Serum Jerawat DaniSkin Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat

2 comments

Serum Jerawat DaniSkin Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat


Wow... syukur Alhamdulillah Reen dah jumpa satu produk yang sangat menabjubkan... Untuk pengetahuan korang, kulit wajah Reen sangat sensitif dan jerawat sangat suka melepak dan bermastautin di muka ni... Sampai satu tahap Reen rasa tak nak keluar rumah dan tak nak jumpa orang sebab jerawat yang sangat subur tumbuh di muka... Malu sangat nak jumpa orang ramai sebab kena tegur pasal jerawat kat muka...

Serum Jerawat DaniSkin

Bermacam-macam produk dah dicuba dan akhirnya Reen cuba SERUM JERAWAT DANISKIN.. Alhamdulillah... Gembira sangat bila tengok jerawat-jerawat yang tumbuh di muka semakin berkurangan dan hilang... Untuk pengetahuan korang, Serum ni juga di rumus untuk menghilangkan kesan gelap pada bekas jerawat. terutamanya jerawat di muka.


Untuk yang ada masalah yang sama macam Reen, kulit wajah yang sensitif dan jerawat yang suka lepak kat muka. Reen syorkan korang guna produk SERUM JERAWAT DANISKIN ni... Insya Allah berkesan.. Reen suka bau serum ni, sangat wangi dan nyaman di gunakan... 

Cara nak pakai pun mudah... Basuhkan muka dengan air suam supaya liang roma di wajah terbuka, supaya nanti serum mudah meresap ke wajah dan kesannya menjadi cepat. Picit serum ke bahagian jari tangan dan sapu ke kawasan jerawat... Reen amalkan dua kali sehari pagi dan sebelum tidur.

"TESTIMONI REEN SENDIRI SEBELUM DAN SELEPAS"
  • Reen suka bau serum ni, wangi sangat dan tak melekit
  • Hari kedua dah nampak kesan (24 jam), jerawat nampak kecut...
  • Reen sapukan kat seluruh muka, jadi bekas-bekas jerawat yang lain pun makin pudar
  • kulit wajah menjadi lembut, putih dan berseri


SERUM JERAWAT DANISKIN sangat sesuai di gunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah jerawat yang baru tumbuh, jerawat batu serta parut jerawat. Dan serum ini tidak membahayakan kepada ibu mengandung.. Tiada bahan Mercury dan Hydroquinone. 

Serum Jerawat DaniSkin
KKM : NOT150902355K

SERUM JERAWAT DANISKIN diformulasi dengan bahan terbaik "ACNE  BUSTER dan  NANOWHITE"

" ANTARA FORMULASI ACNE BUSTERS "

Buah Pear
Pokok Willow Putih
Pokok Rehmania Chinensis
Kacang Soya
Daun Scuttellaria Baicalensis
Kulit Pokok Ouboku
Daun Pokok Mambu
Pokok Cordata Houttuynia

" GABUNGAN TEKNOLOGI TERKINI "

ARBUTIN
LINOLEIC ACID
TOCOPHERYL ACETATE ( VIT E )
ASCORBYL PALMITATE ( VIT C )
COENZYME Q10
GLUTHATIONE


Setiap orang  mempunyai kulit yang berbeza dan pastinya kesan tidak akan sama.. Di sini Reen sertakan testimoni-testimoni dari pengguna Daniskin yang lain..

TESTIMONI DARI PENGASAS DANISKIN SENDIRI





Sangat berbaloi mencuba SERUM JERAWAT DANISKIN ni... Tidak rugi membeli dan mencuba untuk mendapatkan kulit idaman yang tidak dicemari oleh jerawat...

Harga sekototak SERUM JERAWAT DANISKIN adalah RM60 (Termasuk Pos) - Ini merupakan harga promosi pelancaran sehingga pihak HQ mengumumkan kembali harga asal... Tunggu apa lagi... Cepat beli selagi ada promosi

HARGA ASAL RM75 Sekotak (Tidak Termasuk Pos)

Penambahan RM5 untuk Sabah / Sarawak

Nak tahu lebih lanjut tentang produk SERUM JERAWAT DANISKIN ni, boleh layari
LAMAN WEB : www.daniskin.my
FACEBOOK : www.facebook.com/daniskinofficial
INSTAGRAM : www.instagram.com/daniskinofficial
atau hubungi Hotline DaniSkin +0162777158 (Hanie)
Read More

Tak Tahu Jenis Darah

Leave a Comment

Tak Tahu Jenis Darah


Jenis Darah

Selain Reen, rasanya banyak dari kalangan kita yang tak tahu jenis darah sendiri.

Dah 29 tahun usia, baru Reen tahu jenis darah sendiri. Tahu pun sebab dapat kerja baru. Dan dia orang nak tahu jenis darah setiap staf... Dari situ, Reen tahu jenis darah Reen...

Gigih awal pagi pergi klinik, ambil nombor, tunggu giliran dan akhirnya Reen tahu jenis darah Reen ialah B. Ada la, 2 jam kat klinik. Kira ok tu, sekejap je. Dari jam 8 - 10 pagi.

Kebanyakkan kita, memang ambil mudah jenis darah sendiri, termasuk Reen sendiri... Mengetahui jenis darah sendiri banyak kebaikkan untuk sendiri dan orang ramai.. Agar kita tahu, jenis darah yang boleh kita terima dan tak terima.. Selain itu, kita juga dapat menderma dan membantu orang yang memerlukan darah..

Jenis Darah


Sekiranya korang teringin nak menderma darah, baca kriteria di bawa...

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.

2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.

ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
Bertukar-tukar pasangan seks.
Mengambil dadah secara suntikan.
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :
Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
Read More

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

Leave a Comment

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX

Assalamualaikum
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.
simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Masalah dan penyelesian dengan Simkad OneXOX

Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:
1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..
3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
 >>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.
4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!! 
5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.
6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit
Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni. Boleh la contact PapaG tau. 24 hour 7 day uolsss. 
With Love 
Papaglamz
-sekian-
Read More

CARA UKUR BADAN KITA SAMA ADA DI KATAGORI OBESITI ATAU NORMAL ?

1 comment

CARA UKUR BADAN KITA SAMA ADA DI KATAGORI OBESITI ATAU NORMAL ?


CARA UKUR BADAN KITA SAMA ADA DI KATAGORI OBESITI ATAU NORMAL ?

1: Buat ukur lilit di pergelangan tangan anda, hujung ibu jari bertemu hujung jari telunjuk.


➽ Keputusan:

A: Jika ngam2 hujung ibu jari bertemu hujung jari telunjuk, TAHNIAH anda mencapai berat badan IDEAL



B: Jika hujung ibu jari TIDAK bertemu hujung jari telunjuk, anda seorang yg OBSE



C: Jika hujung ibu jari BERSELISIH dengan hujung jari telunjuk, anda seorang yang kurus.



Read More

RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

Leave a Comment

RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.



Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.





Che Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta.



Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang ramping dan kulit yang bersih.



Menurutnya, beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!! 



Antara kandungan dan keistimewaan yang ada dalam produk RYSYA SKINCARE :



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN




LY FACIAL CLEANSER | RM 45



1. Vitamin C

- Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat

- Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak

- Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka

- Mencerahkan kulit

- Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.

- Bertindak sebagai agen anti-penuaan



  2. Licorice

- Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis

- Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.

- Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah

- Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi





RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

LY FACIAL TONER | RM 45



1.    Phyto Placenta Extract

- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.



2.    Vitamin B3

- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.

- Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.

- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.



Toner Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Jika mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140



1. Pullulan

- Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.

- Bertindak sebagai antioksidan

- Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang



2.Glycine Soja ( Soya Bean )

- Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C

- Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit

- Melindungi kulit daripada radikal bebas

- Ejen anti-radang



3. Red Algae

- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino

- Membersih dan menyuburkan kulit



4. 24K Gold

- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit

- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit



Penggunaan serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140



1.    Red Algae

- Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi

- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit

- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit

- Meningkatkan keupayaan kelembapan



2.    Soy Placenta Extract

- Mengurangkan kedutan

- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah

- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan



3.    Virgin Coconut Oil

- Menghidratkan kulit

- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit

- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain

- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit





TESTIMONI RYSYA SKINCARE





Testimoni dari Illy Ariffin:-



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN






Testimoni dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN
I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v





RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN




Penjagaan asas kulit muka ini sangat penting !

Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream!

Tak perlu make up bagai pun boleh lawa ! ;)





Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare : 




Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG, CHERAS, BANGI

Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!

Instagram: @rysyaskincareselangor / #rysyaskincareselangor


Whatsapp: 012-6460421
Read More

Khasiat Dan Kelebihan Daun Inai

1 comment

Khasiat Dan Kelebihan Daun Inai


Khasiat Dan Kelebihan Daun Inai


Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya.

Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai.

Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita.


Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air.

Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.


Terdapat banyak khasiat dan kelebihan daun inai, antaranya :

  • Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

  • Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

  • Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

  • Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

  • Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

  • Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

  • Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

  • Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

  • Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

  • Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.


  • Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

  • Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
Read More

Lima Tanda Hati Yang Tenang

5 comments
Lima Tanda Hati Yang Tenang

Lima Tanda Hati Yang Tenang


5 tanda hati yang tenang, dirahmati Allah s.w.t …

Hati memainkan peranan paling penting menentukan harian kita. Hati yang gelisah dipagi hari, seharian kita akan rasa gelisah dan menjadi murung. Hati yang tenang, hati yang paling diingini. Tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Kerana itu ramai orang kaya yang mengalami masalah hati walau duit berjuta.

Apa yang berlaku disekeliling kita akan mempengaruhi hati dan perasaan kita. Mampukah hati melawannya? Bagaimana ingin merawatnya? Bagaimana ingin dapatkan hati yang tenang. Hanya hati yang dirahmati Allah s.w.t. yang mampu menangani masalah, mampu tenang dan tidak dipengaruhi oleh kelilingnya.

Adakah hati kita dirahmati Allah. Jum semak senarai dibawah ini.

1. Sangat mudah memahami

Allah membuka hati untuk memahami takdir atas apa yang berlaku. Apabila kita memahami, hati tidak berduka dan gelisah. Suka atau tidak suka, kita akan kembali kepada Allah. Tidak menyalahkan apa yang terjadi. Memahami sesuatu memudahkan kita menyelesaikan masalah.

Contohnya kelemahan dan kekurangan pasangan kita. Andai kita memahami dan menerima kekurangannya, kita akan mudah memaafkan dan melupakannya

2. Mengingati nikmat Allah semasa dan selepas diuji Allah s.w.t


Ketika berlaku masalah atau musibah, terasa dunia menjadi sempit dan amat sukar. Kita akan asyik dengan memikirkan perkara itu. Hati yang baik akan mengingati nikmat lain yang lebih banyak berbanding masalah yang terjadi. Masih banyak lagi nikmat yang sedang diperolehi. Hati akan memikirkan tentang orang lain yang lebih susah.

Contohnya punyai anak yang nakal. Memikirkan ada pasangan yang berusaha untuk punyai anak bertahun-tahun tetapi tidak dikurniakan menimbulkan rasa syukur di hati

3. Hati yang hidup dan sedar Allah s.w.t memberi yang terbaik buat hambanya

Hati yang mati adalah umpama orang yang mati, menjadi tidak sensitif dan tidak peduli lagi kelilingnya. Hati yang hidup, akan wujud kesedaran yang sangat kepercayaan dan keyakinan Allah memberi yang terbaik untuk kita.

Andai Allah s.w.t tidak memberi bukan kerana kedekut tetapi kerana Allah s.w.t menyayangmu. Allah s.w.t menahan sesuatu pemberian kepada kita sebenarnya itu juga adalah pemberian. Bagi mereka yang sedar akan mempercayai penahanan atau pemberian, itulah terbaik buatnya.

4. Pengetahuan atau kesedaran Allah melihat kelakuan kita

Apabila merasa ada memerhatikan kita akan dapat bersabar, mampu tempuhi kesusahan. Andai tidak dapat merasai Allah s.w.t melihat, kita akan protes dan tidak mampu bertahan.

5. Hati yang selalu rasa dapat melihat keindahan Allah s.w.t


Hati seakan dapat melihat keindahan dan keagungan Allah s.w.t. Umpama cerita nabi Yusuf. Beberapa wanita terpegun dengan nabi Yusuf sehingga tidak menyedari terpotong jarinya. Tidak lagi berasa kesakitan. Andai hati terpegun dengan keindahan Allah, segala duka dan kesakitan seakan tidak terasa.

Adakah hati kita punyai ciri-ciri ini? Jum pupuk dalam hati dengan mencari ilmu bagaimana untuk mendapat rahmat Allah s.w.t ini. Jum berdoa moga diberi hati yang tenang.

Petikan dari : Ustazah Norhafizah Musa
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...