Gaya Dan Solekkan Ikut Warna Kulit

Leave a Comment

Gaya Dan Solekkan Ikut Warna Kulit


Gaya Dan Solekkan Ikut Warna Kulit


Setiap wanita pasti ingin menjadi ratu sehari paling sempurna di hari bersejarah. Seri si ratu sehari pasti menyerlah jika anda pandai memilih warna busana dan solekan paling tepat untuk tona kulit anda. Tona kulit yang berbeza memerlukan penggayaan busana dan solekan wajah yang berbeza.

Malah, penggayaan warna bersesuaian dengan faktor lokasi dan tema majlis juga sedikit sebanyak mempengaruhi gemerlap seri wajah si ratu.

1.Busana warna cerah
sesuai untuk si gadis mempelai yang berkulit sedikit sawo matang dan tidak terlalu cerah.

2.Solekan natural
Dengan lebih warna pink pasti menjadikan anda mempelai yang ‘sweet’ dan bersahaja.

3.Solekan warna terang
Kepada bakal mempelai yang ingin tampil berani mengenakan solekan warna terang sesuai dengan tona kulit cerah kuning langsat.

4.Busana pengantin
Yang sedikit terang dan berwarna sesuai digayakan mempelai berkulit kuning langsat.

5.Solekan bibir warna pastel
sesuai untuk si ratu sehari berkulit sedikit gelap kerana ia menaikkan seri wajah secara semula jadi.

6.Pemakaian layah
Warna cerah sesuai untuk semua tona kulit mempelai dan ianya pasti menjadikan penampilan anda lebih dramatik.

7.Solekan ‘smokey eyes’
Juga sesuai untuk semua tona kulit namun penggunaan warna gelap solekan ini pasti lebih menyerlah pada mempelai berkulit cerah.

8.Untuk tona kulit cerah
Anda boleh mencuba solekan lebih dramatik dan seksi dengan penggunaan warna ‘bronze’ dan kilauan pembayang mata dengan rona metalik.

9.Pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata
Pilih rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau pada kulit gelap anda.

10.Berkulit kuning langsat
Bagi anda yang mempunyai warna kulit kuning langsat disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...