Cara Menjaga Kesihatan Mata

1 comment

Cara Menjaga Kesihatan Mata


Cara Menjaga Kesihatan Mata



  • Jaga jarak pandang
Jaga jarak pandang ketika sedang berada dilayar komputer mahu pun TV. Jarak pandang yang ideal sekitar 50-100cm. Seperti juga halnya ketika sedang membaca buku. Jarak yang ideal ketika membaca buku sekitar 30cm. Hal ini dimaksudkan agar dapat terhindar dari miopi atau rabun dekat.

  • Hindari kebiasaan menyapu mata
Jangan sering menyapu mata ketika mata terasa gatal. Ketika tangan Anda kotor sehabis memegang suatu benda dapat berjangkit organ mata yang dapat mengakibatkan sangat buruk untuk kesihatan mata.

  • Rehatkan mata 
Jangan paksakan mata untuk berlama-lama membaca buku atau berada di depan layar komputer. Jika Anda terlalu lama, mata akan sakit. Rehatkan mata selama beberapa minit.

  • Makan makanan yang mengandung vitamin A
Makan makanan yang mengandung vitamin A. Hal, ini dikarenakan lobak merah mengandung vitamin A dan beta karoten yang berfungsi untuk menjaga kesihatan mata Anda.

  • Pakai pelindung mata
Cobalah untuk memakai pelindung mata dalam berbagai kegiatan aktiviti seperti saat olahraga, dan sebagainya. Banyak kacamata yang dirancang khusus untuk olahraga untuk menghindari terjadinya cedera mata dan terhindar dari debu.

  • Periksa mata
Periksakan mata Anda secara rutin agar dapat terhindar dari penyakit yang menyerang mata sewaktu-waktu.

  • Berhenti merokok
Bagi orang perokok, usahakan agar menghentikan kebiasaan merokok mulai sekarang. Ini akan berpotensi mengalami sejumlah penyakit mata seperti katarak dan kerosakan saraf optik pada mata.
Read More

MAKANAN UNTUK KESIHATAN MATA

3 comments
MAKANAN UNTUK KESIHATAN MATA


MAKANAN UNTUK KESIHATAN MATA


Kita harus menjaga kesihatan organ mata tanpa mengabaikan organ tubuh lainnya. Ini adalah semua aktiviti ataupun pekerjaan akan menyebabkan terjadinya masalah pada organ penglihatan tersebut. Maka dari itulah, menjaga kesihatan mata menjadi keutamaan utama kita.


Berikut ini 7 makanan yang dapat menyihatkan mata anda :

  • Lobak Merah. 
Sayur/buah ini merupakan salah satu buah yang erat kaitannya dengan kesihatan mata. Ini adalah kerana lobak merah mengandungi beta karoten, vitamin A yang mencukupi nutrisi yang diperlukan oleh organ mata anda.

  • Bayam. 
Beberapa sayuran yang bewarna hijau khususnya bayam merupakan jenis makanan yang bagus untuk kesihatan mata. Ini adalah kerana sayuran yang bewarna hijau merupakan sumber lutein dan zeaxathin yang berfungsi mencegah degenarasi makula serta katarak pada mata.

  • Telur. 
Suka makan telur...???. Kuning telur ternyata memiliki kandungan lutein serta zeaxathin yang berfungsi untuk mencegah degenerasi makula atau penurunan daya lihat seseorang pada organ matanya.
Buah-buahan. Buah-buahan yang dimaksud iaitu yang merupakan sumber vitamin C seperti buah jeruk. Karena kandungan vitamin C pada buah tersebut dapat menghindarkan seseorang dari degenerasi makula dan bahkan katarak.

  • Aneka ikan laut. 
Ikan laut yang di maksud iaitu salmon serta sardin. Ini adalah kerana kedua ikan tersebut kaya akan kandungan asam lemak omega 3 yang sangat diperlukan untuk organ mata agar tetap sihat.

  • Brokoli. 
Kandungan vitamin C dalam brokoli memberikan nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ penglihatan. Agar dapat berfungsi optimal untuk daya lihat seseorang yang lebih baik dan lebih jelas tentunya.

  • Ubi jalar. 
Inilah salah satu makanan yang merupakan sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi jalar tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.
Read More

Drama KAU, AKU, KITA

2 comments

Drama KAU, AKU, KITA


Drama KAU, AKU, KITA

Drama Slot Lestari yang mula di tayangkan pada 28 Oktober 2015, Setiap hari Rabu dan Khamis, Jam 9 malam merupakan drama lakonan JANNAH NICK dan SYAHRUL RIDZWAN...
Drama Kau, Aku, Kita merupakan drama yang di adaptasi dari novel Kau, Aku, Kita karya Orkid Edyliyne.. 

Drama KAU, AKU, KITA

JUDUL : KAU, AKU, KITA

EPISOD : 13 episod

TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)

SIARAN : Slot Lestary TV3

NOVELIS : Orkid Edyliyne

SKRIP: Rehal Nuharis

PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo

TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd

PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria

Drama KAU, AKU, KITA

WATAK PELAKON

Syarul Ridzwan sebagai Aus (KLIK SINI : BIODATA SYAHRUL RIDZWAN)

Janna Nick sebagai Iman (KLIK SINI : BIODATA JANNA NICK)

Isey Fazlisham sebagai Mus

Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie

Drama KAU, AKU, KITA

SINOPSIS KAU,AKU, KITA

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

 
Drama KAU, AKU, KITA

Read More

Kod E untuk makanan. Haram ke Halal?

1 comment

Kod E untuk makanan. Haram ke Halal?


Kod E untuk makanan. Haram ke Halal?


Sekiranya anda terima mesej berantai berkenaan KOD E pada produk yang telah mendapat sijil pengesahan halal Jakim..sila abaikan mesej tersebut


"Refresh Minda"

Kod E ni adalah bahan tambah dalam makanan dan selamat dimakan. Kod E digunakan pada label makanan di negara kesatuan eropah (EU).

E400-E499 (pemekat, pelembap, penstabil/emulsifier)

Sumber : Jakim
Read More

Memaniskan Limau Yang Masam

2 comments

Memaniskan Limau Yang Masam



Masamnya... sampai terpejam mata sebab limau yang masam...
Kadang-kadang kalau makan limau yang masam sedikit memang sedap..
Di cecah pula dengan sedikit kicap masin atau garam..
Memang sedap sangat...

Tapi kalau limau yang masam sangat, aku tak berapa suka..
Dan pasti, limau tu tak akan habis di makan...
Menjadi pembaziran pula bila limau yang masam itu di buang..

Nak makan tp masam..
Nak buang, sayang sebab membazir..
Ini tip atau petua untuk memaniskan limau yang masam..

  • Ambil air suam dan masukkan ke dalam besen. Kuantitinya bergantung kepada jumlah buah limau.

  • Masukkan buah limau yang masam tadi ke dalam besen. Rendam selama 10 minit.

  • Keluarkan buah dan sejukkan di dalam peti sejuk. hasilnya , isi buah limau akan menjadi manis atau kurang masam berbanding sebelumnya.


Read More

Sudu sebagai Pengganti Eyelasher Curles

3 comments

Sudu sebagai Pengganti Eyelasher Curles


Sudu sebagai Pengganti Eyelasher Curles

Pernah tak terfikir untuk menggunakan sudu sebagai pengganti eyelashes curler?

Tips yang terbaik supaya maskara tak comot

1. Hangatkan sudu teh atau sudu biasa dengan sedikit air suam ( kerana menggunakan sudu sejuk anda akan merasa kurang selesa)

2. Tekan belakang sudu ke bahagian bulu mata dan tahan untuk beberapa saat.

3.Letakkan maskara seperti biasa dan bulu mata sudah pasti melentik sepanjang hari!.

Tips bulu mata yang sihat : Apabila melentikkan bulu mata dan meletakkan maskara setiap hari, Ia akan melemahkan struktur bulu mata kita, jadi cuba letakkan kelapa, minyak kastor ataupun minyak zaitun pada bulu mata dengan jari sebelum tidur setiap malam. Dengan cara ini, bulu mata secara semulajadi akan terhidrat, subur dan kuat.


Read More

Siapa Alya dan Ain Kembar Drama Hello Mr Perfect

2 comments

Siapa Alya dan Ain Kembar Drama Hello Mr Perfect



Sejak drama Hello Mr Perfect di tayangkan di slot akasia tv 3..
Carian kat blog aku selain dari biodata Fattah Amin dan Ruhainies...
Ialah Alya dan Ain Kembar Ke dalam Drama Hello Mr Perfect...
Walaupun terdapat komen-komen negatif tentang lakonan Ruhaines..
Tapi dari carian dalam blog aku ni..
Aku boleh katakan lakonan Ruhainies sangat berkesan..
Sampai ramai yang tertanya-tanya sama ada watak Alya dan Ain lakonan seorang je atau kembar...
Hakikatnya watak Alya dan Ain merupakan lakonan seorang pelakon je iaitu Ruhainie seorang..
Bukan senang nak memegang dua watak dalam satu-satu masa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan.. dan.. dan...
Tahukan korang... wajah Lyssa Faizureen seiras wajah Ruhainies...
Siapa Lyssa Faizureen????
Lyssa ialah seorang blogger yang comel berasal dari Peneng...
Iraskan... hehehe... http://www.lyssasecret.com/


Read More

BAJET 2016

1 comment

BAJET 2016



Berikut ialah antara intipati Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat"

Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

  •  Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.

  •  RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan

  •  RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan

  •  Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion

  •  Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion

  •  Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion

  •  Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.

  •  Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.

  •  Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016

  • Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion

  •  Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion

  •  Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion

  •  Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi

  •  Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion

  •  Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)

  •  Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada

  •  Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

  •  Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017

  •  Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS

  •  Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS

  •  Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank

  •  Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya

  •  RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak

  •  Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka

  •  RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu

  •  Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka

  •  Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016

  •  Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017

  •  Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022

  •  Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020

  • Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura

  •  Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan

  •  SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut

  •  RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv

  •  RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar

  •  RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah

  •  RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah

  •  Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara

  •  Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada

  •  RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi

  •  RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia

  •  Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan

  •  RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade

  •  RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih

  •  RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah

  •  RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016

  •  Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP

  •  RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris

  •  Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun

Sumber : Bernama
Read More

Cara mudah untuk lentikkan bulu mata dan bertahan lama

2 comments

Cara mudah untuk lentikkan bulu mata dan bertahan lama


Cara mudah untuk lentikkan bulu mata dan bertahan lama



Panaskan pelentik bulu mata dengan menggunakan pengering rambut selama lebih kurang 3-5 saat

Haba panas tersebut mampu melentikkan bulu mata sepanjang hari.

Read More

DAUN LIDAH BUAYA DAPAT MELENTIKKAN BULU MATA

Leave a Comment

DAUN LIDAH BUAYA DAPAT MELENTIKKAN BULU MATA


DAUN LIDAH BUAYA DAPAT MELENTIKKAN BULU MATA


Ambil daun lidah,buaya potong dua untuk mendapatkan lendirnya.Sebelum masuk tidur,sapukan lendir daun lidah buaya pada bulu mata.Amalkan selalu hinggs bulu matsa semakin lentik.
Read More

Topeng N95 Sesuai Untuk Jerebu

Leave a Comment

Topeng N95 Sesuai Untuk Jerebu


Topeng N95 Sesuai Untuk Jerebu


Jerebu yang melanda sekarang sangat lah membimbangkan...
Masyarakat tidak di galakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana keadaan Jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan...
Sekiranya aktiviti di luar rumah tidak dapat di elakkan.. masyarakat di galakkan menggunakan topeng untuk menutup hidung dan mulut..
Dan topeng yang sesuai di gunakan ialah TOPENG N95...


KELEBIHAN TOPENG N95
  • mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia. Respirator N95 mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer
  • Topeng N95 melekap pada muka, menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke hidung atau mulut.
  • Topeng muka N95 sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron dalam udara tidak sihat.


Untul pengetahuan semua topeng pembedahan tidak sesuai di gunakan semasa jerebu.. Ini kerana asap dan jerebu daripada kebakaran hutan mengandungi bahan partikel halus berbahaya yang bersaiz kurang daripada 2.5 mikrometer...

Bayangkan salah faham ini terbawa-bawa selama bertahun lamanya sejak jerebu menjadi musim tahunan negara kita hingga ia sebenarnya membahayakan kesihatan orang ramai secara kronik. Dan kesannya, sesiapa yang memakai topeng jenis berkenaan ketika jerebu untuk jangka masa panjang sebenarnya akan membahayakan diri dengan membenarkan bahan partikel halus bersaiz 2.5 mikrometer memasuki paru-paru dan darah melalui sistem pernafasan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit paru-paru, jantung dan sebagainya

Bagaimanapun, pemakaian topeng pembedahan itu boleh melindungi pernafasan daripada partikel bersaiz lebih lima mikro­meter seperti yang terkandung dalam asap enjin kenderaan.

Oleh itu, wajar untuk penunggang motosikal dan basikal memakai topeng pembedahan sekiranya berada di kawasan trafik sibuk namun ia langsung tidak berkesan apabila digunakan ketika bencana jerebu.
Read More

Posisi Tidur Melambangkan Peribadi Diri

7 comments

Posisi Tidur Melambangkan Peribadi Diri 


Mungkin perkara ini disedari oleh umum dan mungkin juga tidak apabila dikatakan posisi tidur melambangkan peribadi seseorang. Selain itu, posisi ketika tidur juga mempengaruhi kebanyakan keputusan yang diambil oleh individu ketika sedar.


Oleh itu, jom kenali diri anda dan apakah ciri-cirinya, menepati atau tidak?

Posisi Tidur Melambangkan Peribadi Diri

TIDUR BERPOSISI KEDUA-DUA TANGAN DI BELAKANG KEPALA
  • Golongan ini merupakan seorang yang pintar dan bersemangat untuk belajar.
  • Sering dan gemar memberikan idea yang bernas mahupun unik. Idea yang mungkin tidak pernah diperolehi orang lain. 
  • Seorang yang memegang prinsip FAMILY FIRST!
  • Sukar bercinta dek kerana terlalu memilih.
  • Seorang yang berterus-terang dalam hubungan dan gemar meluahkan rasa tidak puas hati tanpa memendam.
  • Agak cemburu dan juga seorang yang paranoid.


TIDUR BERSELUBUNG SELIMUT SELURUH BADAN
  • Seorang yang berpenampilan "macho/cun" di hadapan khalayak ramai.
  • Pemalu dan lemah.
  • Penyiman rahsia dan seorang yang sangat berahsia.
  • Gemar menyelesaikan masalah sendirian dan memendam tanpa pengetahuan orang lain.
  • Sering meracau sewaktu tidur.
  • Tidak gemar meminta bantuan orang lain.
  • Berjiwa lembut dan romantik dalam hubungan.
  • Sang pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta.


TIDUR BERPOSISI KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG
  • Seorang yang terlalu mementingkan perasaan diri sendiri.
  • Sukar menerima perubahan dalam diri.
  • Gemar bersendirian tetapi mempunyai sikap toleransi.
  • Seorang yang tegas dalam semua perkara.
  • Tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran.
  • Mempunyai matlamat hidup yang jelas.
  • Seorang yang pendendam di dalam hubungan.
  • Sekali terluka, si dia akan menerima balasan yang setimpal.



TIDUR MEMBONGKOK
  • Sering berasa keseorangan dan kecewa dengan kisah silam.
  • Terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.
  • Sangat pemalu.
  • Memiliki sifat sense of humor sangat kuat.
  • Kurang berkomunikasi dan mudah dicop sombong.
  • Seorang penyabar dalam setiap situasi.
  • Sering teragak-agak dan berbelah bagi dalam memberi cinta kepada pasangan.


TIDUR MEMBONGKOK DAN MENGIRING
  • Seorang yang pentingkan diri sendiri dan kuat cemburu, pendendam.
  • Panas baran hanya kepada orang yang suka cari pasal.
  • Seorang yang yakin pada diri sendiri.
  • Boleh melihat kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
  • Suka merealisasikan impian anda.
  • Seorang manis bibir dalam percintaan.
  • Pandai dalam berkata-kata dan suka meluahkan perasaan.


TIDUR MENGIRING DAN BERALASKAN LENGAN DI KEPALA
  • Seorang individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang.
  • Kurang keyakinan di dalam diri sendiri.
  • Seorang yang sentiasa belajar dalam kesilapan dilakukan.
  • Terlalu boros dalam berbelanja.
  • Dalam diam, sebenarnya anda suka mencari perhatian daripada orang lain.
  • Cepat naik marah apabila berhadapan dengan situasi genting.
  • Senang untuk memberi hadiah kepada orang tersayang.


TIDUR TERLENTANG DENGAN MENDEPA SEDIKIT TANGAN DAN KAKI
  • Seorang yang sangat cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
  • Mempunyai cita rasa yang sangat tinggi.
  • Tidak suka mengikut arahan orang lain.
  • Mampu berdikari dan pantang bergantung dengan orang lain.
  • Seorang yang pemboros dan sesuai dengan pendapatan anda memiliki tidak kurang hebatnya.
  • Seorang yang penyibuk dan suka bergosip.
  • Berkomitmen tinggi akankerja yang dilakukan serta bekerja keras.

TIDUR MENIARAP
  • Seorang yang berfikiran agak sempit,terlalu tertumpu dan suka memaksa orang orang lain untuk memenuhi kehendak diri.
  • Seorang yang lalai dan tidak terurus, pelupa dalam segala hal percintaan.
  • Manja dan pemurah hati.
  • Popular dikalangan kawan-kawan dan orang sekeliling.
  • Suka memberi pertolongan.
  • Lebih mementingkan persahabatan di dalam hidup.
  • Paling pantang dengan manusia penipu.
Read More

Petua untuk menghilang MIGRAIN

3 comments

Petua untuk menghilang MIGRAIN


Petua untuk menghilang MIGRAIN

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

  • Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.


2. Berada Di Dalam Bilik gelap

  • Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

  • Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::

~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

  • Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Read More

Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah?

1 comment

Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah?




“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya.


Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.

Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.

Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.

Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.

Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.

Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

Sumber asal: Isma Anis Alfikri
Seumber : Sukan Star TV
Read More

Warna Lidah Tentang Kesehatan Tubuh Kita

Leave a Comment

Warna Lidah Tentang Kesehatan Tubuh Kita



Warna Lidah Tentang Kesehatan Tubuh Kita


Tubuh kita selalu memberikan sinyal jika tubuh sedang mengalami gangguan atau masalah kesehatan, dan salah satu organ tubuh yang bisa memberikan sinyal tersebut adalah lidah. Lidah bisa berubah-ubah warna sesuai kondisi tubuh.

Seperti juga dikutip dari boldsky.com, ada beberapa warna yang bisa dilihat dari lidah dan menunjukkan tentang keadaan tubuh Anda, seperti dijelaskan berikut ini.


1.Lidah merah
  • Panas tubuh yang tidak normal akan membuat lidah membengkak dan tampak lebih merah. Ini menandakan bahawa kita sedang mengalami demam, demam berdarah, boleh juga karana kekurangan vitamin seperti vitamin B-12 dan vitamin B3 atau kekurangan mineral zat besi sehingga lidah berwarna kemerahan.

2.Lidah hitam
  • Ini adalah kondisi tubuh berbahaya karena lidah boleh mati rasa, ini menandakan bahawa bagian rongga mulut kita tidak bersih dan boleh jadi bakteri terjebak dan berkembang sepanjang permukaan lidah hingga membentuk bercak-bercak hitam di lidah. Merokok dan minum banyak kopi juga boleh jadi alasan hitamnya warna lidah a

3.Lidah kuning
  • Hampir sama dengan lidah hitam, lidah kekuningan juga merupakan tanda tidak bersihnya rongga mulut sehingga membuat bakteri dan kulat bersarang di permukaan lidah. Membersihkan gigi dan rongga mulut serta lidah dengan baik akan mengembalikan warna lidah kita yang normal.

4.Lidah coklat
  • Lidah cokelat pertanda awal kanser kulit melanoma. Jika melihat lidah berwarna coklat pada lidah yang semakin lama semakin menghitam, segera jumpa doktor dan buat pemeriksaan.

5.Lidah ungu
  • Ini adalah tanda bronkitis kronis, kadar kolesterol tinggi atau terlalu banyak makan makanan yang dingin. Makan bawang putih atau minum air halia  hangat yang akan memperbaiki kondisi ini dan membuat lidah pink atau normal kembali.

6.Lidah putih
  • Ini bisa disebabkan dehidrasi, infeksi rongga mulut karana kulat atau bakteri dan timbulnya penyakit leukoplakia yang biasanya muncul pada perokok berat. Minum banyak air putih dan jaga kebersihan rongga mulut dan lidah secara intensif boleh mengatasi hal ini.
Read More

Kulit Telur Baja Organik

1 comment

Kulit Telur Baja Organik


Kulit Telur Baja Organik

Setiap ciptaan Tuhan mempunyai kepentingan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan. Siapa sangka kulit telur ayam yang biasa kita buang sebenarnya boleh digunakan sebagai baja organik untuk membekalkan kalsium kepada tanah atau batas tanah. Ia penting untuk menguatkan struktur selular dan membekalkan nutrisi kepada tanaman Uollss. Cara penyediaannya senang saja :

  • Jemur kulit telur dibawah sinaran matahari sehingga rapuh tetapi jangan lupa cuci dahulu kulit tersebut.

  • Tumbuk sehingga menjadi halus. Boleh juga gunakan blender khas untuk bahan kering.


  • Hasilnya bolehlah ditabur di atas permukaan pasu atau disekeliling pangkal pokok pada batas korang dan siram air secukupnya.

Simple kan! Boleh menjimatkan kos dan dapat menambahkan Gardening Tips..

Kulit telur cuci bersih-bersih dan blen atau tumbuh dengan lesung batu sampai jadi serbuk. Lepas itu tumbuk gula melaka sampai hancur. Campurkan dengan kulit telur tadi. Sapu dan sental dekat tapak kaki. Khas untuk orang yang inginkan kulit mati di tapak kaki hilang.

Read More

Sejarah Bendera Negeri Sarawak

1 comment

Sejarah Bendera Negeri Sarawak



James Brooke, ialah Raja Putih Sarawak pertama, asalnya beliau menggunakanSalib St George sebagai bendera negeri Sarawak bagi tempoh 24 Sep 1841 - 21 Sep 1848.


Kemudian, keputusan bagi memastikan Sarawak mempunyai benderanya sendiri telah diputuskan pada tahun 1845, tetapi keputusan tersebut telah ditunda sehingga 21 September 1848. Bendera Sarawak pertama dilakar dalam bentuk salib, setengah biru dan setengah merah, atasnya kuning, yang kemudiannya lakaran bendera tersebut telah dipilih menjadi jata negara kerajaan Brooke bagi tempoh 21 Sep 1848 - 7 Mei 1870. Telah menjadi kontroversi tentang bila bendera pertama diperbuat dari ungu dan merah, atau biru dan merah.


Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke. Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1946.


 Ia kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan kembali, berkibar bersebelahan dengan Bendera Persekutuan. Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan sebagai negeri yang bebas merdeka, bendera Salib kekal digunakan dan tidak diubah sehingga 31 Ogos 1973.


Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 negeri Sarawak yang merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga mereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto dan jata negeri Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve"). Bendera negeri Sarawak yang digunakan adalah seakan-akan reka bentuk bendera Republik Czech.


Pada 31 Ogos 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto begeri yang baru, Ibu Pertiwiku danBersatu,Berusaha,Berbakti ("United, Striving, Serving"). Seni reka baru telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak bergabung dengan Persekutuan Malaysia.


SUMBER : WIKIPEDIA
Read More

Αра уаng tеrјаdі араbіlа аndа mіnum аіr kеlара dаlаm 7 Ηаrі?

1 comment

Αра уаng tеrјаdі араbіlа аndа mіnum аіr kеlара dаlаm 7 Ηаrі?


air kelapa


Dіреtіk dаrі lаmаn hеаlthуfооdtеаm.соm, аіr kеlара bоlеh mеnguаtkаn ѕіѕtеm kеkеbаlаn tubuh аndа dаn mеnghіlаngkаn bаktеrіа уаng mеnуеbаbkаn јаngkіtаn ѕаlurаn kеnсіng, gоnоrеа, реnуаkіt guѕі dаn vіruѕ уаng mеnуеbаbkаn ѕеlеѕеmа, јаngkіtаn реlbаgаі реnуаkіt dаn tіfuѕ....

Αіr kеlара dараt mеnіngkаtkаn tеnаgа dаn реngеluаrаn kеlеnјаr hоrmоn tіrоіd. Αіr kеlара bеrtіndаk ѕеbаgаі dіurеtіk ѕеmulајаdі dаn ѕаngаt mеmbаntu bаgі оrаng уаng mеmрunуаі реnуаkіt buаh ріnggаng. Ιnі аkаn mеmbаntu mеmbеrѕіhkаn ѕаlurаn kеnсіng dаn ѕаlurаn рundі kеnсіng. Βеrkhаѕіаt mеnghіlаngkаn rасun dаn mеmbаntu mеmесаh bаtu buаh ріnggаng.

Αіr kеlара mеngаndungі јumlаh ѕеrаt уаng tіnggі, ѕеhіnggа ѕаngаt bаіk untuk реnсеrnааn. Μеngаmbіl аіr kеlара ѕесаrа tеrаtur аkаn mеmbаntu mеnghіlаngkаn аѕаm lаmbung.

Κеrаnа аіr kеlара rеndаh lеmаk, аndа bоlеh mеmіnumnуа dаlаm јumlаh bаnуаk. Αіr kеlара аkаn mеngurаngkаn nаfѕu mаkаn аndа kеrаnа ѕеlераѕ mеmіnumnуа аndа аkаn mеrаѕа kеnуаng, јаdі ѕесаrа tаk lаngѕung mеmbаntu реnurunаn bеrаt bаdаn....

Сubа bаѕаhkаn kараѕ аtаu kаіn dеngаn аіr kеlара dаn lеtаkkаn раdа kulіt јіkа аndа mеmрunуаі јеrаwаt, kulіt bеrmіnуаk аtаu kеrіng. Αіr kеlара аkаn mеmbuаt kulіt lеbіh bеrѕіh dаn ѕеgаr, dаn роrі-роrі аkаn tеrbukа. Саmрur аіr kеlара dеngаn mіnуаk zаіtun untuk mеmbеrѕіhkаn реnсеrnааn dаn mеnghіlаngkаn раrаѕіt uѕuѕ....

Ρаrа аhlі mеndаkwа bаhаwа аіr kеlара јugа mеmbаntu mеngаtаѕі bеbеrара mаѕаlаh kеѕіhаtаn ѕеmаѕа mеngаndung. Dеngаn hаnуа ѕаtu саwаn аіr kеlара аndа аkаn mеnуеіmbаngkаn еlеktrоlіt, ѕеhіnggа аndа аkаn tеrhіndаr dаrі hіреrtеnѕі аtаu јugа dіkеnаlі ѕеbаgаі tеkаnаn dаrаh tіnggі....

Κеtіkа оrаng tеrlаlu bаnуаk mіnum (mаbuk) ѕераnјаng mаlаm, mеrеkа ѕеrіng mеngаlаmі ѕаkіt kераlа dі раgі hаrі. Μіnumlаh аіr kеlара untuk mеnghіlаngkаn ѕаkіt kераlа dаn mеnggаntі сесаіr уаng hіlаng dаlаm bаdаn ѕеrtа mеngаtаѕі реnуаkіt уаng dіѕеbаbkаn dаrіраdа mаbuk....

Јіkа аndа іngіn kulіt аndа сеrаh dаn dіlіndungі ѕераnјаng hаrі, mіnumlаh ѕаtu gеlаѕ аіr kеlара. Јіkа аndа kеhіlаngаn tеrlаlu bаnуаk tеnаgа dеngаn аktіvіtі fіzіkаl уаng mеlеlаhkаn, аndа bоlеh mеmulіhkаn tеnаgа аndа dеngаn аіr kеlара. Αіr kеlара аkаn mеmbеrіkаn kеѕаn роѕіtіf раdа ѕеtіар bаhаgіаn tubuh аndа уаng lеlаh....

Αіr kеlара kауа аkаn аntі оkѕіdаn ѕеhіnggа mеmbаntu ѕіѕtеm kеkеbаlаn tubuh уаng kuаt, mеnіngkаtkаn tеnаgа, kеѕеlаmаtаn dаrі bаktеrіа dаn јаngkіtаn, реnurunаn bеrаt bаdаn dаn bаnуаk mаnfааt lаіn....
Read More

Empat Minuman Sihat Yang boleh Membuat Awet Muda

2 comments

Empat Minuman Sihat Yang boleh Membuat Awet Muda


Menjadi tua adalah sesuatu hal yang pasti terjadi pada makhluk hidup, termasuk manusia. Tapi ada sebahagian orang yang tampak lebih tua dari usia semestinya karena penuaan diri. Sebaliknya ada pula orang yang masih tampak tua meski usianya sudah tua.

Mengapa ada orang yang tampak tua padahal usia masih muda? Hal ini terjadi karana banyaknya toksin di dalam tubuh. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya, penting untuk membuang toksin merbahaya dari tubuh.

Gaya hidup yang tidak sehat dan pola makan yang buruk juga menjadi alasan di balik garis-garis halus yang terjadi sebelum usianya. Selain mengambil makanan sehat, Anda juga harus menyertakan beberapa minuman sihat dalam menu diet.

Ini ia beberapa minuman yang boleh membuat awet muda

1. Air putih




Empat Minuman Sihat Yang boleh Membuat Awet Muda

Air putih sangat penting untuk membuat tubuh tetap terhidrasi. Air membantu tubuh untuk mendapatkan kulit yang bercahaya dan juga mengurangi penuaan. Hal ini karana air membantu membuang asam dan racun berbahaya dari tubuh, juga membantu melembabkan kulit dan membuka pori-pori. Banyak minum air boleh mengurangi pembentukan garis-garis halus dan juga membantu mendapatkan kulit yang bercahaya dan bersinar.


2. Teh hijau

Empat Minuman Sihat Yang boleh Membuat Awet Muda

Ini adalah salah satu minuman sihat yang tidak hanya baik untuk kulit tapi juga tubuh. Banyak pelaku diet minum 2-4 cangkir teh hijau secara teratur hanya untuk membakar timbunan lemak dalam tubuh mereka. Teh hijau mengandung polyphenols dan EGCG (antioksidan) yang bermanfaat untuk kulit dan rambut. Untuk memiliki rambut tebal, kulit bebas kedutan dan yang sempurna, minum secangkir teh hijau secara teratur.


3. Jus tomato
Empat Minuman Sihat Yang boleh Membuat Awet Muda


Sayuran ini kaya akan antioksidan. Lycopene (antioksidan) melawan penuaan dan membantu mempertahankan kulit bercahaya dan sempurna. Tomato juga meningkatkan gerakan usus pencernaan dan ini membantu mengeluarkan racun dari tubuh, yang membuat kulit bebas kedutan dan bercahaya. Jika Anda tidak suka makan sayuran mentah, olah tomato menjadi jus dan minumlah secara teratur.

4. Cokelat panas

Empat Minuman Sihat Yang boleh Membuat Awet Muda

Konsumsi kafein secara teratur baik untuk jantung. Jika Anda minum secangkir cokelat panas, Anda akan memiliki jantung yang sehat dan kulit bercahaya.

Menurut banyak peneliti, koko memiliki antioksidan lebih dari kafein sehingga membuatnya menjadi sehat. Kajian dari Cornell University menunjukkan koko memiliki lebih banyak antioksidan daripada kopi, anggur merah dan teh hijau.
Read More

Lima Langkah Mengurangi Emosi Yang Meluap Atau Marah

4 comments

Lima Langkah Mengurangi Emosi Yang Meluap Atau Marah


Emosi manusia ada bermacam-macam...
Gembira, suka, sedih....
Dan yang paling sukar di kawal ialah emosi marah...
Apabila marah sukar di kawal...
Kelakukan dan tutur kata yang di keluarkan tanpa berfikir pasti akan di kesalkan apabila fikiran tenang semula...
Ini Lima Langkah Mengurangi Emosi Yang Meluap Atau Marah yang boleh di praktikan...


Lima Langkah Mengurangi Emosi Yang Meluap Atau Marah


  • Mengingatkan diri sendiri bahawa TIDAK boleh menyakiti orang lain baik dengan perkataan mahupun perbuatan.

  • Menarik nafas dalam-dalam dan  melepaskan nya perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.

  • Gunakan perkataan dalam intonasi yang rendah untuk memberitahu perasaan kita dan apa yang kita harapkan.

  • Memohon bantuan orang yang rapat dan di percayai untuk menyelesaikan masalah apabila tidak mejumpai penyelesaian.

  • Ambil masa untuk tenang. Beristifar, berdoa, bersolat dan memohon bantuan yang Esa. 
Read More

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

14 comments

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H


Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H



Tarikh akhir untuk menyertai segmen mudah ini adalah pada 16 Oktober 2015.

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Read More

Kelebihan Dan Khasiat Halia

4 comments

Kelebihan Dan Khasiat Halia


Kelebihan Dan Khasiat Halia


Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia (Zanjabil)

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17).

Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

khasiat halia 3

Khasiat Halia

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari.
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti.
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness.
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
Read More

Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram

1 comment

Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram


Sambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram


Amalan yang biasa dilakukan sempena menyambut bulan Muharram ialah bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Walaupun terdapat beberapa pandangan tentang bacaan doa ini, namun selagi ia merupakan doa yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka ianya baik untuk umat Islam dan boleh diamalkan tanpa halangan.

Begitu juga dengan sambutan Mawlid Rasul, Nuzul-Quran serta sambutan lain yang tidak disebutkan secara khusus dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Namun, apakah hanya sekadar berdoa sahaja yang perlu dilakukan untuk mengiringi kedatangan Muharram? Apakah kelebihan yang terdapat dalam bulan Muharram?

Bulan Muharram merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' di dalam Islam. Firman Allah swt dalam Surah Al-Taubah ayat 36 bermaksud:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa." 
Menurut Tafsir Al-Jalalayn, yang dimaksudkan dengan "di antaranya empat bulan yang dihormati" ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia empat bulan haram. Umat Islam diharamkan pergi berperang dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diperangi.

Manakala Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abu Bakrah pula bermaksud:
"Satu tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharram, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.”

Antara kemulian bulan-bulan haram ini ialah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu' telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan? Maka jawab Nabi: 
Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). 
Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai'e dan Ibn Majah.

Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: Sewaktu Rasulullah tiba di Madinah, Baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padanya. Lalu Rasulullah bersabda: 
Kami lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian Baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. 
Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Dalam Hadith yang lain, Ibn Abbas berkata: Apabila Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata: Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah– Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud.

Mungkin timbul persoalan, mengapakah Nabi mencontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal Baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya yang bermaksud: “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin”? Sebenarnya amalan berpuasa pada hari Asyura' (10 Muharram) telah dilaksanakan oleh Rasulullah sebelum Baginda berhijrah ke Madinah lagi. Ini berdasarkan Hadith yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: 
"Sesungguhnya hari ‘Asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Rasulullah juga berpuasa padanya. Apabila Baginda memasuki Madinah, Baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, Baginda bersabda, “Sesiapa yang ingin berpuasa, teruskan, Sesiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan)'. – Muttafaq ‘Alaih. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat ini, sesuatu yang sewajarnya dijadikan pengiktibaran pada peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keengkaran dan keangkuhannya. Firman Allah dalam Surah Yunus, ayat 90 bermaksud: Dan Kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang yang berserah diri (menurut perintah)".

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judiy sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Selain itu, bagaimana pula dengan program membuat bubur ‘Asyura yang sering diadakan oleh masyarakat Melayu? Perlulah dijelaskan bahawa program membuat bubur tersebut tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat pada bulan Muharram, sesuatu yang amat penting untuk diingati dan dihayati ialah peristiwa hijrah Nabi Muhammad. Justeru, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijrah.

Penggunaan Takwim Hijrah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula pada tahun ke 17 Hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini, diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah yang bermula pada tanggal 2 Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba' pada tanggal 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Peristiwa hijrah perlu dikenang oleh umat Islam setiap tahun apatah lagi ketika menyambut sambutan awal Muharram, untuk menjadi pengajaran dan peringatan tentang pengorbanan Rasulullah saw dan sahabat-sahabat Baginda menegakkan Islam.

Mudah-mudahan dengan sambutan ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa kemuliaan Islam dan kewujudan negara Islam yang berdaulat bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya ia telah melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan yang tinggi. Sesungguhnya sifat pengorbanan yang dimiliki dan diperlihatkan oleh Rasulullah saw dan umat Islam pada zaman Baginda merupakan bukti kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah swt. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini. Oleh yang demikian, apakah yang harus dilakukan oleh umat Islam ketika menyambut tahun baru hijrah ini? Adakah sudah memadai ia disambut dengan hanya mengirimkan ucapan selamat tahun baru, melalui sms atau email?

Sambutan awal Muharram dan tahun baru hijrah ini hendaklah diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri serta pembangunan sosioekonomi negara dan ummah agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup umat Islam dapat dihapuskan dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi dapat didaulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sehubungan itu, tiada larangan kepada umat Islam untuk menyambut Tahun Baru Hijrah yang dilihat amat penting dan signifikan kepada umat Islam agar kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.

Sumber : Facebook JAKIM
Read More

WOW... Sale Avon Serendah RM1

Leave a Comment

WOW... Sale Avon Serendah RM1


Sale Avon Serendah RM1

WOW...... Bila dengar sale mesti ramai yang serbu...
Asalnya, aku tak merancang nak  serbu Avon ni...
Dan asalnya aku tak merancang nak beli apa-apa..
Hanya nak cuci mata je...
Boleh percaya ke tak beli apa-apa?

Sale Avon Serendah RM1


Tapi bila dah sampai avon.. tengok itu dan ini...
Niat tak nak beli apa-apa, hanya tinggal niat je...
Aku akhirnya TERBELI juga....
Dan aku hanya beli liptik je..
Liptiknya yang berharga RM2.90.. harga sebelum sale ialah RM20++
Yang menjadi pilihan aku ialah BERRY BRIGHT (Code WPCB01)
Kena simpan nama dan code ni, mana tahu aku jatuh cinta dengan warna ni dan nak beli lagi nanti bila habis guna... hehehe


Sale Avon Serendah RM1


Untuk mereka yang berada di sekitar Kuching, Sarawak...
Bolehlah berkunjung ke pusat Avon Satok..
Sale masih berlangsung sehingga esok 11 Oktober 2015
Dari  jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Read More

11 Tip Untuk Menghadapi Peperiksaan menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Leave a Comment

11 Tip Untuk Menghadapi Peperiksaan menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah


11 Tip Untuk Menghadapi Peperiksaan menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

  • Sempurnakan solat taubat, hajat dan istikharah agar hati murni & mudah menjawap exam dengan cemerlang.
  • Doakan kesejahteraan ibubapa, guru-guru dan kawan-kawan.
  • Pagar diri dengan Surah al-Fatihah dan 3 Qul sebelum tidur. Tidur mengiring ke kanan.
  • Bangun tidur dengan senyuman, tadah tangan sambil berdoa agar tenang menjalani peperiksaan.
  • Sarapan pagi dengan sempurna agar cukup tenaga untuk menghadapi peperiksaan.
  • Bersalaman dengan ibubapa, mohon restu dan melangkah keluar rumah dengan kaki kiri dulu dan berdoa.
  • Sepanjang perjalanan ke sekolah, berterusan berzikir (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar) dan membaca doa: Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bil khoir.
  • Masuk ke dewan peperiksaan dengan membaca Basmallah dan selawat dan melangkah masuk dgn kaki kanan dulu.
  • Senyum dan baca doa-doa penerang hati termasuklah surah Al Insyirah.
  • Bila terlupa atau "black out", baca selawat banyak-banyak.
  • Jawab sebaik mungkin dan bertawakkal kpd Allah.


Moga adik-adik dirahmati oleh Allah dan memperolehi kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan.Aamiin.
Read More

Drama Uda Dan Dara

1 comment

Drama Uda Dan Dara


Drama adaptasi terbaru Uda Dan Dara adaptasi novel karya Aisya Sofea. Sebuah drama terbitan Global Station, diarahkan oleh Ejump Zahir. Pelakon utamanya ialah Zul Ariffin yang memegang watak Izzat Hilman dan Siti Saleha yang memegang watak Siti Mariam. Turut dibintangi oleh Idris Khan, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Akan menemui penonton pada 12 Oktober 2015 nanti di Astro Prima dan  Mustika HD.


SINOPSIS UDA DAN DARA

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”


DRAMA : UDA DAN DARA
EPISOD : 65 Episod
TARIKH / MASA : Oktober 2015
SIARAN : Astro Mustika HD
NOVELIS : Aisya Sofea
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Siti Saleha, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri, Tash Yong





SITI SALEHA BERSAMA NOVELIS UDA DAN DARA, AISYA SOFEA

Read More

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!

Leave a Comment

L’AROME SLIMMING SERUM


PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!


Pasti semua dah kenal dengan L’arome Slimming Serum atau nama barunya L’arome Warm Serum.  Bukan sahaja untuk kurus dan pecah lemak. Sebenarnya  banyak kegunaanya.


L’AROME SLIMMING SERUM


APA YANG L’AROME BOLEH BANTU LAGI?

    LEMAK: pembakaran lemak berlaku sangat pantas

    SELULIT: perubahan ketara hanya dalam tempoh 1 minggu

    LANGSING: perubahan yang amat ketara dlm 3-7 hari

    STRETCH MARKS: hampir 100% hilang dlm masa 1 bulan

BAHAN UTAMA L’AROME ialah dari APPLE STEM CELLMenggunakan teknologi Apple Stem Cell terkini dari Switzerland dalam membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, peha dan lengan. Menghilangkan selulit, orange peels, strecth marks & parut.

BAHAGIAN MANA BOLEH DI SAPUKAN L’AROME?
* Boleh disapukan pada double chin.

* Menghaluskan tekstur kulit.

* Mengeluarkan angin-angin dalam badan.

CARA PENGGUNAAN L’AROME :
Untuk pertama kali, cuba dahulu 1pam dan sapukan di bahagian perut tengah sambil sapu. Gosok, urut, tenyeh, dan tepuk-tepuk pada bahagian berlemak atau bahagian yang perlu.

SAPUAN PALING EFEKTIF UNTUK L’AROME:-
- 2 x sehari
- pagi selepasmandi
- malam sebelum tidur

Jika ada masa lapang boleh sapu 3x-4x sehari (lagi cepat Nampak keputusannya sambal tepuk-tepu di bahagian yang telah di sapu). Kunci turun berat badan ialah bahagian (urutan dari ulu hati kebahagian perut)

TIP:
- Kalau boleh hindarkan dari minum kopi/teh (kecuali green tea) kerana gangguan metabolism badan.
- pakai girdle/korset (jika ada)
- Jika anda banyak lemak tepu,  amalkan diet protien (makan Ikan, ayam)
- Kurangkan karbohidrat (nasi, mee, roti, kuih muih dan minuman manis)
- elakkan makan telur, kacang soya, kentang, durian, minuman manis, sejuk, berais dan bergas
- perbanyakkan minum air masak.

TINDAK BALAS L’AROME

- kurang selera makan
- lawas buang air besar
- nyah toksid dan lemak
- mungkin aka nada merah2 atau gatal pada bahagian yg disapu. Jangan panik/takut...itu normal...serum sedang meresap dan merungkai lemak tepu.


L’AROME SLIMMING SERUM





Testimoni 1
L’AROME SLIMMING SERUM
 "Saya hilang 2.5inci 2 minggu. Selulit makin hilang!!"
 

Testimoni 2
L’AROME SLIMMING SERUM
"Lengan kecik, perut kempis"


L’AROME SLIMMING SERUM

HARGA LAROME:
1 botol RM170

All-in-1 bottle – harga treatment jika di SPA RM1.5K-RM3K, tetapi anda hanya perlu bayar lebih kurang 10% sahaja.

HARGA ISTIMEWA PENGHABISAN STOK RM106 SAHAJA !! TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POS)


PM/SMS/CALL/WA: 0126460421
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...