Ayam Coca Cola

Ayam Coca Cola


Ayam Masak Coca Cola... Resepi ni Reen dapat masa zaman sekolah dulu, dari seorang rakan.. 10 tahun lebih dah Reen tamat sekolah.. Waktu tu, Reen aktif dengan kelab ERT (Ekonomi Rumah Tangga).


Bahan-bahan :

  • 1 Dada Ayam (potong ikut kegemaran korang, Reen suka potong kecil sikit sebab nak rasa ayam meresap ke dalam isi ayam)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 halia sebesar Ibu Jari (Gaul dalam ayam mentah yang dah dipotong)
  • Rempah tumis 
  • Kicap pedas (atau cili kering)
  • Kicap Masin
  • Coca Cola (1/2 dari botol 1/5L)
  • 1 sudu tepung jagung



Cara-cara
  • Panas kan minyak masak. Masukkan bawang yang telah di tumbuk bersama rempah tumis. Tumis sehingga sedikit kekuningan.
  • Masukka ayam. Gaul rata. Biar sekejap.
  • Masukkan kicap pedas 2 senduk (ikut kepedasan yang korang nak). Gaul.
  • Masukkan air Coca Cola. Biarkan, Gaul sekejap-sekejap.
  • Biarkan sehingga mendidih. Biarkan sehingga ayam masak.
  • Masukkan kicap masin. Biar sehingga air sedikit surut.
  • Masukkan tepung jagung (gaul dengan sedikit air dalam bekas lain). Gaul sehingga kuah ayam sedikit pekat. Biar mendidih sekejap. 
  • Tutup api.


SELAMAT MENCUBA
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Admin Reen
AUTHOR
Selasa, Januari 26, 2016 10:49:00 PG delete

@ASMA DINIE - Rasa ayam ni manis sikit, sedap.. tak perlu letak garam sbb kicap dah masin. dan x perlu letak gula sbb coca cola dah ada manis sendiri..

Reply
avatar
Sue Izza
AUTHOR
Selasa, Januari 26, 2016 12:46:00 PTG delete

uishhh first time dengar ni hehehe tapi kita tak minum coca cola dah hehehe

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon