Drama Akasia Hello Mr Perfect

Leave a Comment

Drama Akasia Hello Mr Perfect


Drama Akasia Hello Mr Perfect

Satu lagi drama dari novel di adaptasi ke darama....  Drama ni dibintangi oleh RUHAINIES dan FATTAH AMIN... Bersiar di TV3 dari jam 7 petang... Jum baca sinopsis drama ni...

Sinopsis:

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Boleh juga baca sebahagian kisah drama ni di blog novelis Hello Mr Perfect KLIK SINI

Drama Akasia Hello Mr Perfect

Read More

Tujuh Langkah Bijak Mengurangkan Gula

2 comments

Tujuh Langkah Bijak Mengurangkan Gula

Tujuh langkah Bijak Mengurangkan Gula

  • Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

  • Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

  • Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

  • Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

  • Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.

  • Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

  • Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
Read More

Masa Paling Sesuai Minum Air Masak

7 comments

Masa Paling Sesuai Minum Air Masak

Masa Paling Sesuai Minum Air Masak


Tahukah anda pengambilan air masak pada masa yang sesuai mampu memberikan kesihatan optimum terhadap kesihatan? Antara masa paling sesuai adalah:

  • Selepas bangun tidur (minum 2gelas)
Ia membantu mengaktifkan organ dalaman.


  • 30minit sebelum makan (minum 1gelas) 
Ia membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

  • Sebelum mandi (minum 1gelas)
Ia membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

  • Sebelum tidur (minum 1gelas) 
Ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan strok ketika tidur.
Read More

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

2 comments

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

  • Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

  • Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

  • Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Info dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Read More

TANDA-TANDA SAKIT DI ANGGOTA BADAN

2 comments

TANDA-TANDA SAKIT DI ANGGOTA BADAN




SAKIT DIBAHAGIAN BAHU
  • Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN :
  • Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
  • Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
  • Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI :
  • Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI :
  • Menandakan buah pinggang lemah. 
  • Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI :
  • Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
  • Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
  • Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.
  • Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
  • Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
  • Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
  • Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DI KEPALA
  • Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING
  • Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH.
  • Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH
  • Darah merah - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
  • Darah hitam - Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
  • Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KERAP KENCING :
  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

AIR KENCING BERKAPUR :
  • Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK :
  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
  • Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH :
  • Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
  • Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
  • Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

SEMBELIT:
  • Membersihkan toksin dari usus kecil.

NAJIS BERDARAH
  • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM :
  • Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN :
  • Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

Sakit menyucuk :
  • Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal:
  • Menandakan luka di dalam badan.

Sakit menyentap:
  • Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang :
  • Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . 
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS .
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN :
  • Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT: .
  • Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
  • Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :
  • ●Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.

p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).
Read More

KEBAIKKAN DAN KELEBIHAN BUAH LEMON

1 comment

KEBAIKKAN DAN KELEBIHAN BUAH LEMON


KEBAIKKAN DAN KELEBIHAN BUAH LEMON


Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.
Read More

ASAL USULNYA IBADAH KORBAN

1 comment

ASAL USULNYA IBADAH KORBAN




Asal usulnya ibadah korban adalah untuk memperingati sejarah pengorbanan yang menjadi titik penting dalam Islam iaitu apabila Nabi Ibrahim a.s diwahyukan untuk mengorbankan anakanda kesayangannya Nabi Ismail a.s. Satu pengorbanan yang sangat besar yang saya yakin tak mampu untuk saya dan anda semua lakukan. Namun ketaatan Nabi Ibrahim a.s untuk menjalankan perintah Allah SWT yang meminta beliau menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s sebenarnya membawa 1001 pengajaran yang sepatutnya kita ambil sebagai iktibar.

Tak dapat digambarkan perasaan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar ketika itu. Apa yang pasti, bagi mereka ini perintah Allah SWT, sesukar mana atau sebesar mana impaknya ianya perlu dilaksanakan kerana mereka yakin ganjaran dari Allah SWT yang besar akan menanti mereka.

Saya terkesan bila membaca kisah sejarah ini, saat Nabi Ibrahim bersedia untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail, Nabi Ismail telah meminta untuk ayahnya melakukan sembelihan dengan tidak memakai bajunya kerana Nabi Ismail tidak mahu darahnya terpecik ke pakaian ayahnya dan ibunya Siti Hajar terpaksa pula mencuci darah anak yang disembelih bapanya sendiri!

Ganjaran Allah SWT sesungguhnya menanti orang yang taat pada perintahnya, saat Nabi Ismail hampir-hampir disembelih, Allah SWT telah menggantikannya dengan seekor kibas. Sebenarnya pengorbanan tersebut hanyalah ujian dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana ketaatan kedua Nabi dalam mengerjakan suruhanNya.

ASAL USULNYA IBADAH KORBAN

Read More

LIMA PETUA MENGHILANGKAN BULU KETIAK

4 comments

LIMA PETUA MENGHILANGKAN BULU KETIAK


LIMA PETUA MENGHILANGKAN BULU KETIAK

Cara 1: Kunyit hidup dan kapur sirih .

  • Cabut bulu ketiak satu persatu. Cabut dengan akar-akarnya sekali.
  • Celupkan kunyit hidup dalam kapur sirih dan sapukan pada ketiak anda selama beberapa minit dam bilas dengan air .
  • Cara ini dpt melambatkan masa bulu untuk tumbuh kembali. Mungkin tiga hingga empat bulan sebulan bulu baru tumbuh .


Cara 2: Lada putih dan dua butir kapur barus.

  • Tumbukkan lada putih dan dua butir kapur barus . Kemudian gaulkan dengan sedikit minyak kelapa .
  • Gosokkan campuran tu pada ketiak anda pada setiap malam sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bersihkan apabila anda bangun untuk solat subuh.
  • Amalan ini akan menyebabkan bulu ketiak anda tertanggal dgn sendiri dan mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh kembali .


Cara 3: 10 biji bintan putih, kapur barus dan air perahan limau nipis .

  • Gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Cabut atau cukur bulu ketiak anda .
  • Sapukan campuran bahan tadi ke ketiak anda selama beberapa minit.
  • Bilas dengan air .


Cara 4: Pucuk jambu batu .

  • Ramaskan ia sehingga hancur dan sapukan ia ke ketiak anda sebelum mandi .


Cara 5: Hampas kelapa .

  • Lumurkan hampas kelapa di ketiak anda dan biarkan ia selama beberapa minit.
  • Lakukan amalan ini dua kali seminggu .
Read More

CARA TURUNKAN BERAT BADAN DAN CARA KUATKAN LUTUT

1 comment

CARA TURUNKAN BERAT BADAN DAN CARA KUATKAN LUTUT.



A. CARA TURUNKAN BERAT BADAN.


Langkah 1.


Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).



Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.



CARA TURUNKAN BERAT BADAN DAN CARA KUATKAN LUTUT



Langkah 2.



Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.



Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.



B. CARA KUATKAN LUTUT.


CARA TURUNKAN BERAT BADAN DAN CARA KUATKAN LUTUT



Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.



Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.



Sumber : Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.



p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).
Read More

Nama Anak Lisa Surihani Dan Yusry

1 comment

Nama Anak Lisa Surihani Dan Yusry



Nama Anak Lisa Surihani Dan Yusry


Mesti semua peminat Lisa dan Yusry ternanti-nanti apakah nama anak mereka.. dan hari yg ditunggu telah tiba... 


Syukur Alhamdulillah.. Sempena  menamakan anak pada hari ke tujuh selepas kelahiran pada 15 September 2015 bersamaan 7 Zulhijjah 1436, Puteri sulung Lisa Surihani dan Yusry di beri nama YAHAIRA LEANNE yang membawa maksud WAHAI SEBAIK-BAIK KELEMBUTAN


Nama Anak Lisa Surihani Dan Yusry





Read More

Cara Solat Sunat Raya Aidil Adha Atau Raya Korban

1 comment

Cara Solat Sunat Raya Aidil Adha Atau Raya Korban


Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untukpenyembelihan haiwan koban.


A. Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha
1. Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.


2. Pada rakaat pertama:

a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.


b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf ataual-A’laa atau Al-Khafiruun.


c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.


3. Rakaat ke-dua:

a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.


b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.


c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.


KHUTBAH AIDILADHA

Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.

Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ ) manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.


TAKBIR

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.

Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.


Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’.

Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.

.
Takbir Raya
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ – × 5/3
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ 

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.

Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.


Adab Solat Sunat Hari Raya

1. Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.

2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).

3. Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.

4. Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai. Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.

5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.

6. Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.

7. Apabila hari raya bertepatan jatuh pada hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya dengan syarat mereka tinggal jauh dari masjid sehingga menyukarkan untuk datang semula dan mereka cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.

8. Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.


HIKMAH AIDILADHA
Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya
Read More

Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha

3 comments

Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha

Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha


Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).


Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.


Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-


SEBELUM 10 ZULHIJAH
  • Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  • Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  • Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.


PAGI 10 ZULHIJAH
  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
  • Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.


HARI RAYA KORBAN
Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.


1. Takbir

  • Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.

  • Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

  • Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.


اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. ) × 5/3)
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.


  • Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.


2. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

  • Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

  • Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.

  • Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”

  • Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)


3. Berdoa Taubat

  • Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.

  • Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.

  • Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.

4. Solat Sunat Aidiladha

  • Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

5. Ibadah Korban

  • Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

  • Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

  • Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


HIKMAH AIDILADHA
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

Sumber : https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/05/amalan-menjelang-10-zulhijah/
Read More

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

2 comments
HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
Design yang cantik
Breastfeeding friendly
Wudhu friendly
Patuh syariah
Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
- Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Read More

9 ZULHIJJAH NIAT PUASA HARI ARAFAH

2 comments

9 ZULHIJJAH PUASA HARI ARAFAH


Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.


Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).


Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah ﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”



NIAT PUASA HARI ARAFAH

9 ZULHIJJAH NIAT PUASA HARI ARAFAH


Rasulullah ﷺ. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”



Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di Arafah.”


2. Ulama Syafi’iyyah,

  • “Membenarkan untuk berpuasa pada Hari Tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.”
  • “Jika jemaah haji bermukim di Makkah, lalu pergi ke Arafah siang hari maka puasanya itu menyelisihi hal yang lebih utama, jika pergi ke Arafah malam hari maka boleh berpuasa. Jika jamaah haji adalah musafir, maka secara mutlak disunahkan untuk berbuka.”

3. Hanabilah : “Disunahkan bagi para jamaah haji berpuasa pada hari Arafah jika wuqufnya malam, bukan wuquf pada siang hari, jika wuqufnya siang maka makruh berpuasa.”


4. Pendapat Imam Ahmad rh pula;

  • “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”
  •  Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.


5. Hanafiyah : “Makruh bagi jamaah haji berpuasa Arafah jika membuat lemah, begitu juga puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah).”


6. Malikiyah : “Makruh bagi jemaah haji berpuasa Arafah, begitu juga puasa Tarwiyah.”


Tiada halangan berpuasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah ini, maka marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan dengan melakukannya seikhlas hati. Banyak keistimewaan dan kelebihan pahala puasa yang terdapat pada puasa Arafah seperti dinyatakan sebelum ini. InsyaAllah…



p/s : PADA TAHUN INI 2015 PUASA SUNAT HARI ARAFAH JATUH PADA 23 SEPTEMBER 2015..
Read More

PETUA ELAK IKAN MELEKAT KETIKA DI GORENG

1 comment

PETUA ELAK IKAN MELEKAT KETIKA DI GORENG


PETUA ELAK IKAN MELEKAT KETIKA DI GORENG


Bila menggoreng ikan dan ikan melekat ketika di goreng..
Memang amat mengjengkelkan bagi aku...
Rupa ikan yang di goreng menjadi hodoh dan tak cantik..
Selain itu, Isi ikan kelihatan berkurangan... 

Petua yang aku selalu amalkan ialah..
Panaskan minyak sepanasnya baru masuk ikan 
Dan biar ikan yang di goreng itu masak betul-betul dan kering baru pusing ke sebelah ikan lagi....
Itu petua yang aku selalu gunakan...

Dan ini petua yang di ambil dari facebook Resepi Sheila Rusly...
Masukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang di goreng itu..

Selamat mencuba..
Read More

SAKIT KEPALA

5 comments

SAKIT KEPALA



Jika sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya adalah tidur.
Kalau di atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong).
Dan kalau sakit kepala tu di bahagian belakang kepala, itu tandanya kita stress dan kena release stress tu baru kepala akan ok, inshaAllah.


Ini tips rawatan untuk meningkatkan power of our eyes. Ni penting untuk orang yang matanya lemah. Otot mata menderita dari sehari ke sehari, sebab hari-hari berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yang function dulu. So, makin hari mata akan kurang power & penglihatan akan kabur atau kurang jelas.


Untuk maintain kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat.


Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga. Ini kerana, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik. Solat dgn cara yg betul akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali (solat fardhu) atau lebih kalau kita nak (solat sunat).


Nabi Muhammad SAW selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa. Dan sekarang, bukti dari kajian saintis ada kebenarannya. Memang sangat bagus untuk meningkatkan penglihatan mata kita.


Subhanallah untuk hikmah di sebalik membuka mata time sujud ni. Benda ini selayaknya dibaca dan dikongsi kepada orang lain. Share dan jangan berhenti dari meraih ganjaran dari Allah SWT.
Read More

Kisah 50 sen

1 comment

Kisah 50 sen 


Kisah 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.

Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping.

Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu" alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman moden ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah.

Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?

Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak.

Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini.. luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi utk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.


Kredit : FB Usaha Atas Iman Dan Amal
Read More

TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS

1 comment

TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS


Mungkin ada di antara kita yang tak sedar atau pun tak tahu kalau empunya diri menghidap kencing manis. Pakar perubatan percaya bahawa kebanyakan pesakit akan menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Berwaspada jika anda mengalami simptom berikut:

TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS

  • Kerap rasa dahaga dan sering kencing terutama pada waktu malam

  • Berat badan menurun secara mendadak, tetapi sentiasa rasa lapar

  • Luka lambat sembuh

  • Kerap berasa letih membuatkan emosi kurang stabil dan cepat rasa marah

  • Terdedah kepada jangkitan kulat, terutama pada kaum wanita di sekitar faraj

  • Penglihatan menjadi kabur

  • Berasa kebas, semut-semut atau kesakitan seperti terbakar atau bengkak pada tangan dan kaki

  • Kulit merengsa terutama di bahagian leher dan ketiak yang menjadi semakin gelap

Salah satu sayur yang boleh mengcegah penyakit kencing manis ialah PERIA...



p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).
Read More

SK Gersik Bersemi Kasih Merimbun Budi

2 comments

SK Gersik Bersemi Kasih Merimbun Budi




SK Gersik yang dulu di kenali sebagai SRK Gersik.
Tempat aku menuntut Ilmu,
Lepas ini tinggal kenangan je...
Tapak sekolah ni akan di tutup dan akan berpindah di lokasi baru pada tahun hadapan...
Semalam 16 September 2015, di adakan Program BERSEMI KASIH, MERIMBUN BUDi..
Program ini di adakan untuk menghimpun bekas-bekas pelajar dan bekas guru-guru dan yang pernah berkhidmat di SK Gersik...

SK Gersik lama ni akan berpindah ke tapak baru tak lama lagi...
Rindu keadaan tempat aku menuntut ilmu ni...
Sini la tempat aku belajar dan bermain...
Banyak kenangan dan memori kat sini...

SK GERSIK... dulu di kenali sebagai SRK GERSIK


Aku merupakan pelajar tahun 1993-1998... 

Tandatangan bekas-belas pelajar

Tempat yang paling aku takut di Sekolah.. Muka nurse garang dan serius sebab tu aku takut..

Buku Latihan...Rindunya.. Cetakan tak pernah berubah dari dulu...

Kawasan perhimpunan...

Tiang tempat bermain masa lapang dan waktu rehat...Kaki tangga tu tempat lepak masa rehat..

Tangga ni pun menjadi tumpuan pelajar semasa rehat...

Kawasan Kantin

Tandas yang tidak pernah di gunakan... Tandas Berhantu, gelaran dari pelajar..

Surau sekolah.. Dulu surau ni merupakan Tadika sekolah... Sini lah aku semasa berusia 6 tahun..


Keychain sebagai kenangan..

Gambar sebagai kenagan...

Read More

JENIS MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN BADAN

5 comments

JENIS MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN BADAN


JENIS MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN BADAN

  • Minuman berkarbonat

Biarpun mendatangkan kesegaran sesat, namun minuman yang menjadi kegemaran ramai ini sama sekali tidak mempunyai nila-nilai nutrisi. Tetapi, ia kaya dengan kandungan gula, sodium dan kalori.


  • Aiskrim

Sungguh nikmat! Namun, aiskrim merupakan sajian yang amat tinggi kandungan lemak, gula dan kalori. Anda yang sedang berdiet, eloklah berfikir dua tiga kali terlebih dahulu sebelum mahu menikmatinya!


  • Mayonis

Mempunyai kandungan lemak di dalamnya. Jadi, sebaiknya pakai sedikit sahaja jika anda mahu menikmatinya.


  • Kopi Segera

Tahukan anda bahawa secawan kopi segera itu mengandungi lebih daripada 39 lemak? Jika tidak mahu tubuh anda menjadi timbunan lemak, kira dengan teleiti berapa jumlah kalori daripada kopi segera yang telah masuk ke dalam tubuh anda?


  • Daging Olahan

Sosej dan segala jenis daging olahan mengandungi lemak yang tidak baik. Kadarnya begitu tinggi, sama banyak dengan kadar garam yang terkandung di dalamnya.


  • Makanan Segera

Di antaranya burger dan kentang goreng Kandungan lemaknya sangat tinggi, begitu juga dengan kalorinya.


  • Krim

Whipped cream yang sering dipakai sebagai penghias pada jus strawberi dan dressing salad, mengandungi lemak tnggi, dan akan menjadi kalori tinggi jika dicampur dengan makanan sihat anda. Sebaiknya, jika anda sedang memakan makanan sihat, sebaiknya tidak dicampur dengan aneka krim atau topping.


  • Kerepek Kentang

Jajan yang ranggup ini merupakan salah satu makanan yang paling besar potensinya untuk membuatkan anda gemuk kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Belum kira lagi kandungan lemak dan gulanya, sehingga jumlah kalorinya menjadi lebih tinggi. Di samping itu, kerepek-kerepek kentang ini juga mengandungi bahan pengawet, perasa dan pemanis buatan yang cukup jelas tidak baik untuk kesihatan tubuh.


p/s.. Jagalah kesihatan.. Banyak lagi makanan-makanan yang boleh mendorong kearah kegemukkan dan obesiti selain daripada makanan yang di senaraikan di atas...
Read More

HARI MALAYSIA #SEHATISEJIWA

Leave a Comment

HARI MALAYSIA #SEHATISEJIWA


Hari Malaysia.. Apa ada dengan hari Malaysia??
Dalam sejarah,Hari Malaysia merupakan penyatuan MALAYA, SARAWAK dan SABAH..
Tanpa ketiga-tiga negara ni... Maka TIADAlah MALAYSIA...

  • MALAYA merdeka pada 31 OGOS 1957
  • SARAWAK Merdeka pada 22 JULAI 1963
  • SABAH Merdeka pada 31 OGOS 1963
  • Dan Penyatuan MALAYSIA adalah pada 16 SEPTEMBER 1963 yang merupakan HARI MALAYSIA

Atas persetujuan dari ketiga buah negara ni maka bergabunglah dan tertubuhnya NEGARA MALAYSIA... Tanpa salah satu darinya, maka tiadalah Malaysia.


#SEHATISEJIWA.. kami berada di mana sahaja...
Perak, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak, Melaka...
Kami berada di seluruh pelusuk negeri... 
Persahatan dan persaudaraan kami terjalin atas minat yang sama iaitu BLOG..
Ada sebahagian dari kami tidak pernah bersua muka..
tapi kami #SEHATISEJIWA kerana minat yang sama...

SELAMAT HARI MALAYSIA sahabat-sahabat dan keluarga #KELABBLOGGERBENASHAARI dan #EXCHANGSFEEDGROUP...
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...