Januari 2016 Tanpa Gaji

2 comments

Januari 2016 Tanpa Gaji


Januari 2016
Surat Notis Berhenti Tempat KerJa Sebelum ni

Januari 2016, tahun baru dan azam baru.. 
Awal Januari 2016, Reen mula bekerja di tempat baru. Teringin nak rasa suasana kerja yang baru. Reen lapor diri pada 4 Januari 2016. Dalam tempoh 2 tahun tak boleh berhenti kerja, kalau resign, kena bagi notis 2 bulan dan bayar 2 bulan gaji.. Nak berhenti, bukan senang nak cari kerja sekarang. Zaman kegawatan dan taraf hidup yang tinggi.

Bulan Januari ni memang dugaan bagi Reen dan staf lain sebab tak de gaji. Tapi tak pe, Reen faham. Staf lain pun okey juga Sebab sebelum sain penerimaan jawatan hari tu, dah tertulis gaji akan di bayar berdasarkan panel yang di buat. Minimum gaji akan di bayar bila siap buat 8 panel dan akan dapat gaji penuh... Kalau mampu buat lebih panel, dapatlah lebih pendapatan.

Nak di ceritakan, kerja akan di mulakan selepas habis kursus ke 2. Kursus pertama dulu pada bulan Disember 2015 iaitu kursus NIOSH. Selepas itu, diikuti kursus ke 2 dan praktikal. Kursus ke 2 ni nanti akan di buat di Miri. Tarikh belum pasti lagi, Insya Allah, pihak pentadbiran janji akan usaha buat kursus secepat yang mungkin. 

Nak salahkan pihak pentadbiran tak boleh juga sebab dia orang dah usaha nak urusakan cepat yang mungkin. Kursus ke 2 ni, diorang kena pastikan dengan betul, bahawa itu adalah kursus yang betul sebab kalau salah kursus kena ambil lagi kursus yang betul. Perkara yang nak di elakkan ialah kerugian masa dan wang. Harga kursus untuk seorang antara RM200-RM300. Sewa bas dari Kuching ke Miri. Bayaran hotel lagi. Makan minum staf -staf seramai 20 orang. Semuanya di tanggung oleh syarikat... 

Banyak yang dah syarikat laburkan, Jadi Reen sebagai staf, cuma doakan semoga semua dipermudahkan. Sebenarnya Reen tak sabar nak mulakan kerja.

Bagi Reen, dugaan tak de gaji ni hanya sikit je Ujian dari Allah untuk Reen sebab kat luar sana, Reen tahu ada yang lagi susah dari Reen.. Tak de kerja, di buang kerja.. 


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Hi Reen... Apa macam kat tempat baru? Best tak?

    BalasPadam
  2. Heheh Best.. staf dan bos semua ok.. cuma semua tengah boring tunggu kerja..

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...