nak memdidik kucing-kucing ni membuang kat tandas.. tapi lama-lama Alhamdulillah dia org pandai ke tandas.. Lepas dia orang membuang tu, kita kena cepat-cepat cuci tandas.. kalau tak satu rumah berbau harum.. hehe

Read More

Semakan Status Kawalan Imigresen

1 comment

Semakan Status Kawalan Imigresen


Semakan Status Kawalan Imigresen

Alkisahnya begini.. Ni bukan cerita aku tapi kawan kepada adik aku..
Kawan adik aku ni dah lama beli tiket melancong ke luar negara..
Masa dia nak renew pasport dia. Pihak Imigresen bagitahu, dia tak boleh keluar dari Malaysia.
Hairan. Kenapa tak boleh pulak..
Bila disiasat.. Rupa-rupanya PTPTN dia tak di bayar.
Terkejut dia.. mana mungkin sebab dah lama dia jelaskan semua bayaran, dua tahun lepas..
Fuhh.. nasib baik dia renew pasport dia awal.. 2 minggu sebelum berlepas..
Boleh la dia uruskan dengan pihak PTPTN dan bersihkan nama dia.
Bayangkan kalau dia renew pasport sehari sebelum berlepas dan tak sempat bersihkan nama kat PTPTN.. kan hangus je tiket kapal terbang dia..

Sekiranya korang ingin merancang untuk keluar negara, elok rasanya korang buat semakan status kawalan Imigresen.. Klik Link bawak untuk semakan :

http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx

Buat semakan awal-awal.. Untuk mengelak sebarang kesulitan..
Kita hanya manusia yang hanya mampu merancang..
Yang sempurna hanya ALLAh SWT. 
Read More

KACANG CORNFLAKES

Leave a Comment

KACANG CORNFLAKES


KACANG CORNFLAKES

Bahan-bahan :
  • 1 kotak cornflakes
  • 500gm kacang
  • 200gm ikan bilis (Di buang kepala dan perut)
  • 30 helai cili kering ( @segenggam) - dikisar halus
  • Gula Halus
  • Garam
  • Minyak Masak


Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga kekuningan dan rangup.
  • Kemudian gorengkan kacang hingga masak dan kekuningan juga..Taburkan sedikit garam ke pada kacang.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili kering sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kacang dan ikan bilis yang di goreng tadi.
  • Masukkan juga cornflakes. Gaul semua rata dan sebati.
  • Untuk mengelak gorengan hangus. Tutup api.
  • Masukkan gula halus dan garam secukup rasa.

KACANG CORNFLAKES




Read More

SEJARAH KABINET PERTAMA SARAWAK 22 JULAI 1963

Leave a Comment

SEJARAH KABINET PERTAMA SARAWAK 22 JULAI 1963.

SEJARAH KABINET PERTAMA SARAWAK 22 JULAI 1963

Pada 27hb Mei 1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan satu gagasan yang bergelar Gagasan Malaysia yang akan dianggotai oleh 5 buah negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, North Borneo (Sabah) dan Negara Brunei. Gagasan ini diwujudkan bagi mengimbangi jumlah penduduk serta bagi memberikan keseimbangan geo politik di kawasan yang dicadangkan. Ketika cadangan ini diutarakan ianya telah disambut dengan baik oleh Perdana Menteri British pada waktu itu iaitu Sir Harold Macmillan. Walau bagaimanapun hanya Negara Brunei yang tidak berminat dengan gagasan ini dan mereka telah awal-awal lagi menolak cadangan tersebut.

Dan bertindak daripada cadangan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ini telah ditubuhkan satu komitee yang dinamakan Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC). MSCC ini telah bermesyuarat buat pertama kalinya di Singapura 2 bulan selepas ditubuhkan. Bagi memberikan keadilan pada semua sekitar 12 Ogos 1962, beberapa orang pemimpin daripada Sarawak dan North Borneo telah melawat bumi Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur buat pertama kalinya agar pemimpin ini boleh memberikan perbandingan apa yang ada di Kuala Lumpur selepas mereka merdeka pada 31 Ogos 1957. Bertitik tolak daripada lawatan “eye-opener” ini ianya telah memberikan impak yang positif di dalam merealisasikan apa yang digelar Gagasan Malaysia sekarang.
\
Walaupun secara dasarnya cadangan gagasan ini telah dipersetujui namun bagi memberikan keadilan kepada semua satu pungutan suara telah sekali lagi diadakan di bumi Sarawak dan Sabah. Dan disinilah terbitnya Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cameron Cobbold. Suruhanjaya Cobbold telah mengunjungi bumi Sarawak dan mendapatkan maklumbalas daripada penduduk-penduduk di bumi Sarawak. Setelah segalanya dipersetujui akhirnya laporan daripada Suruhanjaya Cobbold telah membenarkan bahawa rakyat Sarawak mahupun North Borneo telah bersedia untuk membentuk satu gagasan yang dipanggil Gagasan Malaysia pada ketika itu. Maka pada 9hb Julai 1963, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963 telah ditandatangani di London., United Kingdom.

Walau bagaimanapun, sebelum apa jua perjanjian ditandatangani delegasi dari Sarawak telah memberikan kata dua bahawa Sarawak harus dimerdekakan sebelum pengistiharan Gagasan Malaysia dilakukan. Selain daripada itu Sarawak dan North Borneo juga telah menggariskan beberapa hal yang dipanggil Perkara 18 bagi Sarawak dan Perkara 20 bagi Sabah dan intipati perkara-perkara ini dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Intipati Perkara 18/20 ini dilakukan bagi melindungi hak dan autonomi rakyat Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Gagasan Malaysia kelak.

Bagi memberikan apa yang digelar amalan demokrasi kepada rakyat Sarawak, dengan pemerhatian penuh daripada Kerajaan Koloni British pada tahun 1962, telah diadakan satu pilihanraya di Sarawak pada waktu itu. Beberapa buah parti politik telah bertanding di dalam pilihanraya tersebut seperti SNAP, SUPP dan PESAKA. Di dalam pilihanraya ini parti SNAP telah menang majoriti yang besar dan SNAP diketika itu diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan. Pada tanggal 22hb Julai 1963, pihak Koloni British telah merealisasikan apa yang diminta oleh rakyat Sarawak pada waktu itu maka Gabenor British di Sarawak iaitu Sir Alexander Waddel telah mewakili kerajaan Koloni British untuk menurunkan bendera British di bumi Sarawak dan bersama-sama menyaksikan bendera Sarawak sendiri dinaikkan di Kuching Sarawak.

Pada ketika itu dengan mandate daripada Kerajaan Koloni British Borneo pada masa itu maka lahirlah kabinet Negara Sarawak yang pertama yang mana Ketua Menterinya yang pertama telah dipilih pada 21hb Julai 1963 iaitu Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan. Selain daripada itu barisan kabinet pertama juga dipilih bukan dari sembarangan individu kerana mereka juga mempunyai portfolio yang sememangnya dikenali oleh rakyat Sarawak pada masa itu.

Dan anggota kabinet Negara Sarawak yang pertama juga dianggotai oleh Abdul Taib bin Mahmud - seorang pengamal undang-undang; James Wong Kim Ming - seorang kaunselor Limbang dan juga ahli perniagaan; Dustan Endawie Anak Enchana - seorang kaunselor di Kalaka; Awang Hipni bin Pengiran Anu - seorang kaunselor di Matu dan Teo Kui Seng - seorang ahli perniagaan terkenal di dalam industri perkapalan di Sarawak pada ketika itu. Perlantikan kabinet pertama Negara Sarawak ini merupakan satu detik sejarah bagi Sarawak kerana ini menandakan berakhirnya era Sarawak menjadi salah satu jajahan Koloni British dan ke arah Sarawak berkerajaan sendiri pada waktu itu.

Setelah tertubuhnya satu Kabinet yang mewakili sebuah negara yang baru merdeka pada waktu itu, Kabinet ini dengan diketuai oleh Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan telah membuat usulan di Supreme Council Sarawak tentang pengistiharan sebuah Gagasan yang bergelar Gagasan Malaysia yang mana ianya dibentuk oleh 4 buah negara iaitu Negara Persekutuan Tanah Melayu, Negara North Borneo, Negara Sarawak dan Negara Singapura. Usulan ini telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli Supreme Council Sarawak dan 54 hari selepas itu Stephen Kalong Ningkan bersama-sama dengan Gabenor Negeri Sarawak yang baru iaitu Tun Abang Haji Openg berserta dengan wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Khir Johari memasyhurkan pengisytiharan Pembentukan Malaysia di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak pada 16 September 1963.

Walaupun sepatutnya pengistiharan Gagasan Malaysia harus dilakukan pada 31hb Ogos 1963 seperti di dalam perancangan namun bagi memberi ruang kepada masalah dokumentasi yang kelewatannya disebabkan oleh United Nation serta memberi ruang kepada Gagasan Malaysia bagi menyelesaikan beberapa perkara berbangkit seperti bantahan daripada jiran tetangga pada waktu itu seperti daripada Indonesia, Brunei dan Filipina maka ianya telah dilewatkan tarikhnya kepada 16hb September 1963.

Inilah sekelumit sejarah tentang mandat yang diberikan kepada Kabinet Pertama Sarawak Bumi Kenyalang yang merupakan antara barisan kabinet yang mempertaruhkan halatuju Sarawak pada masa itu bagi memastikan Sarawak mampu bersaing seperti sebuah negara merdeka di rantau Asia Tenggara. Sejarah ini harus wajar diterangkan dan difahami oleh generasi Bangsa Sarawak sekarang kerana inilah sejarah kita yang sebenarnya yang tidak boleh dilupuskan oleh mana-mana pihak walau apapun yang terjadi.

Kredit : FB MADE in Sarawak.
Read More

Kek Kepala Meja Kek Mencari Jodoh

3 comments

Kek Kepala Meja

Tradisi yang semakin di lupakan...


Kek kepala meja merupakan tradisi lama yang semakin di lupakan...
Simboliknya kek kepala meja ini membawa maksud.. tuan rumah mempunyai anak dara yang sudah cukup umur dan mencari jodoh...
Jadi tidak hairanlah jikalau terdapat banyak kek kepala meja sekiranya rumah tersebut mempunyai anak dara yang ramai..

Kek kepala meja ini biasanya akan dihidangkan semasa HARI RAYA..
Kek ini akan di letakkan di sebuah meja khas, di hias cantik dan terdapat nama pemilik kek..
Sekiranya ada jejaka yang datang ke rumah dan berkenan dengan pemilik kek.. jejaka tersebut akan memotong kek tersebut yang membawa maksud ingin berkenalan dengan anak dara tersebut..
Dan selepas memotong kek dan jejaka tersebut berkenan untuk menyunting si anak anak tersebut. Jejaka tersebut akan meninggalkan sedikit wang sebagai tanda hati kepada pemilik kek sebagai tanda ingin memasuk meminang..
Betapa halus dan indahnya cara masyarakat dahulu..

Kek Kepala Meja ini sangat menggoda... Sangat cantik.. Sesiapa yang melihat pasti ingin merasai kek tersebut.
Zaman dulu, pemuda-pemuda yang datang kerumah sangat berhati-hati untuk memotong kek kerana takut terpotong kek kepala meja.. hehe
Suami orang.. tunang orang tu.. hati-hati ye.. jangan memandai nak potong kek kepala meja..
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

KEK KEPALA MEJA
Sumber GOOGLE.. 

Read More

#Cabaran20Hari PENGALAMAN MAIN MERCUN

Leave a Comment

#Cabaran20Hari PENGALAMAN MAIN MERCUN

Assalamualaikum
Cabaran terakhir #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 bertajuk PENGALAM MAIN MERCUN


Mercun... Kali terakhir aku main mercun semasa sekolah menengah..
Dan anak perempuan biasanya jarang main mercun... 
Lebih suka main bunga api daripada mercun..
Aku dulu tak berani main mercun dengan jari..
Bakar mercun dan baling jauh-jauh.. 
Aku penakut sikit tapi dalam takut tu ada juga mencuba baling mercun..
Dulu aku main mercun guna lidi..
Ambil lidi.. bahagian hujung lidi tu di letak mercun..
Lepas tu bakar mercun.. haha..
Lama dah tak main mercun dan bunga api kecil..
Sekarang ni tiap-tiap tahun malam raya akan kedengaran satu perumahan main bunga api dan mercun..
Sekarang ni aku tetap tak berani main mercun.. Kalau nak aku main sediakan lidi... hehe





ALHAMDULILLAH.. Cabaran ini sepatutnya tamat pada hari terakhir Ramadhan.. Tapi memandangkan kesibukkan menyediakan persiapan raya. Cabaran ini tertunda dan tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang di tetapkan.. Biar lambat dan berysaha menamat kan cabaran.. daripada lambat dan tak buat terus cabaran kan... 

SELAMAT HARI RAYA kepada pembaca REENA... Andai ada salah dan silap dalam penulisan harap di maafkan...
Read More

KEK LAPIS CHEESE HORLICK

Leave a Comment

RESEPI KEK LAPIS CHEESE HORLICK

RESEPI KEK LAPIS CHEESE HORLICK

Bahan-Bahan
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 150gm gula halus
  • 2 gelas tepung hong kong
  • 1 sudu makan ovellate
  • 1 tin susu manis
  • 100gm horlick
  • 250gm cream cheese (Tatura) atau jenama lain.
  • Pandan Paste
  • Pewarna kuning

Cara-cara
  • Gula dan telur di pukul sehingga kembang.
  • Masukkan tepung hong kong, horlick dan ovellate. Pukul sehingga kembang dan sebati. (Ketepikan)
  • Pukul mentega di tempat lain sehingga kembang dan gebu.
  • Masukkan cream cheese dan susu. Pukul hingga sebati.
  • Lepas itu, campurkan kedua-dua adunan dan pukul sehingga sebati adunan telur tadi dan mentega..
  • Bahagikan kepada 3 bahagian.
  1. Warna Asal
  2. Warna Kuning 
  3.  Pandan Paste

  • Bakar berlapis-lapis hingga habis. 
KEK LAPIS CHEESE HORLICK

Read More

#Cabaran20Hari SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI

Leave a Comment

#Cabaran20Hari SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI


Assalamualaikum.
Untuk cabaran ke 19..
Cabaran bertajuk SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI


Untuk tahun 2015 ni,,, terdapat beberapa pilihan kuih raya..
Antaranya ialah...


#Cabaran20Hari SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI
KEK LUMUT CHEESE

#Cabaran20Hari SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI
KEK JURADONG PARK

#Cabaran20Hari SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI
CHEESEKUT

#Cabaran20Hari SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI
KEK HOLIDAY INN
#Cabaran20Hari SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI
BISKUT CINCIN

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...