Drama Isteri VS Tunang

2 comments

Drama Isteri VS Tunang


Drama Isteri VS Tunang

Antara Isteri Dan Tunang, Siapa yang menjadi pilihan?
Menggantikan drama Sha Dan Sha... Drama Isteri Vs Tunang akan di siarkan pada 1 Februari 2016. Pada Setiap Hari Isnin hingga Khamis di saluranAstro Ria dan Ria HD, Jam 10 malam..

Drama ini di bintangi oleh 
Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Lia Natalia sebagai Putri
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Shah Rezza sebagai Dahlan



Sinopsis:

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”

BACA ONLINE NOVEL ISTERI VS TUNANG


BIODATA SCHA AL-YAHYA

BIODATA SCHA AL-YAHYA


Nama Sebenar :Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya

Nama Komersil : Scha AlYahya

Tarikh Lahir : 30 Mei 1983 (32 tahun)

Asal : Sungai Petani,  Kedah

Kerjaya : pelakon, pelawak, pengacara,peragawati

Tahun aktif 2006 - Kini
Pasangan Awal Ashaari
Anak Lara Alana


Twitter : www.twitter.com/iamschaalyahya



BIODATA HISYAM HAMID

 BIODATA HISYAM HAMID

Nama Penuh: Hisyam Bin Hamid

Nama Komersial : Hisyam Hamid

Asal: Singapura

Umur: 31 tahun (2016)

Status : Berkahwin

Kerjaya: Model dan pelakon

Drama: Tuan Rumah Pembantu Rumah, Cinta Ibadah, Memori Cinta Suraya

Nama isteri: Rosmawati Hanafi

Facebook : www.facebook.com/HisyamHamidFC (Fan page)

Twitter : www.twitter.com/HisyamHamid7

Instgram : www.instagram.com/Hisyamhamid7



BIODATA SHARIFAH SAKINAH

BIODATA SHARIFAH SAKINAH

NAMA SEBENAR: Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar

NAMA KOMERSIAL: Sharifah Sakinah

TARIKH LAHIR: 28 Mei 1989

ASAL: Kuala Lumpur

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Tak sabaq nak layan crita ni... M mmg minat tgk lakonan sharifah sakinah yg gila2 tu

    BalasPadam
  2. tak sabar nak tgk cite ni..dh lama tak tengok scha berlakon..hehe

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...